Rabu, 13 Jun 2012

@ Bukit Gambang Water Park


Assalammualaikum,

Minggu terakhir cuti sekolah, kami sempat bawa anak-anak bercuti di Bukit Gambang Water Park. Actually, kak wi & abg jeff ada beli satu unit apartment kat sini. Jadi, mereka dapat voucher penginapan 3 hari 2 mlm termasuk makan & tiket masuk ke water park 9 kali setahun selama 5 tahun. Sekali sekala pergi ok la, tapi kalau asyik pergi tempat yg sama boring gak. Mungkin kak wi & abg jeff akan jual voucher tue. Kalau diorang nak jual saya inform ye...

So, percutian kali ini kami save utk penginapan. Cuma bayar tiket masuk & makan-minum je. Fully sponsor by hubby. TQ. Dapat pahala tau mengembirakan anak-anak & wife.

Jumaat ptg dlm pukul 6 kami dah bertolak. Oh ya, masa ambil kakak balik dari kem kakak sangat comel pakai tudung & berbaju kurung. Trafik di ptg jumaat menghala ke gombak sangatlah menuntut kesabaran. Tambah pulak org baru balik kerja. Kura-kura pun boleh menang kalau berlumba dgn kereta kami di highway tue ! Pukul 6 ptg bertolak, dekat pukul 11 gak baru sampai gambang.

Dan, esoknya kami ke sini,


Nie la foto terbaik family SyaNor. Kalau nak harapkan anak-anak saya duduk diam, baby syirah je yg mampu buat macam tue. Lagi 2 org tue x sabar nak terjun kolam !


SyaNor family (hubby x de, tukang snap foto), family Kak Wi & Adik K.
Lelaki yg duduk hujung kanan sekali x tahu siapa. Org nak ambil gambar, selamba je dia duduk kat situ.


Irsyaddudin dah standby pistol & pelampung dia


Baby syirah yg dok ralit tengok ramai sangat umat manusia


Tq En. Hubby bawa kami pergi bercuti..


Tukang sponsor penginapan kami. Tq juga buat kak wi & abg jeff


Ok, ini info utk korang yg nak ke sana ye..

Harga tiket :-

Dewasa - RM 28.00 tapi sekarang ada promotion RM 21.90
Kanak-kanak - RM 18.00 tapi sekarang promotion RM 14.90
Promotion nie saya x tahu sampai bila ekk...

Utk kanak-kanak pula, ia bermula dari 90 cm hingga 12 tahun. Atas dari 12 tahun kira dewasa ye..

Nak tahu anak korang cukup tak 90cm, boleh ukur kat bawah nie,


Irsyad masuk free, sebab dia lagi rendah dari penguin tue.
Musykil di hati sebab masa kat Wet World Shah Alam hari tue kena bayar separuh harga pada hal guna method pengukuran yg sama juga.
Anak saya makin merendah atau org tue ukur ikut dan je ?


Nie adalah antara information kalau korang nak tahu lebih lanjut.
Klik je kat photo tue utk baca ye..


Nie saya snap lagi utk info korang semua yg berminat nak pergi sini


Ok, utk masuk ke taman tema beg & stroller (yg ada baby) korang akan di check. 
Tujuan dia tak nak bagi korang bawa masuk makanan dari luar


Nie adalah peta kawasan water park nie. Sangat besar..


Mama & Cikgu Halwiah
Errkk....syirah usha apa tue sayang ?


Irsyad nak tembak baba yg sedang 'menembak' dia
Baju oren tudung coklat tue adik ipar saya, cikgu khairiah


Batrisyia & Hakimi berendamm....


Mama jaga pondok durian baby syirah sedang tido
Ada baby harus la sewa cabana kan.. compare dgn wet world, sewa kat sini murah skit. RM 30.00 je
Kalau korang x nak sewa cabana, korang boleh sewa locker utk simpan barang-barang penting then boleh terus terjun kolam. Tapi sewa locker saya x berapa sure lak brape..


Budak tenit yg nyenyak tido. Mana taknya. Belakang cabana kami nie kolam renang memang sejuk je rasa


Baba, Batrisyia & Arif Fahmi masuk dlm terowong
Saya sempat la main air kejap & masuk dlm terowong nie dgn hubby. Memang seronok bila sampai kat area ombak besar tue..(tq adik k tolong jaga baby syirah kejap..)


Irsyaddudin yg dah rapat melekat dgn babanya. Pantang baba hilang, meraung la dia tengah-tengah kolam tue


Kolam nie agak dlm skit & x sesuai dgn bebudak bawah 5 tahun. Macam irsyad tue bila masuk kolam nie, kaki tergapai-gapai je..


Baby syirah merenung masa depan. X pe, setahun lagi baby syirah dah boleh main kolam ye...


Overallnya, tempat nie memang best. Macam water park kat A Famosa resort. Besar & banyak fasilities. Harga tiket, sewa cabana & tube masih boleh dikatakan murah. Compare dgn Wet World yg agak kecil keluasannya, memang puas la main dlm nie. Itu pun, kat belakang water park nie ada construction. Tak sure pulak dia nak besarkan lagi water park nie atau nak buat bangunan lain. Tapi masa kami pergi tue memang penuh org. Cabana & tube habis di sewa. Cuma yg x bestnya, korang kena beli makanan & minuman dlm nie saja. Tak boleh tapau dari luar. Harga makanannya juga double dari luar ok. Tapi ye la, kalau semua tapau dari luar, x de la bisnes org kat dlm kan...

Konsep kat dlm juga x perlu bayar pakai duit yg mana korang kena bawa wallet kehulu-kehilir. Masa nak beli tiket tue, korang boleh insert siap-siap berapa duit nak guna dlm water park tue nanti. So, dia akan masukkan kat tiket a.k.a yg korang pakai kat tangan tue. Nak beli makanan, sewa cabana, sewa tube, scan je tak tiket korang tue, dia akan tolak siap-siap nanti. Dlm tue juga ada tempat top-up kalau duit korang x cukup nak tambah lagi...

Petangnya dlm pukul 4 kot, kitorang keluar dari water park tue. Balik apartment...


Nie la apartment tempat kitorang tinggal kat tingkat 3.
Fully sponsor by Kak wi & Abg Jeff


Caribbean Bay Suite. Rege jgn tanya berapa, sebab kami di sponsor ok. 
Tapi rasanya RM 400 - RM 600. Korang boleh check kat website dia

Ini adalah promotion bagi sesapa yg nak berjimba-jimba dlm tue ye..


Berdekatan dgn apartment yg kami duduk ada fun fair. Memang meriah la kan bebudak nie. Mama & baby syirah x pergi sebab x sesuai suasana tue dgn baby syirah. Duduk kat apartment & adik k membalun coklat. Punya la banyak stok coklat adik k bawak dari langkawi satu beg...confirm la mama bolat lepas nie. Tq adik k...


Berposing sebelum pergi funfair mlm tue..

Kemain Batrisyia & Nabila, seronok sakan ye. Batrisyia bila suruh naik kuda pusing kat IOI Mall takut pulak


Lesen L lagi....


Nie lagi telatah sepupu yg dah macam adik beradik nie...


Besoknya, pepagi sebelum check out bawa bebudak nie mandi kolam kat apartment nie. Kolam dia pun boleh tahan besar gak. Tapi macam biasa mama & baby syirah tak pergi. Tunggu la setahun lagi kita satu family berendam dlm kolam ye...










Tepat pukul 12 tghari, kami check out. Dlm kereta, anak-anak terus fengsan letih sangat kot. Eh, kat highway karak banyak durian la kan...x sempat nak snap picture.

Kami berhenti rehat & makan kat hentian Genting Sempah. Anak-anak saya telah 'membuang' secara berjemaah. Bagus betul anak-anak mama set time, serentak semua buang air besar. Tak payah nak berhenti setiap hentian rehat atau cari pump stesen. Pukul 5 petang baru kami selamat sampai rumah.

Alhamdulillah, selamat sudah cuti-cuti  malaysia kami kali nie. 

Wassalam.

* kata Baba : Bulan 8 nie kita pergi bercuti lagi
   kata Mama : Pergi mana ?
   kata Baba : kita bercuti di port dickson
   kata Mama : itu hantar org kahwin, bukan bercuti la...



15 ulasan:

  1. salam sy lina sy nak no pon kakak yg sewa apartment tu bole sy nk sewa kat dia no pon saya 0129256217

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat replay...hari tue saya dah tanya, sewa utk apartment 2 bilik 2 toilet RM230.00 satu hari satu mlm. Nie tidak termasuk breakfast & tiket masuk water park. Kalau berminat nanti saya inform dia ye...

      Padam
  2. Boleh bg no dia x.bilik dia mengadap mane yek.mita jawap pada email sy.tq danisha.qistina@gmail.com

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. ya, saya pun berminat nak menyewa apartment tu. kat carribean kan? Boleh berikan nombor? Nombor saya adalah 016.918.3434. Raha. Tq.

    BalasPadam
  4. kitaorang pernah gak ke sana.tp duk kat homestay kat seberang jalan tu.2 minit dr bukit gambang.4 keluarga.memang murah ,boleh muat ramai ahli keluarga dalam satu masa.siap boleh masak dan basuh baju lagi.hehe.. semua kete boleh parking dlm pagar.tu yang best.selamat sikit,luaslah umah tu.owner pun very nice.boleh runding.ni no phone owner tu.kot2 korang nak pi next time..0133778513(een semi).bye..have nice trip..

    BalasPadam
  5. kak... blh pm sy no aprtment 2.. sy berminat

    BalasPadam
  6. kak.. sy berminat dgn apartment 2.. kalo blh email kn sy contac no.. ajai_adnan@ymail.com

    BalasPadam
  7. tlg berikan no. hp akak yg sewakan apartment tu...ni emel saya wanliza@kc.com.my...SEGERA ye..terima kasih banyak banyak

    BalasPadam
  8. Akak , nak mintak nom akak yang sewakan apartment tu ... nie nom say 01129213581 ..
    Terima kasih

    BalasPadam
  9. Salam, bole beri saya no hp owner apartment, ni no saya 0133404207, plan nk bawa anak2 ujung tahun nie

    BalasPadam
  10. Salam,berminat nk sewa juga..boleh x msg/watsup sy. 0126743560 (nisa).

    BalasPadam
  11. As salam, saya berminat nak sewa..blh tak email sy di yasirahrazif@yahoo.com

    BalasPadam
  12. As Salam, saya minat nak sewa..boleh x msg/watsap 0183226990

    BalasPadam
  13. Sy minat ntok sewa..boleh x whatspp/msg 0136391989

    BalasPadam
  14. kena beli makanan kat dalam theme park la kan..macam best apartment dia.

    BalasPadam