Rabu, 4 Julai 2012

@ Kenny Rogers, Jusco Seri Kembangan


Assalamualaikum,

hari tue hubby bawak dinner kat luar sebab mama dah rasa nak pecah kepala tak tahu nak bungkus lauk apa lagi utk dinner. Hari-hari membungkus. Sampai naik jemu nak pilih lauk. Kalau tanya kakak yg jual lauk-pauk tue, lauk apa yg sedap kak ? mestila dia akan jawab, semua lauk akak jual sedap dik ! dushh.....

Nak memasak malas kan. Kalau mama masak alamatnya pukul 9 lebih la baru kita sekeluarga makan malam. Jadi, hari tue hubby bawak makan kat luar sambil teman dia bershopping...

So far, kali nie x de la kelam-kabut sangat masa nak makan sebab baby syirah sangat baik & dah boleh duduk dlm baby chair.


Baby syirah yg tengah usha camera mama. dia geram dgn tali camera tue


kakak batrisyia posing manja ala-ala gedik..hehehe


abg irsyad dgn muffin vanilanya. last-last mama juga yg kena habiskan. dah macam vacumm makanan dah mama nie. dok sedut semua makanan anak yg x habis. nak biarkan membazir. anak makan 2,3 cuit, lepas tue tinggalkan macam tue aje...hishhh.


baba, cantik la lampu kat sini...


mama, bila la makanan syirah nak sampai nie ?
erkk...syirah minum susu je la sayang.......


mama senyum, nampak gigi besar & jarang
kakak x berani senyum sebab gigi susu depan yg patah x tumbuh-tumbuh lagi


kakak gigih nak menelan macaroni & cheese
makan satu mangkuk besar, muak dia..


hidangan set mama...lama gak x pekena kenny rogers nie
asyik mc'd & kfc je bosan gak


anak-anak & air mereka.

Lepas makan, baba shopping baju kerja kat dlm Jaya Jusco. Mama & anak-anak main polis sentri celah-celah kain baju dlm jusco tue. Terbakar balik lemak-lemak makan ayam tadi dok mengejar bebudak nie.

Masa masuk kereta nak balik rumah, irsyad cakap..

"mama, balik nie kita makan nasi ye. Iryad lapar nie belum makan lagi"

Ye, anak bujang saya yg sorang tue memang tekak melayu. Makan lah apa saja, banyak mana pun, end up dia akan minta nasi juga !

Wassalam.

* minggu lepas try nasi arab kat subang jaya, sangat sedap nasinya sampai nak tido pun kakak asyik sebut sedapnya nasi arab. Irsyad pulak, walapun itu adalah nasi tapi dia x makan sebab nasi tue panjang-panjang, berwarna & bukan warna putih macam nasi biasa.. Hai, macam-maca feel bebudak sekarang nie. Kita dulu, mak bapak hidanglah apa saja depan mata semuanya kita telan tanpa banyak songeh kan. Dah dapat makan pun bersyukur !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan