As salam,
Tetiba rasa nak jenguk sumber trafik kat blog saya nie. Setahu saya yg baca blog nie cuma family saya je. Tapi kata kunci carian yg keluar buat saya ketawa sensorang kat depan lap top nie. Korang tengok ye…
Cencaluk sebotol berapa ringgit.
Hahaha….sape la insan yg mengidam cencaluk nie. Rege cencaluk pun nak search juga. Mungkin duduk oversea agaknya dia nie…
Karangan azam tahun baru peperiksaan
Advance korang sekarang ye dik. Cikgu suruh buat karangan azam tahun baru, korang pegi kopipes kat blog org. Agaknya bebudak skolah nie tak boleh fikir lagi kot. Ye la asyik azam belajar rerajin, nak dapat result gempak dlm UPSR / PMR / SPM, x nak buat masalah displin. Tue semua azam lapok student tahun 80 an dulu kan. Dik, korang buat la azam yg sama tapi advance kan lagi. Contohnya, saya berazam nak belajar rerajin dari pagi sampai malam di sekolah ini bersama cikgu. Saya harap cikgu boleh membantu saya mencapai azam saya itu. hikss… ! Teringat masa masuk tingkatan 1 sekolah menengah palong dua dulu. Ada seorang mamat tue buat azam, Saya berazam untuk menoreh gotah sebanyak mungkin kek kebun gotah ayah saya. Kami semua & cikgu sekali tercengang !
Gas masak Bandar saujana putra
Nie saya suspect baru pindah kat saujana putra nie kot. Gas masak pun nak search internet. Ala dik, kedai runcit kat Bandar saujana putra tue dah bersepah la dik. Gie je kat kedai cakap saya nak gas memasak. Nanti dia bagi la pilihan, nak tong mana satu. Lepas pilih, bayar, nanati dia hantar rumah. Kedai caj la skit. Berat dik oii…dapat pula kalau korang tinggal kat apartment tingkat 5. Menggeletar urat keting dia nak memanjat tingkat 5 tue dgn pikul tong gas. Dah la korang x offer segelas air pun. Jadi patut la kena kedai caj tuk duit kopi tukang hantar tue. Kalau husband stok badan hulk Hogan, minta husband angkut sendiri. Kalau husband kurus kering tapi korang sayang duit x sayang laki, suruh la juga husband tue angkat sendiri. Hehehe….
Ramlee Awang Murshid
Ye, saya memang peminat ramlee awing murshid. Kepada peminat novelis tue, tinggalkan lah jejak ye. Leh kita kenal-kenalan….
Beruk
Tang nie saya no comment ye tuan puan.
Tue antara sebahagian kata kunci carian yg sampai kat blog saya nie. Yang lain-lain tue cuma word biasa je…
Buat yg kenal saya, kalau korang search nama saya korang tak kan sampai kat blog nie ye…
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan