Selasa, 3 Julai 2012

Baby syirah ajak main pukul 4 pagi !


Assalamualaikum,

hari nie mata dah merah menyala macam zombie.

semua nie gara-gara budak kenit nie...


 hehehehe...jom kita main sama nak ?

Dia boleh bangun pukul 3 pagi. Memula merengek kejap. Lepas menyusu badan dia hek..hek..lagi. Bancuh susu formula lak. Ingatkan lepas tue dia tido la. Sekali boleh lak dia terus cergas aktif bermain. Merangkak sana sini. Masuk bawah selimut, panjat bantal, panjat mama.

Mama geram terus tutup lampu tido. Ingatkan boleh aman, rupanya lagi melasak si budak kenit nie. Dalam gelap tue, meraba-raba dia merangkak. Nampak x nampak belakang kira, yg penting dia nak melasak juga.

Dah sejam baby syirah bermain sorang dia, bawak pulak baby syirah turun bawah kat ruang tamu letak dia dlm playpen. Letak mainan bebanyak dlm tue, mama tido kat sofa.

Tak sampai sepuluh minit, dia bangun berdiri berpaut kat playpen tue merengek panggil mama. Bila baba jenguk kat dlm playpen tue, rupanya baby syirah dah 'membuang' punyala banyak sampai habis playpen tue kena bahan buangan baby syirah. Baju seluar tido dia dah confirm la habis kena semua.

Kena pulak membasuh pukul 4 pagi. Malas nak naik atas guna water heater, mama basuh je guna air paip kat toilet bawah. Ingatkan baby syirah mestilah menangis mandi air sejuk pukul 4 pagi. Menangis ? Nope ! Dia ketawa seronok adalah. Siap melonjak-lonjak lagi main air.

Lepas dah siapkan dia tukar baju semua, masukkan dlm walker, tutup lampu ruang tamu, biar dia main sensorang dlm gelap tue sampai letih. Mama & baba baring atas lantai sambil monitor baby syirah.


 haa...buat apa tue syirah ?


Last-last, dlm pukul 5 pagi juga baru baby syirah tido semula. Bertuahnya anak mama yg sorang nie kan.


ala bukan buat apa pun, nak memain je mama. heheheh........

Dan hari nie, mata mama & baba dah macam zombie dah. Merah menyala. Rasa mengantuk & nak tido je sekarang nie. Huwaaargh...sangat mengantuk nie...

Jangan la baby syirah ajak main lagi tengah malam nie....esok betul-betul ada yg jadi zombie nanti !

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan