Jumaat, 8 Jun 2012

Ribut di Palong Dua & Urusan Harta Pusaka


Assalamualaikum,

Minggu nie agak kelam-kabut, penuh debaran, penuh warna-warni.

Memula, lepas kami balik dari kg mak call kata ayah x sihat. Masa kami balik ayah memang nampak x sihat.  Bawa ayah pergi hospital. Kalau ayah kena tahan, memang saya akan balik tengok ayah. Hati rasa x sedap bila dengar ayah x sihat. Saya rasa susah hati sebab sebelum nie ayah pernah tumbang x sedar diri.

Kemudian mak call cakap ada ribut melanda kat palong dua. Banyak rumah yg rosak termasuklah rumah mak ayah saya. Lagi la saya risau sangat.

So, semalam saya nekad balik palong seorang diri nak tengok keadaan ayah & rumah yg rosak tue. Selain tue, saya juga nak buat urusan lain yg ayah minta selesaikan.

Ribut Di Palong Dua

Pokok nangka kat belakang rumah yg tumbang.
Mujur la tumbang ke belakang. Kalau tumbang ke depan, confirm kena bilik ayah saya
Saya pun x dapat bayangkan macamana kuatnya ribut tue

Banyak & besar-besar buah nangka kat pokok tumbang tue
Tapi x de rezeki kan...

Ruang atas rumah yg dah berlubang. Habis atap zink diterbangkan ribut
Mak kata masa tue hujan. Habis air hujan mencurah turun sampai banjir lantai rumah

Apa la ikhtiar seorang ibu tua selain hanya mampu susun besen tadah air hujan

Masa saya balik tengok atap baru sudah di hantar dan hanya menunggu tukang utk memasang atap rumah. Rupanya bukan rumah mak saya sahaja, tapi banyak rumah yg rosak akibat ribut. Kisah nie juga dilaporkan di dalam berita. Cuma info dlm berita tue x berapa betul. Berita melaporkan lebih 50 buah rumah, tapi hakikatnya x sampai la sebanyak itu.

Keadaan ayah juga dah beransur stabil sikit. Malah, masa saya sampai ayah siap keluar jemput saya masuk rumah lagi. Lega saya bila lihat depan mata saya ayah dah sihat sikit. Mak pulak, bila saya balik mesti nak masak sedap-sedap padahal saya balik kejap je.

Sementara tunggu mak siap masak saya buat projek yg dah lama saya nak selesaikan. Mencari dan merekod kembali susur galur keturunan saya. Ia bermula bila saya jumpa seorang pak cik yg mengaku sepupu ayah saya yg langsung saya x kenal dan x pernah jumpa sebelum ini. Tapi sebab masa x mengizinkan, saya cuma sempat buatkan sebelah ayah je. Itu pun x complete sebab banyak sedara jauh hilang khabar berita. Carta yg dilakar pula sangat complicated dan memeningkan saya. Tapi insha allah misi ini akan berjaya. Lepas nie nak rekod sebelah mak saya pula. 

Lepas zuhur, dah makan & mandi saya bertolak ke pejabat tanah serting menyelesaikan urusan yg melibatkan harta pusaka ini. Dan dah menjadi kelaziman mak saya, sebelum bertolak mak membekalkan nasi, gulai ayam, pucuk ubi goreng & keropok lekor utk bekalan saya. Sayang mak !

Urusan Harta Pusaka

Saya ke pejabat tanah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka nie..

Dokumen yg dikemukakan utk proses pelan hilang
Banyak prosedur yg perlu dilalui. Saya perlu berjumpa pegawai, di soal siasat (walaupun bukan saya yg hilangkan), kena angkat sumpah, matikan setem, isi 3 form, buat bayaran dan kena tunggu lagi

Pejabat tanah jempol yg banyak membantu melicinkan  urusan saya semalam

Puas saya berpusing cari pejabat tanah serting, rupanya kat Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol nie. Nasib baik saya x malu bertanya, kalau x confirm sesat jalan !

Walaupun urusan tue x dapat diselesaikan coz kena tunggu tandatangan pengarah JUPEM, tapi sekurang-kurangnya urusan yg ayah amanatkan pada saya dah settle separuh. Lepas nie saya kena cari surveyor untuk ukur tanah pulak. Harapnya urusan nie akan berjalan lancar hingga siap sepenuhnya nanti. Aminn

Kem cuti  sekolah Kakak Batrisyia

Balik ke rumah dah dekat mlm & sangat letih sebab menempuh jam melekat tak gerak dari seri menanti ke bukit putus tadi. Kakak Batrisyia x de sebab dia ada Kem cuti sekolah. Pagi tadi dah hantar beg pakaian, bantal, selimut, kasut ke taska. Kakak Batrisyia akan di bawa pergi join kem sempena cuti sekolah ini. 2 hari 1 malam je. Kem nie dah lama di war-warkan cuma saya terlepas pandang kot. Mujur masa saya jumpa teacher dia hari tue ada diberitahu pasal kem nie. Patut la kakak dari minggu lepas dok bising nak tido rumah teacher dia. Rupanya ada kem. Kem tue pun di buat x jauh dari rumah kami. Dan aktivitinya lebih kepada islamik. Saya sangat suka dgn cara pengendalian pemilik taska Angkasa Kecil ini. Mereka bukan sahaja menjaga kanak-kanak, tetapi juga mengajar anak-anak di taska tanpa sebarang bayaran tambahan. Setiap hari akan ada aktiviti membantu perkembangan minda kanak-kanak. - ehh, macam iklan susu lak ekk !

Bila kakak x de kat rumah mlm tadi, kami terasa sunyi. Mama x tau la kalau kakak dah besar esok & mula keluar rumah belajar hidup berdikari. Mesti mama lagi sedih. 

Petang nie kem kakak tamat, x sabar nak jumpa kakak.

Ok, itu la dia warni warni saya minggu ini. Tapi itupun belum tamat lagi. Ptg nie, balik kerja kena berkemas-kemas, ambil anak-anak dan kakak batrisyia dari kem terus ke Gambang, kuantan pahang bawa diorang bercuti (terima kasih kak wi sponsor penginapan free). Ini juga sebagai reward utk kakak sempena result exam dia yg memberangsangkan. Masa saya jumpa teacher Rose rabu lepas utk bayar yuran, serah report card & berbincang prestasi kakak, dia suggestkan utk bagi reward pada Batrisyia setiap kali berjaya dlm exam sebagai pembakar semangat. Tahniah kakak !

Wassalam.

* Org tua nie kekadang mereka mengadu bukannya sebab nak minta pertolongan atau wang ringgit anak-anak. Yg mereka harapkan sikap prihatin, ambil berat dan bertanya khabar mereka agar mereka rasa disayangi, dikasihi, dihargai dan diingati. Jadi, ambil hp anda sekarang dan call la ibu bapa masing-masing sementara mereka masih ada...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan