Memaparkan catatan dengan label dr. rozmey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dr. rozmey. Papar semua catatan

Rabu, 12 Januari 2011

Facebook ditutup 15 Mac 2011 gantikan dgn dRbook…..???? ko ada ?

Salam,

korang yg ketagih facebook, tarikh nafas lega ye..berita tue cuma berita palsu. khabar angin facebook akan ditutup adalah tidak benar. cuba fikir rasional, pengasas facebook yg dah kayo billionaire tu pun tak nak jual company dia walaupun di offer tinggi. ni kan pulak nak tutup facebook yg mempunyai pemilik akaun berbillionaire di seluruh dunia.

tapi, ada satu berita lain yg buek sompot dado den nie haa…

korang ingat tak entry saya dulu kat sini dgn kat sini

ha…saya ingatkan lepas kegagalan filem dia yg 40 juta tue, dah insap dah pak cik nie..rupanya makin menjadi lak….pak cik nie cakap dia nak memajukan laman sosial sendiri dRbook !! saya tak tau nak kata apa. nak sokong ke, nak gelak ke, nak menangis….tak serik2 dgn idea pelik + lawak dia nie. bak kata org kg saya, osah boto ko nie jang, dogil bona !!!

macam saya tulis dlm entry terdahulu, bukan senang ko nak buat lawak bijak pandai tahap langit ke tujuh nie. kena ada semangat kental, fikiran melangkaui 7 lapisan langit, muka selamba penuh yakin dan fesyen rambut ala-ala abu bakar elah gitu..

pak cik, nanti laman sosial tue dah launching announce la yer…jgn banyak iklan ubat kurus JDM5 dlm laman sosial tue sudah !

wassalam

Isnin, 8 November 2010

Lawak Pamela Anderson pulak dah !

salam,

saya suka pak cik nie la. dia suka buat lawak antarabangsa yg x terfikir dek org lain. syabas inspector shahab !

lepas nie lawak antarabangsa apa pulak ye dr. ??

                                    ni la cik pamela anderson tue..

'Perutusan’ Dr Rozmey esok


Oleh Adam Salleh
BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.
Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.
“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.

“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.
Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

“Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama.

“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.


Belum setahun jagung menjadi produser, DDR mulai merasai getirnya tersendiri berbanding bisnes Jus Mate 5.

Sasaran RM40 juta yang dilaungkan itu menjadi persenda segelintir pihak bahkan tidak kurang menyifatkan dia menerbitkan filem tidak serius sekadar untuk ‘test market’ semata-mata.

“Tidak terlintas untuk saya test market dalam filem tetapi mahu membuat transformasi baru untuk penggiat filem mencontohinya. Saya tidak mahu jadi produser beria-ria menyebut setahun nak terbit sepuluh filem, untuk syarikat saya memadailah setahun, kami dapat terbitkan satu filem saja.

“Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti.

“Mengapa kita takut untuk bercakap filem Melayu mensasarkan RM40 juta. Ia samalah ketika PM dulu, Tun Dr Mahathir mahu mendirikan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia, ada yang persenda impiannya itu. Bagi saya apabila impian sudah disemat seperti mahu filem kita cecah RM40 juta, atas daya keringat kitalah untuk direalisasikan. Saya yakin berkat usaha dan doa tidak mustahil ia menjadi realiti,” katanya.

* sumber Harian Metro online.
* susahnyer nak cari pic cik Pamela yg agak bersopan skit. sume pic tertumpu kat tutttt dia tu je.

Rabu, 3 November 2010

dua alam…..40 juta !

salam,

hari tue 12 juta sekarang 40 juta pulak ?
wahh….saya bukan peminat filem tapi target dr rozmey utk sebuah filem melayu (seram) yg baru kali pertama dihasilkan oleh syarikatnya membuatkan saya terkesima seketika.

adakah dia terlalu berkeyakinan, over confident (ehh…sama je maknanye kan ?) atau terlalu bongkak, sombong & tinggi diri. Atau ini adalah salah satu cara strategi promosi filem era baru (yg memualkan org sekeliling ?).

pada saya tak salah kalau kita merendah diri. apatah lagi kita tidak tahu sepak terajang bidang yg baru diceburi. apa jua bidang mempunyai jalan dan rintangan yg berbeza walaupun penghujungnya tetap sama.

tapi, respek la kat dr. nie. walaupun beribu (ke berjuta coz siap ada facebook I hate dr. rozmey nie) yg mengutuk & membenci dia, dr nie tetap kulit buaya & muka seposen tak peduli semua yg mengutuknya. malah siap up lagi dari 12 juta jadi 40 juta. tue dia, x pernah seumur hidup saya tengok org yg terlalu berkeyakinan sebegini. malah dia boleh mendabik dada lagi. Cuma pesanan saya, apabila kita cuba memanjat impian yg menggunung tinggi jgn lupa tempat berpijak juga semakin terlalu jauh ke bawah. apabila tergelincir jatuh….sape makan pengat sendiri mau ingat

apa pun kita tunggulah 18 november nie untuk tayangan perdananya. nasib baik bukan 17 november. saya tak rela hari lahir saya dicacatkan dengan lawak antarabangsa 40 juta nie !!


# 1 – apsal fesyen rambut dia pelik ekk…kata jutawan
# 2 - sesapa yg nak gie tengok cite nie angkat key board ?