Jumaat, 29 Jun 2012

Hati rawan...


Assalamualaikum,

Semalam genap seminggu ayah saya di hospital. Paru-paru ayah masuk air. Ayah saya adalah pesakit buah pinggang. Setiap hari 4 kali sehari ayah buat dialisis atau cuci buah pinggang dgn cara memasukkan air ke dlm badan melalui tiub yg dipasang di perut yg dibuat di bilik khas di rumah ayah. Sebab itu ayah x boleh jalan atau bermalam di satu tempat yg jauh. Ayah kena balik utk buat dialisis.

Sebelum nie keadaan ayah memang dah lemah. Sampai satu tahap ayah terpaksa tidur duduk sebab bila tido baring ayah akan susah bernafas. Kali pertama pergi hospital, doktor hanya ambil darah dah buat ujian sahaja. Tapi doktor suruh balik sebab x dapat detect ayah kenapa ayah jadi lemah. Bila balik rumah, keadaan ayah jadi makin teruk.

Mujur abg sulung saya bawa ayah sekali lagi ke hospital. Lepas buat scan bagai baru tahu paru-paru ayah masuk air dari proses dialisis yg ayah buat tue. Jgn tanya saya kenapa doktor x buat scan awal masa kali pertama ayah pergi hospital kerana ia hanya akan menambah dosa saya memaki org nanti !

Biasanya pada saat-saat kecemasan begini, abg saya yg kedua angah lah yg akan kehulu kehilir membantu menyelesaikan semua hal termasuk menjaga ayah. Tapi waktu ini angah nun di laut sana. Offshore. Along sebagai abg sulung menggalas tanggungjawab ini.

Dan dalam keadaan begini, Allah bagi bantuan. Ajib, adik saya yg baru habis kursus PTD dapat posting kat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kat seremban. Alhamdulillah, sekurang-kurang ada juga org yg dekat dgn hospital tempat ayah di tahan. Balik kerja, at least boleh tengok ayah. Then, adik saya yg bongsu & husband dia pula balik dari kedah nun. Dapat cuti seminggu lebih. So, ada org yg boleh diharap kehulu kehilir utk membawa mak saya berulang alik dari hospital. Adik beradik yg lain-lain semua jauh bekerja & berkeluarga. Hari bekerja Ajib & Ira dan husband dia boleh tengok, Sabtu & ahad yg lain-lain pulak ambil giliran sebab family adik saya Ajib nun di JB. So, dia juga ada tanggungjawab lain. Walaupun ayah x kritikal tapi hati saya sangat tak tenang. Hampir setiap hari saya akan menelefon mak tanya khabar ayah.

Semoga ayah cepat baik dan sihat seperti selalu. Minggu depan mak nak buat kenduri di rumah, harap-harap ayah dapat keluar hospital sebelum kenduri tue.

: (

Wassalam.

* Masa saya kat wad jenguk ayah, ada sorang attendent tue dok asyik ketawa kan sorang pesakit nie. Pak cik tue sedang tido, tapi gigi palsu dia tercabut & terkeluar dan memang nampak kelakar. Tapi walaupun kelakar saya x tergamak nak ketawakan pak cik tue dlm keadaan dia menanggung sakit. Kalau lah ayah saya yg diketawakan oleh attendent tue, memang saya akan 'basuh' dia cukup-cukup kat sini juga. Dulu masa sekolah x belajar moral ke apa ?

Jumaat, 22 Jun 2012

Dengan siapa saya haram bersalam ?

Assalamualaikum,

Bila balik kg bercampur ipar duai, antara sedar atau tidak sebenarnya kita sebagai perempuan wajib menutup aurat x kira lah kita memang ngam giler dgn ipar duai kita yg lelaki ke dan juga sepupu-sepapat belah keluarga kita. Wajib tetap wajib k...

Actually, separuh tue memang saya dah tahu dan memang saya jaga aurat. Tapi sebahagian lagi saya x alert lak kena tutup aurat sebab mungkin mereka lebih tua dan saya bersalam sebagai tanda menghormati mereka.  Contohnya Datuk saudara sebelah suami dan bapa saudara sebelah suami. Sebenarnya mereka adalah lelaki ajnabi pada saya.

Jadi, saya kongsikan kepada wanita-wanita baligh semua kat luar sana carta panduan siapa lelaki mahram & lelaki ajnabi dlm keluarga kita & suami sebagai panduan kita agar tidak tersilap kelak...


 Yg asas nie rasanya semua org pun tahu kan...


Ini adalah carta panduan utk suami & isteri ketika bergaul dlm keluarga mentua memasing


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai) Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya. 

Tapi, adat melayu yg terkenal dgn sopan santun dan budi bahasa serta hubungan rapat dan pergaulan erat dgn keluarga mentua membuatkan batasan itu tanpa sengaja di langgar. Ye la, kalau kita balik kg suami contohnya. Bila ada kenduri-kendara, berjumpa saudara mara nak x nak mesti nak bersalam dgn semua org tanda hormatkan. Kalau x salam karang kena chop sombong berlagak pulak.

Jadi, pepandailah kita membawa diri ye. Baik di luar mahupun di dalam rumah mentua itu sendiri. Bak kata pepatah melayu, ibarat menarik rambut dlm tepung. Rambut jgn putus, tepung jgn berselerak k...

Wassalam.

* Pernah bersalam dgn seorang mak cik. Belum sempat saya mencium tangannya, dia menarik tangannya secepat yg boleh. Walaupun perlakuannya itu amat menyentuh hati, tapi saya berprasangka baik yg mak cik tue tadi baru menumbuk belacan di dapur. Di sebabkan dia x sempat basuh tangan masa bersalam dgn saya, dia cepat-cepat tarik tanganya takut saya pengsan bau belacan...


Rabu, 20 Jun 2012

Kerana cinta...


Assalamualaikum,

Masa saya baca berita nie, terlintas di fikiran hanya rasa lucu sebab org tua umur 60 tahun boleh kena tipu dgn budak umur 16 tahun. Rasa geli pun ada sebab 60 tahun masih ingat nak dapat pucuk muda lagi.

Then, bila habis je baca berita tue tetiba saya jadi kesian & simpati sangat dgn pak cik yg boleh saya panggil atuk. Sepatutnya, pada umur begitu atuk nie lebih tumpukan soal amal ibadat utk di bawa ke alam akhirat kelak. Tapi sebagai lelaki dia mungkin kalah pada pujuk rayu dan nafsunya sendiri.


Atuk kecewa cinta hampa

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my





Simpati saya pada atuk nie 
Pada penghujung usia, x sepatutnya dia jadi begini


"REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam."


credit : Harian Metro



Pada mulanya saya dok kutuk-kutuk atuk nie dlm hati..(maafkan saya atuk !). Saya mengomel dlm hati, selama 60 tahun atuk nie hidup tentu dah banyak asam garam yg di telan. Malah, mungkin terlebih. Kalau fikir secara logik pada zaman ini memang tak akan ada bebudak muda nak kahwin dgn org tua kecuali sebab harta. Apatah lagi dari budak hingusan yg tak cukup matang tue. Nak cari cinta yg tulus ikhlas pun sangat payah sekarang nie. Atuk sepatutnya dah boleh menilai baik buruk semua tue.

Ini sangat mudah tertipu dgn budak 16 tahun tue. Tengok manja melentok, pujuk rayu, badan bergetah senang sangat jatuh cinta. Kalau jatuh kesian tue mungkin la. Nie jatuh cinta, lagi la saya x faham. Kalau nak kesian pun, ramai lagi anak yatim kat luar sana yg boleh kita kesian kan.

Kalau betul pun gadis mentah tue nak jadi isteri atuk nie, atuk nie kenalah fikir masa depan isterinya juga. Dia dah berumur 60 tahun. Berapa panjang lagi perjalanan hidupnya. Andai dia meninggal, bagaimana pula hidup isterinya yg  masih muda belia. Tidakkah dia telah mensia-siakan hidup isterinya yg kalau berkahwin dgn org yg lebih muda mungkin hidupnya terjamin hingga ke tua. Memang sebagai manusia muslim, kita kena percaya qada & qadar tuhan. Tapi kita juga dituntut agar berusaha mengubah nasib kita sendiri.

Jadi, saya buat kesimpulan atuk nie sebenarnya sepi & sunyi. Dia telah lama bercerai. Dia sebenarnya dahagakan kasih sayang dan perhatian dari org-org terdekat dan di sekelilingnya. Dia perlukan teman utk menjaganya. Tapi, ukur lah baju di badan sendiri ye atuk.  

Tapi kalau atuk hartawan, jutawan ada pulak pangkat mungkin benda nie x kan terjadi pada atuk. Bak kata org, petik jari je 10 yg datang tauuu....

Kita kena ingat, sejak zaman berzaman telah dibuktikan Kelemahan lelaki adalah pada wanita. Kelemahan wanita adalah pada harta benda. Cinta yg dtg tanpa sebab dan alasan, adalah sesuatu yg hampir menjadi mustahil di zaman ini.


Pada atuk tue, saya mendoakan agar atuk mendapat jodoh yg sesuai dgn diri atuk sekiranya masih terbuka hati nak berkahwin lagi. Sekiranya tidak, lebih baiklah atuk meningkatkan amal ibadat agar terjamin di akhirat kelak. Aminn...

Wassalam.

* Sangat respek pada gadis manis yg pandai menjaga diri, maruah, nama baik keluarga serta teguh pendirian di zaman penuh mencabar ini !

* selamat hari lahir ayah...semoga cepat sembuh & sihat


Rabu, 13 Jun 2012

@ Bukit Gambang Water Park


Assalammualaikum,

Minggu terakhir cuti sekolah, kami sempat bawa anak-anak bercuti di Bukit Gambang Water Park. Actually, kak wi & abg jeff ada beli satu unit apartment kat sini. Jadi, mereka dapat voucher penginapan 3 hari 2 mlm termasuk makan & tiket masuk ke water park 9 kali setahun selama 5 tahun. Sekali sekala pergi ok la, tapi kalau asyik pergi tempat yg sama boring gak. Mungkin kak wi & abg jeff akan jual voucher tue. Kalau diorang nak jual saya inform ye...

So, percutian kali ini kami save utk penginapan. Cuma bayar tiket masuk & makan-minum je. Fully sponsor by hubby. TQ. Dapat pahala tau mengembirakan anak-anak & wife.

Jumaat ptg dlm pukul 6 kami dah bertolak. Oh ya, masa ambil kakak balik dari kem kakak sangat comel pakai tudung & berbaju kurung. Trafik di ptg jumaat menghala ke gombak sangatlah menuntut kesabaran. Tambah pulak org baru balik kerja. Kura-kura pun boleh menang kalau berlumba dgn kereta kami di highway tue ! Pukul 6 ptg bertolak, dekat pukul 11 gak baru sampai gambang.

Dan, esoknya kami ke sini,


Nie la foto terbaik family SyaNor. Kalau nak harapkan anak-anak saya duduk diam, baby syirah je yg mampu buat macam tue. Lagi 2 org tue x sabar nak terjun kolam !


SyaNor family (hubby x de, tukang snap foto), family Kak Wi & Adik K.
Lelaki yg duduk hujung kanan sekali x tahu siapa. Org nak ambil gambar, selamba je dia duduk kat situ.


Irsyaddudin dah standby pistol & pelampung dia


Baby syirah yg dok ralit tengok ramai sangat umat manusia


Tq En. Hubby bawa kami pergi bercuti..


Tukang sponsor penginapan kami. Tq juga buat kak wi & abg jeff


Ok, ini info utk korang yg nak ke sana ye..

Harga tiket :-

Dewasa - RM 28.00 tapi sekarang ada promotion RM 21.90
Kanak-kanak - RM 18.00 tapi sekarang promotion RM 14.90
Promotion nie saya x tahu sampai bila ekk...

Utk kanak-kanak pula, ia bermula dari 90 cm hingga 12 tahun. Atas dari 12 tahun kira dewasa ye..

Nak tahu anak korang cukup tak 90cm, boleh ukur kat bawah nie,


Irsyad masuk free, sebab dia lagi rendah dari penguin tue.
Musykil di hati sebab masa kat Wet World Shah Alam hari tue kena bayar separuh harga pada hal guna method pengukuran yg sama juga.
Anak saya makin merendah atau org tue ukur ikut dan je ?


Nie adalah antara information kalau korang nak tahu lebih lanjut.
Klik je kat photo tue utk baca ye..


Nie saya snap lagi utk info korang semua yg berminat nak pergi sini


Ok, utk masuk ke taman tema beg & stroller (yg ada baby) korang akan di check. 
Tujuan dia tak nak bagi korang bawa masuk makanan dari luar


Nie adalah peta kawasan water park nie. Sangat besar..


Mama & Cikgu Halwiah
Errkk....syirah usha apa tue sayang ?


Irsyad nak tembak baba yg sedang 'menembak' dia
Baju oren tudung coklat tue adik ipar saya, cikgu khairiah


Batrisyia & Hakimi berendamm....


Mama jaga pondok durian baby syirah sedang tido
Ada baby harus la sewa cabana kan.. compare dgn wet world, sewa kat sini murah skit. RM 30.00 je
Kalau korang x nak sewa cabana, korang boleh sewa locker utk simpan barang-barang penting then boleh terus terjun kolam. Tapi sewa locker saya x berapa sure lak brape..


Budak tenit yg nyenyak tido. Mana taknya. Belakang cabana kami nie kolam renang memang sejuk je rasa


Baba, Batrisyia & Arif Fahmi masuk dlm terowong
Saya sempat la main air kejap & masuk dlm terowong nie dgn hubby. Memang seronok bila sampai kat area ombak besar tue..(tq adik k tolong jaga baby syirah kejap..)


Irsyaddudin yg dah rapat melekat dgn babanya. Pantang baba hilang, meraung la dia tengah-tengah kolam tue


Kolam nie agak dlm skit & x sesuai dgn bebudak bawah 5 tahun. Macam irsyad tue bila masuk kolam nie, kaki tergapai-gapai je..


Baby syirah merenung masa depan. X pe, setahun lagi baby syirah dah boleh main kolam ye...


Overallnya, tempat nie memang best. Macam water park kat A Famosa resort. Besar & banyak fasilities. Harga tiket, sewa cabana & tube masih boleh dikatakan murah. Compare dgn Wet World yg agak kecil keluasannya, memang puas la main dlm nie. Itu pun, kat belakang water park nie ada construction. Tak sure pulak dia nak besarkan lagi water park nie atau nak buat bangunan lain. Tapi masa kami pergi tue memang penuh org. Cabana & tube habis di sewa. Cuma yg x bestnya, korang kena beli makanan & minuman dlm nie saja. Tak boleh tapau dari luar. Harga makanannya juga double dari luar ok. Tapi ye la, kalau semua tapau dari luar, x de la bisnes org kat dlm kan...

Konsep kat dlm juga x perlu bayar pakai duit yg mana korang kena bawa wallet kehulu-kehilir. Masa nak beli tiket tue, korang boleh insert siap-siap berapa duit nak guna dlm water park tue nanti. So, dia akan masukkan kat tiket a.k.a yg korang pakai kat tangan tue. Nak beli makanan, sewa cabana, sewa tube, scan je tak tiket korang tue, dia akan tolak siap-siap nanti. Dlm tue juga ada tempat top-up kalau duit korang x cukup nak tambah lagi...

Petangnya dlm pukul 4 kot, kitorang keluar dari water park tue. Balik apartment...


Nie la apartment tempat kitorang tinggal kat tingkat 3.
Fully sponsor by Kak wi & Abg Jeff


Caribbean Bay Suite. Rege jgn tanya berapa, sebab kami di sponsor ok. 
Tapi rasanya RM 400 - RM 600. Korang boleh check kat website dia

Ini adalah promotion bagi sesapa yg nak berjimba-jimba dlm tue ye..


Berdekatan dgn apartment yg kami duduk ada fun fair. Memang meriah la kan bebudak nie. Mama & baby syirah x pergi sebab x sesuai suasana tue dgn baby syirah. Duduk kat apartment & adik k membalun coklat. Punya la banyak stok coklat adik k bawak dari langkawi satu beg...confirm la mama bolat lepas nie. Tq adik k...


Berposing sebelum pergi funfair mlm tue..

Kemain Batrisyia & Nabila, seronok sakan ye. Batrisyia bila suruh naik kuda pusing kat IOI Mall takut pulak


Lesen L lagi....


Nie lagi telatah sepupu yg dah macam adik beradik nie...


Besoknya, pepagi sebelum check out bawa bebudak nie mandi kolam kat apartment nie. Kolam dia pun boleh tahan besar gak. Tapi macam biasa mama & baby syirah tak pergi. Tunggu la setahun lagi kita satu family berendam dlm kolam ye...










Tepat pukul 12 tghari, kami check out. Dlm kereta, anak-anak terus fengsan letih sangat kot. Eh, kat highway karak banyak durian la kan...x sempat nak snap picture.

Kami berhenti rehat & makan kat hentian Genting Sempah. Anak-anak saya telah 'membuang' secara berjemaah. Bagus betul anak-anak mama set time, serentak semua buang air besar. Tak payah nak berhenti setiap hentian rehat atau cari pump stesen. Pukul 5 petang baru kami selamat sampai rumah.

Alhamdulillah, selamat sudah cuti-cuti  malaysia kami kali nie. 

Wassalam.

* kata Baba : Bulan 8 nie kita pergi bercuti lagi
   kata Mama : Pergi mana ?
   kata Baba : kita bercuti di port dickson
   kata Mama : itu hantar org kahwin, bukan bercuti la...



Jumaat, 8 Jun 2012

Ribut di Palong Dua & Urusan Harta Pusaka


Assalamualaikum,

Minggu nie agak kelam-kabut, penuh debaran, penuh warna-warni.

Memula, lepas kami balik dari kg mak call kata ayah x sihat. Masa kami balik ayah memang nampak x sihat.  Bawa ayah pergi hospital. Kalau ayah kena tahan, memang saya akan balik tengok ayah. Hati rasa x sedap bila dengar ayah x sihat. Saya rasa susah hati sebab sebelum nie ayah pernah tumbang x sedar diri.

Kemudian mak call cakap ada ribut melanda kat palong dua. Banyak rumah yg rosak termasuklah rumah mak ayah saya. Lagi la saya risau sangat.

So, semalam saya nekad balik palong seorang diri nak tengok keadaan ayah & rumah yg rosak tue. Selain tue, saya juga nak buat urusan lain yg ayah minta selesaikan.

Ribut Di Palong Dua

Pokok nangka kat belakang rumah yg tumbang.
Mujur la tumbang ke belakang. Kalau tumbang ke depan, confirm kena bilik ayah saya
Saya pun x dapat bayangkan macamana kuatnya ribut tue

Banyak & besar-besar buah nangka kat pokok tumbang tue
Tapi x de rezeki kan...

Ruang atas rumah yg dah berlubang. Habis atap zink diterbangkan ribut
Mak kata masa tue hujan. Habis air hujan mencurah turun sampai banjir lantai rumah

Apa la ikhtiar seorang ibu tua selain hanya mampu susun besen tadah air hujan

Masa saya balik tengok atap baru sudah di hantar dan hanya menunggu tukang utk memasang atap rumah. Rupanya bukan rumah mak saya sahaja, tapi banyak rumah yg rosak akibat ribut. Kisah nie juga dilaporkan di dalam berita. Cuma info dlm berita tue x berapa betul. Berita melaporkan lebih 50 buah rumah, tapi hakikatnya x sampai la sebanyak itu.

Keadaan ayah juga dah beransur stabil sikit. Malah, masa saya sampai ayah siap keluar jemput saya masuk rumah lagi. Lega saya bila lihat depan mata saya ayah dah sihat sikit. Mak pulak, bila saya balik mesti nak masak sedap-sedap padahal saya balik kejap je.

Sementara tunggu mak siap masak saya buat projek yg dah lama saya nak selesaikan. Mencari dan merekod kembali susur galur keturunan saya. Ia bermula bila saya jumpa seorang pak cik yg mengaku sepupu ayah saya yg langsung saya x kenal dan x pernah jumpa sebelum ini. Tapi sebab masa x mengizinkan, saya cuma sempat buatkan sebelah ayah je. Itu pun x complete sebab banyak sedara jauh hilang khabar berita. Carta yg dilakar pula sangat complicated dan memeningkan saya. Tapi insha allah misi ini akan berjaya. Lepas nie nak rekod sebelah mak saya pula. 

Lepas zuhur, dah makan & mandi saya bertolak ke pejabat tanah serting menyelesaikan urusan yg melibatkan harta pusaka ini. Dan dah menjadi kelaziman mak saya, sebelum bertolak mak membekalkan nasi, gulai ayam, pucuk ubi goreng & keropok lekor utk bekalan saya. Sayang mak !

Urusan Harta Pusaka

Saya ke pejabat tanah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka nie..

Dokumen yg dikemukakan utk proses pelan hilang
Banyak prosedur yg perlu dilalui. Saya perlu berjumpa pegawai, di soal siasat (walaupun bukan saya yg hilangkan), kena angkat sumpah, matikan setem, isi 3 form, buat bayaran dan kena tunggu lagi

Pejabat tanah jempol yg banyak membantu melicinkan  urusan saya semalam

Puas saya berpusing cari pejabat tanah serting, rupanya kat Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol nie. Nasib baik saya x malu bertanya, kalau x confirm sesat jalan !

Walaupun urusan tue x dapat diselesaikan coz kena tunggu tandatangan pengarah JUPEM, tapi sekurang-kurangnya urusan yg ayah amanatkan pada saya dah settle separuh. Lepas nie saya kena cari surveyor untuk ukur tanah pulak. Harapnya urusan nie akan berjalan lancar hingga siap sepenuhnya nanti. Aminn

Kem cuti  sekolah Kakak Batrisyia

Balik ke rumah dah dekat mlm & sangat letih sebab menempuh jam melekat tak gerak dari seri menanti ke bukit putus tadi. Kakak Batrisyia x de sebab dia ada Kem cuti sekolah. Pagi tadi dah hantar beg pakaian, bantal, selimut, kasut ke taska. Kakak Batrisyia akan di bawa pergi join kem sempena cuti sekolah ini. 2 hari 1 malam je. Kem nie dah lama di war-warkan cuma saya terlepas pandang kot. Mujur masa saya jumpa teacher dia hari tue ada diberitahu pasal kem nie. Patut la kakak dari minggu lepas dok bising nak tido rumah teacher dia. Rupanya ada kem. Kem tue pun di buat x jauh dari rumah kami. Dan aktivitinya lebih kepada islamik. Saya sangat suka dgn cara pengendalian pemilik taska Angkasa Kecil ini. Mereka bukan sahaja menjaga kanak-kanak, tetapi juga mengajar anak-anak di taska tanpa sebarang bayaran tambahan. Setiap hari akan ada aktiviti membantu perkembangan minda kanak-kanak. - ehh, macam iklan susu lak ekk !

Bila kakak x de kat rumah mlm tadi, kami terasa sunyi. Mama x tau la kalau kakak dah besar esok & mula keluar rumah belajar hidup berdikari. Mesti mama lagi sedih. 

Petang nie kem kakak tamat, x sabar nak jumpa kakak.

Ok, itu la dia warni warni saya minggu ini. Tapi itupun belum tamat lagi. Ptg nie, balik kerja kena berkemas-kemas, ambil anak-anak dan kakak batrisyia dari kem terus ke Gambang, kuantan pahang bawa diorang bercuti (terima kasih kak wi sponsor penginapan free). Ini juga sebagai reward utk kakak sempena result exam dia yg memberangsangkan. Masa saya jumpa teacher Rose rabu lepas utk bayar yuran, serah report card & berbincang prestasi kakak, dia suggestkan utk bagi reward pada Batrisyia setiap kali berjaya dlm exam sebagai pembakar semangat. Tahniah kakak !

Wassalam.

* Org tua nie kekadang mereka mengadu bukannya sebab nak minta pertolongan atau wang ringgit anak-anak. Yg mereka harapkan sikap prihatin, ambil berat dan bertanya khabar mereka agar mereka rasa disayangi, dikasihi, dihargai dan diingati. Jadi, ambil hp anda sekarang dan call la ibu bapa masing-masing sementara mereka masih ada...


Khamis, 7 Jun 2012

Ole-ole dari kampung kasih sayang seorang ibu tua


Assalamualaikum,

4 Jun lepas sempena cuti sekolah kami balik palong. Tapi x de sape yg balik. Anak-anak boring skit. Nasib baik la ada kedai dekat dgn umah atok & wan diorang. Berulang alik kedai je la aktivitinya. Selain tue, hari sabtu kami ke keratong ada hal nak settle. Hari ahad dah balik semula.

Macam biasa, setiap kali pulang ke kampung ada je masakan mak yg best-best. Sape nak berdiet tue memang hancur la. Saya diet ? Nope ! Baby syirah menyusu badan lagi...

Nie adalah ole-ole kasih sayang seorang ibu utk anaknya yg dah beranak pinak...

Kek butter. Mak saya memang suka buat kek

Pisang nangka mak suruh goreng kat umah nanti. Separuh saya dah bagi jiran sebelah

Nie pisang apa ekk ? Saya panggil pisang masam sebab masam skit
Mak pesan, buat cekodok. Tapi anak eh nie pemaleh bona a.k.a kesuntukkan
masa. Separuh bagi kat jiran, separuh lagi makan sendiri. Nie la pisang
peberet saya masa kekecik dulu

Oppss...nie bukan mak bagi. Nie jiran sebelah bagi. Tq Azmi & wife !
Nie jiran belah kiri saya. Kerja kilang gula. Selalu bagi kami gula free. So, balasan kepada keropok lekor nie, kami bagi pisang yg kat atas tue. Opps..jiran selang 2 buah rumah belah kanan kami namanya azmi gak. Dia pun selalu bagi makanan sebab dia suka + rajin masak. Saya jarang balas sebab saya masak x sedap ! Alasan je kan...Sebab tue juga saya selalu confuse bila hubby masuk rumah bawa barang pemberian jiran & kata Azmi bagi. Saya pasti akan tanya semula, belah kiri ke belah kanan ?

Masa kami nak balik, mak masakkan rendang ayam campur mamam. Memang bertambah bila makan. Mak siap bekalkan keropok lekor makan masa dlm jammed, kerepek pisang, nasi, lauk rendang, lauk sup utk anak-anak saya takut lapar nanti. Itu la kasih sayang seorang ibu. Sanggup  bersusah  payah demi anak & cucu dia. Risau kalau dalam jammed anak & cucu dia lapar. Pada hal, kalau diikutkan anak dia lebih dari mampu kalau setakat nak makan anak-beranak kat luar. Cuma bezanya makanan kat luar tue di masak sebab berbayar, tapi makanan bekalan mak di masak sebab kasih sayang yg x pernah berkurangan.

Mak memang tak pernah berubah. Dari saya mula melangkah keluar rumah masa form 4 dulu (saya sekolah berasrama di teknik port dickson), zaman saya study kat kolej sehinggalah saya dah berkahwin dan dah ada anak 3, setiap kali balik kampung mak x pernah lupa membekalkan makanan buat saya. Mak melayan saya sama seperti 16 tahun dulu bila mana kali pertama saya melangkah keluar rumah. Ada je bekalannya setiap kali kami balik. Ada saja lauk kegemaran kami yg dimasakkannya.

Mak memang x pernah berubah. Cuma anak mak nie je yg dalam sedar x sedar dah terlalu banyak berubah.

Kak lang sayang mak !

Wassalam.

* teringat masa memula kahwin dulu, setiap kali mak bekalkan makanan utk kami pulang ke KL kami akan berhenti di mana-mana hentian rehat duduk kat pondok rehat makan bekalan mak. Dgn angin dari asap ekzos lori besar yg bertiup sepoi-sepoi bahasa...sungguh romantik ! hahaha....


Sabtu, 2 Jun 2012

Officially dah merangkak...bukan spiderman k !


Assalamualaikum,

Ini sebagai kenangan dan ingatan buat mama bila syirah dewasa kelak.

Sabtu lepas, 26 May 2012 lepas Baba ambil baby syirah kat Taska balik rumah syirah sangat lasak.

Masa mama balik, syirah meniarap kat atas lantai. Tetiba, Baby Syirah angkat punggung terus merangkak ke depan. Sangat sweet dgn baju pinknya walaupun baba kata macam sarung nangka gerak-gerak...cisss !

So, baby syirah officially dah pun merangkak..


yg nie mama dudukkan kat atas sofa...
chubby...muahhh !

Lepas nie rumah kena bersihkan selalu. Permainan x leh bersepah-sepah. Macam kakak & abg dulu, baby syirah juga menurun perangai yg sama. Mengutip apa saja !

Wassalam

* sangat kuat geget & mencubit org !

Jumaat, 1 Jun 2012

Masterchef Selebriti Malaysia...sangat havoc


Assalamualaikum,

Saya memang peminat rancangan masakan. Walaupun saya x pandai memasak & masakan saya adalah kelaut.

Memang sejak dulu lagi saya memang suka rancangan masakan & rancangan makan-makan. Channel 703 Asian Food Channel dgn T&L 707 memang antara channel yg saya layan tiap kali lipat kain kat ruang tamu. Boleh kata apa jua rancangan masakan macam Sugar, Top Chef, New Scandinavian Cooking, Jamie Oliver,  Icip Icip, Jaguh Kampung dan rancangan makan-makan lagi la saya layan. Warung Kita, JJCM, Sarapan Apa ? semua saya suka tengok. Kengkadang tue meleleh air liur tengok makanan nampak macam sedap je..

Masa Master Chef siri pertama ke udara, saya tengah berpantang. Layan la juga. Tapi agak hambar skit sebab semua peserta macam berpersonaliti serius sangat except si  Brian Bertopi tue yg happy je. Chef juri pun straight je...

Bila Astro keluarkan versi selebriti pulak, saya ingat sama je. Kalau riuh pun mungkin sebab Angah RL dgn Azwan Ali yg mulut dia satu malaysia tahu macam mana kan...

Nie la peserta Master Chef Selebriti...


Korang sokong sape ekk ? 

Tapi masa saya layan episod pertama, memang kelakar sangat. Bukan nak tengok diorang masak pun. Lebih tertumpu gelagat para selebriti dari pelbagai latar belakang nie.


Paling kelakar masa episod 3, time diorang memasak secara group tue....


Group paling banyak drama & paling havoc. 
Kesian si angkasawan dah terkeluar..

Bila tengok Master Chef Selebriti Malaysia nie macam tengok Raja Lawak pulak. Masaknya x seberapa. Drama je yg lebih. Tapi memang best nak layan. Saya memang akan follow sampai habis program nie nanti.

Walaupun kat forum dah pecah lubang sape masuk semi final, kita tunggu je la episod seterusnya. Kalau tengok paparan  minggu nie Kak Salamiah mengamuk...apa cerita ekk ??

Wassalam

* "Eh..mama tue tempat kakak pergi hari tue...". Ladang ostrich tempat mereka memasak dlm episod 3 adalah tempat lawatan kakak hari tue.