As salam,
Walaupun sekarang dah nak masuk bulan februari, saya tetap nak juga letakkan gambar hari pertama orientasi kakak masuk sekolah krista utk 6 tahun pada 1 Januari 2012 hari tue utk kenangan kakak.
Tengok muka cuak kakak. Memula pepagi dia bangun excited nak pegi sekolah jumpa kawan dia. Bila kakak sampai sekolah, kawan dia x sampai lagi. Tue muka cuak je tue. Lepas bayar register, saya belikan baju kurung sekolah utk kakak tambah baju skirt tahun lepas. Kakak makin besar, baju skirt tahun lepas macam dah singkat skit bila kakak pakai. Lagi pun, tahun depan bila sekolah kebangsaan saya nak kakak pakai baju kurung. Jadi tahun nie kena biasakan dia.
Nie lepas kakak balik orientasi terus bawa pegi IOI Mall. Korang jgn pelik tengok muka irsyad macam tue. Dia bila nak ambil gambar memang akan senyum kenyit sebelah mata. Sape ngajor pun x tau.
Saya ingat utk irsyad esok nak masukkan kat Genius Aulad atau Smart Reader Kids. Tengah survey dulu. Irsyad pun tahun nie dah 3 tahun rasanya dah boleh start belajar Irqa’.
Tahun depan, kakak dah start sekolah. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam saya melahirkan kakak. Tengok wajah bersih kakak masa baru lahir ke dunia nie. Hari nie & saat nie kakak dah besar & nak sekolah dah.
Mama harap kakak akan menjadi insan yg baik dunia akhirat nanti. Bukan kakak batrisyia sahaja, semua anak mama pun cam tue juga. Aminn....
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan