Jumaat, 22 Jun 2012

Dengan siapa saya haram bersalam ?

Assalamualaikum,

Bila balik kg bercampur ipar duai, antara sedar atau tidak sebenarnya kita sebagai perempuan wajib menutup aurat x kira lah kita memang ngam giler dgn ipar duai kita yg lelaki ke dan juga sepupu-sepapat belah keluarga kita. Wajib tetap wajib k...

Actually, separuh tue memang saya dah tahu dan memang saya jaga aurat. Tapi sebahagian lagi saya x alert lak kena tutup aurat sebab mungkin mereka lebih tua dan saya bersalam sebagai tanda menghormati mereka.  Contohnya Datuk saudara sebelah suami dan bapa saudara sebelah suami. Sebenarnya mereka adalah lelaki ajnabi pada saya.

Jadi, saya kongsikan kepada wanita-wanita baligh semua kat luar sana carta panduan siapa lelaki mahram & lelaki ajnabi dlm keluarga kita & suami sebagai panduan kita agar tidak tersilap kelak...


 Yg asas nie rasanya semua org pun tahu kan...


Ini adalah carta panduan utk suami & isteri ketika bergaul dlm keluarga mentua memasing


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai) Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya. 

Tapi, adat melayu yg terkenal dgn sopan santun dan budi bahasa serta hubungan rapat dan pergaulan erat dgn keluarga mentua membuatkan batasan itu tanpa sengaja di langgar. Ye la, kalau kita balik kg suami contohnya. Bila ada kenduri-kendara, berjumpa saudara mara nak x nak mesti nak bersalam dgn semua org tanda hormatkan. Kalau x salam karang kena chop sombong berlagak pulak.

Jadi, pepandailah kita membawa diri ye. Baik di luar mahupun di dalam rumah mentua itu sendiri. Bak kata pepatah melayu, ibarat menarik rambut dlm tepung. Rambut jgn putus, tepung jgn berselerak k...

Wassalam.

* Pernah bersalam dgn seorang mak cik. Belum sempat saya mencium tangannya, dia menarik tangannya secepat yg boleh. Walaupun perlakuannya itu amat menyentuh hati, tapi saya berprasangka baik yg mak cik tue tadi baru menumbuk belacan di dapur. Di sebabkan dia x sempat basuh tangan masa bersalam dgn saya, dia cepat-cepat tarik tanganya takut saya pengsan bau belacan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan