As-salam,
Pagi,
Bangun pepagi, Baba, irsyad & kakak batrisyia pergi menebeng kat kedai kopi. Tinggal mama dengan baby Syirah bersiap nak keluar. Tiga beranak tue balik bawa breakfast utk mama. Mama breakfast, Baba sidai baju kat luar, kakak Batrisyia main dengan baby Syirah, Irsyad lak ukang kaco. Lepas tue terus keluar pergi klinik. Semalam baby Syirah genap umur 3 bulan. Hari ni nak pegi cucuk. Sampai klinik, pening sekejap org kat klinik. Bila masuk bilik doctor, jangan cakap la…huru hara dah bilik doctor tue. Segala mesin, peralatan klinik semua irsyad & kakak nak usik. Nasib baik doctor nie senyum je (walaupun dlm hati rasa nak jerit je kot….sabar ye doctor). Baby Syirah kena cucuk pun ok je, jerit skit dah senyap balik. Masa cucuk 2 bulan dulu meraung. Doktor lelaki tue buat kasar skit. Yng nie doctor perempuan, lembut skit la…
Lepas cucuk Syirah….keluar pergi giant putra height beli pembalut buku kakak. Baby Syirah ok je tak meragam. Tapi king of air mata, abg Irsyad boleh melalak dari kuanter bayaran sampai la keluar dari giant. Puncanya….dia dapat pegang satu roll pembalut buku tapi kakak tak de. Sayangnya Irsyad pada kakak sampai melalak ye…
Tengahari
Balik dari Giant, tapau lauk. Sampai rumah mama masak nasi (begini la kehidupan kitorang sejak baby Syirah lahir….tapauuuuuuu je kejenya !) Lepas semua dah makan, baba buka air cond dlm bilik. Semua naik atas, baba, mama & 3 beradik tue fengsan dlm bilik sampai ptg.
Petang
Mama & baba balut buku kakak Batrisyia. Syirah tukang teman. Irsyad & Batrisyia kena duduk luar main sebab bising sangat kat dlm rumah. Tapi 2 minit je, irsyad dah meraung kat luar. Bergaduh rebut bola dgn kakak. Pada hal bola tue ada 2 biji. Lepas pujuk ok balik dia. Tapi 5 minit lepas tue, nangis balik rebut basikal pulak. Padahal basikal ada 4 kat luar tue !. Begitulah yg berlaku berulang-ulang dari pukul 5 sampai 6.30 petang. Eeee…pening mama tengok. Rasanya, kalau permainan tue ada seribu sekalipun kakak dengan irsyad tetap juga akan gaduh berebutkan barang yg sama.
Malam
Lepas makan, kemas beg taska. Setiap seorang ada beg mereka sendiri. Total beg nak kena hantar ke taska 4 biji beg termasuk beg baju kotor !. Fengsan ! Lepas anak2 semua dah tidur (paksa tido kalau tak sampai pukul 12 mlm melompat-lompat lagi sampai mama pelik, mama dah penat tapi anak2 mama aktif lagi) mama & baba lipat baju sambil sembang isu semasa, hal family & hal suami isteri dot dot dot ; )
Tengah malam.
Tutup lampu, naik atas. Sebelum tido tengok wajah anak-anak mama nie tido. Bila batrisyia, basyirah & irsyad tido nampak wajah manja, penyayang, manis, lembut…tapi bila buka mata boleh fengsan mama & baba. Walau apapun nie la harta mama & baba dunia akhirat. Semoga anak2 mama menjadi muslim yg sejati di dunia fana ini. Buruk baiknya anak2 mama sekalipun, mama tetap sayang anak2 mama hingga mata mama tertutup.
Begitula kisah hujung minggu kitorang. Korang pulak macam mana ???
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan