Khamis, 10 Mei 2012

Masalah ruam bayi...


Assalamualaikum,

Masalah ruam pada kulit bayi nie sering terjadi. Terutama bagi bayi yg menyusu badan. Ada yg panggil ruam susu. Baby syirah juga tak terkecuali terkena ruam. Pada mulanya mama pelik skit sebab masa kakak batrisyia & abg irsyad dulu tak pernah pulak kena ruam nie.

Memula ruam tue nak kat muka. Mama ingat lama-lama hilang sendiri. Tapi dia makin merebak. kemuncaknya, Ahad lepas kami pergi jumpa doktor ambil ubat ruam plus ubat selsema baby syirah. Tapi doktor tak galakkan ambil ubat atau guna ubat sapu sebab baby kecik lagi. Biar dia imun sendiri. So, walaupun dapat ubat, kami x gunakan pun pada baby syirah. Tapi....

Esoknya, terus ruam naik satu badan. Habis merah-merah muka & badan syirah. Kami dah start risau. Masa ptg ambil dari taska, teacher taska  kata masa tengahari makin teruk ruam syirah siap kena kipas bagai. Baby syirah pun tergapai-gapai tangan nak menggaru. Dia rasa rimas & x selesa...

Terus kami ke klinik sekali lagi tapi klinik lain pulak. Kami risau tanda-tanda chicken pox je. Bila jumpa doktor, masih suggest x payah ambil ubat sebab baby kecik sangat. Doktor suspect ruam panas bukannya ruam susu. Tapi doktor bagi gak ubat sapu macam deodorant tue utk sapu.

Saya google internet tengok petua untuk hilangkan ruam bayi nie. Macam-macam ada. Ada yg suruh letak tepung ubi, daun sireh, bedak sejuk, bedak gatal pun ye gak macam kat bawah nie...

Bedak berubat. Tapi kami x apply pun kat syirah. 
Nie bedak utk batrisyia & irsyad yg kulit sensitif dgn air tinggi klorin

Nie la ubat losyen yg macam deodorant tue
sangat senang nak apply kat baby syirah
roll je...

So, far alhamdulillah. Lepas 3 hari dah nampak kesannya. Kesan ruam, merah & bintik-bintik kat muka dan badan dah pudar. Ada yg dah hilang. Terima kasih pada teacher taska yg rajin sapukan losyen nie pada baby syirah masa kat taska. Memalam selepas baby syirah tido pun sapukan pada dia. Pada saya losyen nie berkesan. Bila sapu je dia cepat kering. Tapi agak mahal skit. Masa pergi klinik tue kena RM 80.00 utk ubat ruam syirah nie.

Si kecik yg baru lepas mandi & sapu ubat ruam

"Bebaskan diri anda dari ruam...."
pesanan baby syirah...

Pada ibu-ibu yg ada masalah ruam pada baby tue, meh kita kongsi info dari Harian Metro nie ye...

Masalah kulit hilang sendiri
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

RAMAI ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.

Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula.

Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.

Justeru, ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi mengurangkan kesan alahan dialami.

“Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).

“Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seperti yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.

Oleh itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

“Perkara paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi masih lagi dalam proses untuk membina daya tahan diri semula jadi mereka.

“Penting untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam menyebabkan bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi,” katanya.

Tidak dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu ataupun susu formula.

Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

“Memang ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan.

“Jika si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.

Namun menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Malah, ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi berpunca daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga bayi itu menjangkau usia dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

“Ibu bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang efektif.

“Jika anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan, hentikan dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,” katanya.

Kebiasaannya ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan kebiasaannya jelas kelihatan pada bahagian pipi.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.

“Walaupun tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk mengurangkan ruam dialami anak mereka.

“Sementara itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.

Di samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak dan berhingus.

Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Masalah ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan yang menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.

“Walaupun cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.


Semoga berguna utk ibu-ibu di luar sana yg menghadapi masalah sama dgn saya.

Wassalam.





1 ulasan:

  1. SAYA ADA MENJUAL PRODUK UNTUK MENJAGA DAN MERAWAT KULIT KHUSUSNYA PADA BAYI DAN KANAK2..PRODUK KELUARAN TROPIKA.......MEMANG BERKESAN UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA 0138895363 OR PACEBOOK PENGEDAR PRODUK TROPIKA SABAH

    BalasPadam