Isnin, 30 Januari 2012

Hisap Tangan


As-salam,

Baby syirah sekarang nie dah pandai hisap tangan. Kalau mama leka je skit, kejap je tangan dia dah masuk dlm mulut. Penuh air liur baby syirah bila hisap tangan dia. Tapi yang bagusnya baby syirah nie cuma hisap tangan kanan je. Tangan kiri dia tak mo. Bunyi dia hisap tangan sangat la kuat. Siap berirama bagai..Kuat menjerit pun ye juga. Teacher taska suruh belikan puting. Tapi kami x nak bagi sebab takut jadi tabiat sampai besar nanti. Lagi pun batrisyia & irsyad x hisap puting pun masa baby dulu.

Lagi satu, baby syirah suka sangat senyum & ’berborak’. Kalau kita cakap dgn dia, mudah je dia tersenyum lepas tue terus berborak tak berhenti. Rasanya baby syirah kalau dah besar, becok kot...macam abg irsyad sekarang nie. Sampai teacher kat taska pun cakap abg irsyad kalau bercakap tak berhenti. Mulut becok bercakap sampai kekadang tue org pun tak faham apa dia cakap. Dia rasa nak petik, dia petik je ayat sesuka hati.




 Tengok Baby Syirah hisap tangan ye..sedap ye sayang…X de gigi boleh la hisap. Dah start tumbuh gigi, kalau hisap tangan juga, mama balut tangan syirah tue ye...


Nie dua beradik nampak cam baik je kan…tapi sehari x gaduh memang x lengkap la rutin kat umah saya tue.

Cuma saya perasan skarang nie baby syirah macam dah nak berpusing dah. Cepatnya anak mama nak besar ye…

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan