Jumaat, 27 Januari 2012

Kisah Nabi-Nabi

As salam,

Anak-anak saya selalu minta saya bercerita sebelum mereka tidur. Bila saya bercerita mereka akan berkhayal, irsyad terutamanya hingga mereka tidur. Selalunya saya akan menceritakan kisah dongeng, kisah princess (ini kakak suka sangat dengar) dan kalau tak de idea mulalah saya cerita kisah-kisah merepek macam gergasi makan pisang, monyet makan durian, burung makan mangga, arnab jatuh sungai & pelbagai lagi kisah merepek yg saya ceritakan sampai kakak pernah kata, cerita mama nie tak betul la. Hikkss…mama no idea la sayang.

Satu hari kakak request,

Mama, kakak tak nak dengar cerita princess dah. Kakak nak dengar kisah nabi.

Terasa sejuk je perut saya dengar kakak cakap cam tue. Cuma, masalahnya tak semua kisah nabi yg saya ingat. Ye la, saya ngaku saya kuat baca novel. Buku agama saya dah kurang baca. Maka, saya pun memulakan misi mencari buku kisah Nabi untuk di bacakan pada kakak. Tapi, ini yg saya saya beli…



Hikss…saya kan peminat novelis Ramlee Awang Murshid. Ternampak buku terbaru beliau, terus saya sambar. Abg, jgn bising2 tau. Walaupun skarang saya x de masa nak baca sebab nak jaga baby syirah memalam, bila baby syirah besar skit saya baca la…
Sebab nak dapatkan discount punya pasal, terus saya join the club. RM 10 tuk seumur hidup. Cuma sayangnya branch dia tak banyak la….



Akhirnya…jumpa juga buku Kisah 25 Nabi. Buku nie saya beli tak tempat org jual buku2 agama, kitab & hiasan dinding tue. Murah je. RM 10.00. Tapi, kandungannya cukup besar kalau kita hayati & ambil iktibar kan…

Ok la kakak batrisyia, lepas nie mama dah boleh ceritakan kisah-kisah nabi pada kakak & irsyad ye…

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan