Assalamualaikum,
4 Jun lepas sempena cuti sekolah kami balik palong. Tapi x de sape yg balik. Anak-anak boring skit. Nasib baik la ada kedai dekat dgn umah atok & wan diorang. Berulang alik kedai je la aktivitinya. Selain tue, hari sabtu kami ke keratong ada hal nak settle. Hari ahad dah balik semula.
Macam biasa, setiap kali pulang ke kampung ada je masakan mak yg best-best. Sape nak berdiet tue memang hancur la. Saya diet ? Nope ! Baby syirah menyusu badan lagi...
Nie adalah ole-ole kasih sayang seorang ibu utk anaknya yg dah beranak pinak...
Kek butter. Mak saya memang suka buat kek
Pisang nangka mak suruh goreng kat umah nanti. Separuh saya dah bagi jiran sebelah
Nie pisang apa ekk ? Saya panggil pisang masam sebab masam skit
Mak pesan, buat cekodok. Tapi anak eh nie pemaleh bona a.k.a kesuntukkan
masa. Separuh bagi kat jiran, separuh lagi makan sendiri. Nie la pisang
peberet saya masa kekecik dulu
Oppss...nie bukan mak bagi. Nie jiran sebelah bagi. Tq Azmi & wife !
Nie jiran belah kiri saya. Kerja kilang gula. Selalu bagi kami gula free. So, balasan kepada keropok lekor nie, kami bagi pisang yg kat atas tue. Opps..jiran selang 2 buah rumah belah kanan kami namanya azmi gak. Dia pun selalu bagi makanan sebab dia suka + rajin masak. Saya jarang balas sebab saya masak x sedap ! Alasan je kan...Sebab tue juga saya selalu confuse bila hubby masuk rumah bawa barang pemberian jiran & kata Azmi bagi. Saya pasti akan tanya semula, belah kiri ke belah kanan ?
Masa kami nak balik, mak masakkan rendang ayam campur mamam. Memang bertambah bila makan. Mak siap bekalkan keropok lekor makan masa dlm jammed, kerepek pisang, nasi, lauk rendang, lauk sup utk anak-anak saya takut lapar nanti. Itu la kasih sayang seorang ibu. Sanggup bersusah payah demi anak & cucu dia. Risau kalau dalam jammed anak & cucu dia lapar. Pada hal, kalau diikutkan anak dia lebih dari mampu kalau setakat nak makan anak-beranak kat luar. Cuma bezanya makanan kat luar tue di masak sebab berbayar, tapi makanan bekalan mak di masak sebab kasih sayang yg x pernah berkurangan.
Mak memang tak pernah berubah. Dari saya mula melangkah keluar rumah masa form 4 dulu (saya sekolah berasrama di teknik port dickson), zaman saya study kat kolej sehinggalah saya dah berkahwin dan dah ada anak 3, setiap kali balik kampung mak x pernah lupa membekalkan makanan buat saya. Mak melayan saya sama seperti 16 tahun dulu bila mana kali pertama saya melangkah keluar rumah. Ada je bekalannya setiap kali kami balik. Ada saja lauk kegemaran kami yg dimasakkannya.
Mak memang x pernah berubah. Cuma anak mak nie je yg dalam sedar x sedar dah terlalu banyak berubah.
Wassalam.
* teringat masa memula kahwin dulu, setiap kali mak bekalkan makanan utk kami pulang ke KL kami akan berhenti di mana-mana hentian rehat duduk kat pondok rehat makan bekalan mak. Dgn angin dari asap ekzos lori besar yg bertiup sepoi-sepoi bahasa...sungguh romantik ! hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan