Jumaat, 29 Jun 2012

Hati rawan...


Assalamualaikum,

Semalam genap seminggu ayah saya di hospital. Paru-paru ayah masuk air. Ayah saya adalah pesakit buah pinggang. Setiap hari 4 kali sehari ayah buat dialisis atau cuci buah pinggang dgn cara memasukkan air ke dlm badan melalui tiub yg dipasang di perut yg dibuat di bilik khas di rumah ayah. Sebab itu ayah x boleh jalan atau bermalam di satu tempat yg jauh. Ayah kena balik utk buat dialisis.

Sebelum nie keadaan ayah memang dah lemah. Sampai satu tahap ayah terpaksa tidur duduk sebab bila tido baring ayah akan susah bernafas. Kali pertama pergi hospital, doktor hanya ambil darah dah buat ujian sahaja. Tapi doktor suruh balik sebab x dapat detect ayah kenapa ayah jadi lemah. Bila balik rumah, keadaan ayah jadi makin teruk.

Mujur abg sulung saya bawa ayah sekali lagi ke hospital. Lepas buat scan bagai baru tahu paru-paru ayah masuk air dari proses dialisis yg ayah buat tue. Jgn tanya saya kenapa doktor x buat scan awal masa kali pertama ayah pergi hospital kerana ia hanya akan menambah dosa saya memaki org nanti !

Biasanya pada saat-saat kecemasan begini, abg saya yg kedua angah lah yg akan kehulu kehilir membantu menyelesaikan semua hal termasuk menjaga ayah. Tapi waktu ini angah nun di laut sana. Offshore. Along sebagai abg sulung menggalas tanggungjawab ini.

Dan dalam keadaan begini, Allah bagi bantuan. Ajib, adik saya yg baru habis kursus PTD dapat posting kat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kat seremban. Alhamdulillah, sekurang-kurang ada juga org yg dekat dgn hospital tempat ayah di tahan. Balik kerja, at least boleh tengok ayah. Then, adik saya yg bongsu & husband dia pula balik dari kedah nun. Dapat cuti seminggu lebih. So, ada org yg boleh diharap kehulu kehilir utk membawa mak saya berulang alik dari hospital. Adik beradik yg lain-lain semua jauh bekerja & berkeluarga. Hari bekerja Ajib & Ira dan husband dia boleh tengok, Sabtu & ahad yg lain-lain pulak ambil giliran sebab family adik saya Ajib nun di JB. So, dia juga ada tanggungjawab lain. Walaupun ayah x kritikal tapi hati saya sangat tak tenang. Hampir setiap hari saya akan menelefon mak tanya khabar ayah.

Semoga ayah cepat baik dan sihat seperti selalu. Minggu depan mak nak buat kenduri di rumah, harap-harap ayah dapat keluar hospital sebelum kenduri tue.

: (

Wassalam.

* Masa saya kat wad jenguk ayah, ada sorang attendent tue dok asyik ketawa kan sorang pesakit nie. Pak cik tue sedang tido, tapi gigi palsu dia tercabut & terkeluar dan memang nampak kelakar. Tapi walaupun kelakar saya x tergamak nak ketawakan pak cik tue dlm keadaan dia menanggung sakit. Kalau lah ayah saya yg diketawakan oleh attendent tue, memang saya akan 'basuh' dia cukup-cukup kat sini juga. Dulu masa sekolah x belajar moral ke apa ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan