Isnin, 30 Januari 2012

Hisap Tangan


As-salam,

Baby syirah sekarang nie dah pandai hisap tangan. Kalau mama leka je skit, kejap je tangan dia dah masuk dlm mulut. Penuh air liur baby syirah bila hisap tangan dia. Tapi yang bagusnya baby syirah nie cuma hisap tangan kanan je. Tangan kiri dia tak mo. Bunyi dia hisap tangan sangat la kuat. Siap berirama bagai..Kuat menjerit pun ye juga. Teacher taska suruh belikan puting. Tapi kami x nak bagi sebab takut jadi tabiat sampai besar nanti. Lagi pun batrisyia & irsyad x hisap puting pun masa baby dulu.

Lagi satu, baby syirah suka sangat senyum & ’berborak’. Kalau kita cakap dgn dia, mudah je dia tersenyum lepas tue terus berborak tak berhenti. Rasanya baby syirah kalau dah besar, becok kot...macam abg irsyad sekarang nie. Sampai teacher kat taska pun cakap abg irsyad kalau bercakap tak berhenti. Mulut becok bercakap sampai kekadang tue org pun tak faham apa dia cakap. Dia rasa nak petik, dia petik je ayat sesuka hati.




 Tengok Baby Syirah hisap tangan ye..sedap ye sayang…X de gigi boleh la hisap. Dah start tumbuh gigi, kalau hisap tangan juga, mama balut tangan syirah tue ye...


Nie dua beradik nampak cam baik je kan…tapi sehari x gaduh memang x lengkap la rutin kat umah saya tue.

Cuma saya perasan skarang nie baby syirah macam dah nak berpusing dah. Cepatnya anak mama nak besar ye…

Wassalam

Ahad, 29 Januari 2012

Daftar Haji

As-salam,

Actually nie citer dah basi pun, last mth masa cuti Sultan Selangor hari tue. Masa tue dah tentu la org Selangor je cuti kan. Jadi saya dah plan nak pegi tabung haji masuk kan duit tabung syiling saya & register haji terus.

Mlm sebelumnya tue, lepas irsyad, baba & syirah tido. Saya dgn kakak batrisyia start kira duit syiling yg saya simpan dekat 2 tahun juga kot. Banyak juga. Sampai pukul 1.30 pagi mengira duit syiling.

 Tabung saya pakai bekas soflan yg 3 liter tue je. Saya suka simpan duit dlm bekas soflan nie sebab bau dia wangi. Bila keluarkan je duit dari bekas soflan nie, wangi je bau dia. Nasib baik duit syiling nie besi. Kalau tak sure lembut jadinya coz asyik terperap dlm soflan je.

Masuk siap-siap dlm plastik ais krim. Nie Angah punya stail la nie...

Esoknya, pepagi hubby lak kira duit syiling tabung dia. Then, kami bersiap terus pergi tabung haji kat putrajaya.

Punya la ramai org kat tabung haji putrajaya. Saya rasa hampir semuanya adalah org Selangor kot. Yg paling best ramai juga yg bawa syiling macam saya nie. Sekepala la kita ye…simpan dlm tabung hujung tahun masuk tabung haji.

Sebab punya la ramai, dgn tabung haji yg kecik je. Memangla dugaan besar pada family kami yg ada anak kecik nie. Menunggu dekat 2 jam, baby syirah nangis, abg irsyad lak buat hal memang mencabar kesabaran. Mak cik pak cik yg pandang kami tue, saya buat donno je. Eh, mak cik pak cik tak pernah ada anak kecik ke dulu ?

Bila sampai turn kami memang lama coz duit tabung saya je dah RM 1000 lebih. Duit syiling hubby lagi. Saya kena caj RM 2 utk kira duit syiling yg banyak tue walaupun saya dah kira sendiri dan bank kira pun pakai mesin je tetap kena caj juga. Tapi setengah jam juga la mesin tue nak kirakan syiling kami. Hongeh nak bawa syiling nie tau. Siap senget stroller baby syirah letak syiling nie. Mesti baby syirah bengang kat mama & baba dia nie, stoller adik jadi tempat bawa syiling lak.

Then, saya cakap dgn hubby terus register haji. Minimum utk register haji sekarang adalah RM 1,300.00. Dulu RM 1,000.00 je dah boleh register. Tambang kapal terbang dah naik kan...korang tahu bila turn kitorang ? x yah cakap la…sedih. Lagipun kitorang lambat register. Pegawai tabung haji tue pun cakap, kitorang nie lambat register. Dah beribu yg tunggu turn. Tapi kalau duit dah cukup boleh buat rayuan nak pegi awal. Tapi bergantung pada kuota la. Ofcoz la dia akan dulukan atuk nenek yg dah tua kan. Kalau banyak duit, ambil la pakej swasta kan. Tapi pastikan yg berdaftar dgn tabung haji je. Kalau tak korang kena tipu nanti. Lagi satu sekarang, selain dari buat potongan gaji untuk tambah simpanan korang juga dah boleh buat melalui maybank atm sahaja. Cepat & mudah. Tapi x sure kena caj ke tak. So, buat adik-adik yg baru keje tue, dapat gaji cepat-cepat la buka akaun tabung haji & terus register haji. Nak beli kete, hand phone, ipad lambat pun x pe dik. Setiap tahun keluar model baru, rege pun makin murah. Tapi pegi hajinya kos makin tinggi tau…Semoga Allah perkenankanlah niat murni saya & hubby untuk buat haji nanti. Semoga kami dikurniakan umur yg panjang & kesihatan yg baik dan rezeki untuk sampai ke rumah Allah itu. Harapan saya semoga saya dah hubby dapat pergi bersama-sama.

Then, plan kedua nak buka akaun SSPN tuk semua anak-anak adalah kelaut ye…plan nak makan nasi arab kat SABA pun kelaut gak. saya & hubby dah tak larat nak kendong, kejar, pujuk anak-anak kami nie. Dah tgh hari, makin panas, makin rimas. Lapar lagi, irsyad & syirah ngantuk pulak merengek nak tido…jadi kami sekeluarga pun pulang la ke pangkal jalan….balik rumah !

Wassalam.

* korang dah register haji belum ? ke korang dah pegi haji dah…Alhamdulillah

Jumaat, 27 Januari 2012

Kisah Nabi-Nabi

As salam,

Anak-anak saya selalu minta saya bercerita sebelum mereka tidur. Bila saya bercerita mereka akan berkhayal, irsyad terutamanya hingga mereka tidur. Selalunya saya akan menceritakan kisah dongeng, kisah princess (ini kakak suka sangat dengar) dan kalau tak de idea mulalah saya cerita kisah-kisah merepek macam gergasi makan pisang, monyet makan durian, burung makan mangga, arnab jatuh sungai & pelbagai lagi kisah merepek yg saya ceritakan sampai kakak pernah kata, cerita mama nie tak betul la. Hikkss…mama no idea la sayang.

Satu hari kakak request,

Mama, kakak tak nak dengar cerita princess dah. Kakak nak dengar kisah nabi.

Terasa sejuk je perut saya dengar kakak cakap cam tue. Cuma, masalahnya tak semua kisah nabi yg saya ingat. Ye la, saya ngaku saya kuat baca novel. Buku agama saya dah kurang baca. Maka, saya pun memulakan misi mencari buku kisah Nabi untuk di bacakan pada kakak. Tapi, ini yg saya saya beli…



Hikss…saya kan peminat novelis Ramlee Awang Murshid. Ternampak buku terbaru beliau, terus saya sambar. Abg, jgn bising2 tau. Walaupun skarang saya x de masa nak baca sebab nak jaga baby syirah memalam, bila baby syirah besar skit saya baca la…
Sebab nak dapatkan discount punya pasal, terus saya join the club. RM 10 tuk seumur hidup. Cuma sayangnya branch dia tak banyak la….



Akhirnya…jumpa juga buku Kisah 25 Nabi. Buku nie saya beli tak tempat org jual buku2 agama, kitab & hiasan dinding tue. Murah je. RM 10.00. Tapi, kandungannya cukup besar kalau kita hayati & ambil iktibar kan…

Ok la kakak batrisyia, lepas nie mama dah boleh ceritakan kisah-kisah nabi pada kakak & irsyad ye…

Wassalam

Rabu, 25 Januari 2012

Hari pertama kakak….

As salam,

Walaupun sekarang dah nak masuk bulan februari, saya tetap nak juga letakkan gambar hari pertama orientasi kakak masuk sekolah krista utk 6 tahun pada 1 Januari 2012 hari tue utk kenangan kakak.


Tengok muka cuak kakak. Memula pepagi dia bangun excited nak pegi sekolah jumpa kawan dia. Bila kakak sampai sekolah, kawan dia x sampai lagi. Tue muka cuak je tue. Lepas bayar register, saya belikan baju kurung sekolah utk kakak tambah baju skirt tahun lepas. Kakak makin besar, baju skirt tahun lepas macam dah singkat skit bila kakak pakai. Lagi pun, tahun depan bila sekolah kebangsaan saya nak kakak pakai baju kurung. Jadi tahun nie kena biasakan dia.


Nie lepas kakak balik orientasi terus bawa pegi IOI Mall. Korang jgn pelik tengok muka irsyad macam tue. Dia bila nak ambil gambar memang akan senyum kenyit sebelah mata. Sape ngajor pun x tau.

Saya ingat utk irsyad esok nak masukkan kat Genius Aulad atau Smart Reader Kids. Tengah survey dulu. Irsyad pun tahun nie dah 3 tahun rasanya dah boleh start belajar Irqa’.

Tahun depan, kakak dah start sekolah. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam saya melahirkan kakak. Tengok wajah bersih kakak masa baru lahir ke dunia nie. Hari nie & saat nie kakak dah besar & nak sekolah dah.

Mama harap kakak akan menjadi insan yg baik dunia akhirat nanti. Bukan kakak batrisyia sahaja, semua anak mama pun cam tue juga. Aminn....

Wassalam


Ahad, 22 Januari 2012

CNY - Musim makan limau..

As-salam,

Esok CNY kan. Sana sini banyak org jual limau. Jadi sempena musim limau mandarin nie, jom kita tengok kisah budak tecit makan limau.


 Hi, saya ada 2 biji limau,


 mama tak ajar cara nak makan limau, jadi saya terus gigit macam makan buah epal..


 banyak kali dah gigit nie apsal tak dapat isinya...


 saya try gigit kuat-kuat lak ye...eeeeeiiiiikkkk


 x de kesan pun. nie buah ke batu ?


 ermm...jilat je la..


huhuhuuu.....mama, macam mana nak makan buah limau nie. Nie buah betul ke buah tipu nie..??

hehehe....sekian saja kisah seorang mama pekenakan anak sendiri.. kejam kan..?

wassalam.

* bos, tahun nie x der ang pow ke ?



Jumaat, 20 Januari 2012

Berdating…

As salam,

Sape tengok cite Date Night ? kisah bagaimana pasangan husband & wife akan peruntukan satu mlm dlm seminggu utk habiskan masa berdua tanpa anak2…

Yup, bila dah kahwin rutin kita akan jadi sama bangun pagi, hantar anak sekolah/nursery, pegi keje. Ptg balik keje ambil anak, makan mlm then tido. Fokus kita lebih pada anak2 & family. Tanpa sedar kita mengabaikan diri kita sendiri. Macam saya sendiri, rasanya dah lama saya tak pakai make up. X sempat. Hari tue semua alat make up saya dah buang. Dah lama sangat simpan x pakai sampai dah expired benda alah tue. So, kena pandai la cari masa tuk diri sendiri & pasangan korang.

Jadi, hari sabtu lepas kami ambil keputusan hantar anak-anak ke nursery separuh hari & pegi dating laki bini berdua. Memula saya ingat nak pegi spa manjakan diri. Saya dah beli pakej kat Milk A Deal. 2 bulan duduk hospital, berpantang bagai, badan dah berkerak dah. Tapi bila call sehari sebelumnya dah ada org booking dulu. So, next time la pegi. Tukar plan lain lak. Hubby bawa pegi makan nasi lemak sedap kat café putra height. Dapat la makan dgn tenang ala-ala pengantin baru. Sebelum nie pernah makan kat sini dgn anak2. Tapi suap, masuk mulut, telan terus ! Tue tak campur dgn membebel marah irsyad campak kuih kat lantai, baby syirah nangis sebab panas. Org ada anak, gitu la ye…

Saya request nak pegi nagoya shah alam. Cari kain pasang. Hubby ajak pegi Nilai. Takut tak sempat & tetiba…ting! Sampai kat Jakel lak. Hubby confuse, pada dia kedai kain sume sama je. Kami sampai jakel x buka lagi. Tunggu kejap. Bila dah buka, masuk-masuk tengok x der sale. Kain mahal belaka. Tapi ada sorang lelaki tue dtg jumpa kami & cakap nak bagi kami diskaun special coz kami 1st customer dia. So, dia bagi tau kain yg sepasang RM 75 tue bleh bagi 3 pasang RM 100. Walaupun coraknya saya x brape bekenan, tapi kainnya lembut & sejuk. So, ambil la 3 pasang. Balas dendam sebab raya hari tue saya x de baju raya. Baju raya saya cuma pakaian hospital je dulu. Oh ya, Jakel start sale utk CNY  20 Jan 2012 nanti ye.

Dekat dgn jakel seksyen 7 nie, kira kanan kedai tudung. Masuk Ariani. X de sale. Tudung selai RM 120.00. Senyum je la saya kat sales girl tue. Akak x mampu la dik. Boleh beli, tapi nak pakai tudung RM120 tue cam tak berbaloi je. Masuk Hajara pun sama. Sruh saya beli tudung RM 2++ utk jadi ahli. Terus saya keluar balik.

Tengok ada masa lagi, ajak hubby pegi plaza alam sentral. Nak masuk Nagoya. Cari kain lagi. Sebenarnya saya nak cari padanan kain sulam yg adik ipar saya beli kat Bandung hari tue. Tapi warna dia sangat la susah nak cari padanan. Tawaf 7,8 kali kat Nagoya pun x jumpa juga padanannya. The store ada sale cuma malas nak beriya sangat tengok barang.

 Plastik je Jakel Kuala Lumpur, tapi made in Shah Alam ye. Sebelahnya Nagoya

Kain hijau tepi sekali tue 2 pasang utk saya & gegirls saya. Buat baju raya tahun nie kot. Advance kan..awal tahun dah beli baju raya. Sebelahnya 1 pasang utk baju saya. Dedua kain nie beli kat Jakel. Kain lembut, sejuk & tebal. Sebelah plak kain corak abstrak semeter RM 12 beli kat nagoya. Merah tue pun beli kat Nagoya gak utk padanan kain kurung saya. Nagoya x de sale la...x best.

Dah tengah hari balik rumah ambil bebudak nie. Kakak asyik tanya mama pegi keje ke pegi jenjalan ? Saya x jawab pun. Kalau cakap pegi jenjalan nanti ada lak yg merajuk nak kena pujuk….

To my hubby, nanti kita gie dating(menghabiskan duit) kat Sogo lak ye….

Wassalam.

Khamis, 19 Januari 2012

@ Melaka…

As-salam,

Hari tue saya ada meeting kat Melaka. Kena turun sorang diri. Saya ingat nak settlekan urusan cecepat, then boleh terus balik rumah. Tapi sampai ke petang juga saya kat sana. Lepas jumpa klien, jumpa pegawai bank then pergi jumpa lawyer pulak. Macam org gila saya berpusing satu Melaka nak kejar masa nak settlekan urusan tue hari tue juga. Malas saya nak pergi Melaka banyak kali.

Lepas settle semua urusan saya dah dekat nak ptg. Sebab projek banda hilir Melaka saya dekat dgn pulau Melaka, saya ajak project manager saya tengok projek kami dulu kat pulau Melaka.

 Masjid Pulau Melaka. Projek kami dulu.....

 Nie batu peringatan dan perasmian oleh Datuk Ali Rustam dulu

 Kedai serbaguna. Yg nie bangunan baru x termasuk dlm kontrak kami dulu

 Nampak tak apartment kat belakang tue. Dulu kontroversi sebab terbengkalai. Kini dah siap dah. View dia sangat cantik mengadap laut selat melaka.

 Construction kat belakang saya tue adalah Arab City. Agak slow progress sekarang. Ekonomi global sekarang x brape stabil kan. Pak Arab kaya raya pun kena tempias gak

Nie signboard project Arab City. Sila baca sendiri ye apa projek yg diorang nak buat tue. Kat paper pun ada announce project nie masa launching itu hari

Masa saya nak keluar je dari Masjid Selat Melaka, lalu lak kete motoboat tue betul2 sebelah masjid selat melaka. x dan nak ambil gambar. Itu adalah salah satu pakej perlancongan kat melaka, korang akan dibawa keliling bandar melaka, then masuk laut lak...info utk rege semua korang search lah kat website tourism melak ye. Then lagi satu kat pulau melaka juga ada satu taman tema utk pertunjukkan burung & sea lion. pun saya lupa nak ambil gambar. Lenkali kalau saya turun melaka, saya ambil gamba ye...

Masa drive balik, baru teringat saya lupa nak breakfast, lupa nak makan tgh hari. Masa tue dah pukul 5 ptg !. Nasib baik dah dekat dgn R&R seremban, bungkus air & burger makan dlm kete. Tak kuasa saya nak makan sorang diri kat food court tue. Saya nie cepat perasan org pandang saya. Pada hal org peduli pun tidak saya nie…….hehehe. Tapi saya makan dlm kete pun org dok pandang2. Oit..x pernah tengok org makan ke ? Saya ok apa makan burger je. Bukannya saya makan sambil drive. Saya masuk parking, Cuma buka enjin kete je. Dulu ada skali tue, saya pernah nampak diver kete pompuan makan nasi bungkus kat traffic light lagi ! Ha…hebat x hebat driver pompuan. Tapi jgn lak korang tengok cite lucah sambil drive pas tue langgar org sampai mati macam berita semalam tue. Itu memang bagi hukum bunuh je tue.

Alhamdulillah, ptgnya sampai gak kat umah dgn selamat.

Wassalam


Rabu, 11 Januari 2012

Korang search apa sebenarnya….

As salam,

Tetiba rasa nak jenguk sumber trafik kat blog saya nie. Setahu saya yg baca blog nie cuma family saya je. Tapi kata kunci carian yg keluar buat saya ketawa sensorang kat depan lap top nie. Korang tengok ye…

Cencaluk sebotol berapa ringgit.

Hahaha….sape la insan yg mengidam cencaluk nie. Rege cencaluk pun nak search juga. Mungkin duduk oversea agaknya dia nie…

Karangan azam tahun baru peperiksaan

Advance korang sekarang ye dik. Cikgu suruh buat karangan azam tahun baru, korang pegi kopipes kat blog org. Agaknya bebudak skolah nie tak boleh fikir lagi kot. Ye la asyik azam belajar rerajin, nak dapat result gempak dlm UPSR / PMR / SPM, x nak buat masalah displin. Tue semua azam lapok student tahun 80 an dulu kan. Dik, korang buat la azam yg sama tapi advance kan lagi. Contohnya, saya berazam nak belajar rerajin dari pagi sampai malam di sekolah ini bersama cikgu. Saya harap cikgu boleh membantu saya mencapai azam saya itu.  hikss… ! Teringat masa masuk tingkatan 1 sekolah menengah palong dua dulu. Ada seorang mamat tue buat azam, Saya berazam untuk menoreh gotah sebanyak mungkin kek kebun gotah ayah saya. Kami semua & cikgu sekali tercengang !

Gas masak Bandar saujana putra

Nie saya suspect baru pindah kat saujana putra nie kot. Gas masak pun nak search internet. Ala dik, kedai runcit kat Bandar saujana putra tue dah bersepah la dik. Gie je kat kedai cakap saya nak gas memasak. Nanti dia bagi la pilihan, nak tong mana satu. Lepas pilih, bayar, nanati dia hantar rumah. Kedai caj la skit. Berat dik oii…dapat pula kalau korang tinggal kat apartment tingkat 5. Menggeletar urat keting dia nak memanjat tingkat 5 tue dgn pikul tong gas. Dah la korang x offer segelas air pun. Jadi patut la kena kedai caj tuk duit kopi tukang hantar tue. Kalau husband stok badan hulk Hogan, minta husband angkut sendiri. Kalau husband kurus kering tapi korang sayang duit x sayang laki, suruh la juga husband tue angkat sendiri. Hehehe….

Ramlee Awang Murshid

Ye, saya memang peminat ramlee awing murshid. Kepada peminat novelis tue, tinggalkan lah jejak ye. Leh kita kenal-kenalan….

Beruk

Tang nie saya no comment ye tuan puan.

Tue antara sebahagian kata kunci carian yg sampai kat blog saya nie. Yang lain-lain tue cuma word biasa je…

Buat yg kenal saya, kalau korang search nama saya korang tak kan sampai kat blog nie ye…

wassalam


Isnin, 9 Januari 2012

Kisah hujung minggu kami…

As-salam,

Pagi,

Bangun pepagi, Baba,  irsyad & kakak batrisyia pergi menebeng kat kedai kopi. Tinggal mama dengan baby Syirah bersiap nak keluar. Tiga beranak tue balik bawa breakfast utk mama. Mama breakfast, Baba sidai baju kat luar, kakak Batrisyia main dengan baby Syirah, Irsyad lak ukang kaco. Lepas tue terus keluar pergi klinik. Semalam baby Syirah genap umur 3 bulan. Hari ni nak pegi cucuk. Sampai klinik, pening sekejap org kat klinik. Bila masuk bilik doctor, jangan cakap la…huru hara dah bilik doctor tue. Segala mesin, peralatan klinik semua irsyad & kakak nak usik. Nasib baik doctor nie senyum je (walaupun dlm hati rasa nak jerit je kot….sabar ye doctor). Baby Syirah kena cucuk pun ok je, jerit skit dah senyap balik. Masa cucuk 2 bulan dulu meraung. Doktor lelaki tue buat kasar skit. Yng nie doctor perempuan, lembut skit la…

Lepas cucuk Syirah….keluar pergi giant putra height beli pembalut buku kakak. Baby Syirah ok je tak meragam. Tapi king of air mata, abg Irsyad boleh melalak dari kuanter bayaran sampai la keluar dari giant. Puncanya….dia dapat pegang satu roll pembalut buku tapi kakak tak de. Sayangnya Irsyad pada kakak sampai melalak ye…

Tengahari

Balik dari Giant, tapau lauk. Sampai rumah mama masak nasi (begini la kehidupan kitorang sejak baby Syirah lahir….tapauuuuuuu je kejenya !) Lepas semua dah makan, baba buka air cond dlm bilik. Semua naik atas, baba, mama & 3 beradik tue fengsan dlm bilik sampai ptg.

Petang

Mama & baba balut buku kakak Batrisyia. Syirah tukang teman. Irsyad & Batrisyia kena duduk luar main sebab bising sangat kat dlm rumah. Tapi 2 minit je, irsyad dah meraung kat luar. Bergaduh rebut bola dgn kakak. Pada hal bola tue ada 2 biji. Lepas pujuk ok balik dia. Tapi 5 minit lepas tue, nangis balik rebut basikal pulak. Padahal basikal ada 4 kat luar tue !. Begitulah yg berlaku berulang-ulang dari pukul 5 sampai 6.30 petang. Eeee…pening mama tengok. Rasanya, kalau permainan tue ada seribu sekalipun kakak dengan irsyad tetap juga akan gaduh berebutkan barang yg sama.

Malam

Lepas makan, kemas beg taska. Setiap seorang ada beg mereka sendiri. Total beg nak kena hantar ke taska 4 biji beg termasuk beg baju kotor !. Fengsan ! Lepas anak2 semua dah tidur (paksa tido kalau tak sampai pukul 12 mlm melompat-lompat lagi sampai mama pelik, mama dah penat tapi anak2 mama aktif lagi) mama & baba lipat baju sambil sembang isu semasa, hal family & hal suami isteri dot dot dot ; )

Tengah malam.

Tutup lampu, naik atas. Sebelum tido tengok wajah anak-anak mama nie tido. Bila batrisyia, basyirah & irsyad tido nampak wajah manja, penyayang, manis, lembut…tapi bila buka mata boleh fengsan mama & baba. Walau apapun nie la harta mama & baba dunia akhirat. Semoga anak2 mama menjadi muslim yg sejati di dunia fana ini. Buruk baiknya anak2 mama sekalipun, mama tetap sayang anak2 mama hingga mata mama tertutup.

Begitula kisah hujung minggu kitorang. Korang pulak macam mana ???

Wassalam

Khamis, 5 Januari 2012

Perfume gula…

As salam,

Satu pagi yg hening…

Hubby : perfume mama nie mesti banyak pakai gula kan ?

Wife : naper ?

Hubby : manis sangat bau dia…

Wife : abg, kalau perfume nie buat dari gula dah lama saya kena hurung kat semut tau.

Hiks ! ader ke macam tue punya ayat….

Wassalam

Isnin, 2 Januari 2012

Tahun Baru 2012

As salam,

tahun baru kembali lagi...

alhamdulillah saya masih bernafas lagi

azam ??? jgn di tanya....azam tahun lepas pun x settle lagi. jangankan tahun lepas, tahun sebelumnya pun x settle lagi. tahun sebelum, sebelumnya pun x settle lagi. abis cam no ?. maka tahun ini saya berazam utk tak nak ada azam baru lagi.

pada korang yg semua...selamat tahun baru 2012. Apa azam korang ??

wassalam

* teringat pengetua sekolah saya dulu. Tuan Haji Azam...