Ahad, 29 Januari 2012

Daftar Haji

As-salam,

Actually nie citer dah basi pun, last mth masa cuti Sultan Selangor hari tue. Masa tue dah tentu la org Selangor je cuti kan. Jadi saya dah plan nak pegi tabung haji masuk kan duit tabung syiling saya & register haji terus.

Mlm sebelumnya tue, lepas irsyad, baba & syirah tido. Saya dgn kakak batrisyia start kira duit syiling yg saya simpan dekat 2 tahun juga kot. Banyak juga. Sampai pukul 1.30 pagi mengira duit syiling.

 Tabung saya pakai bekas soflan yg 3 liter tue je. Saya suka simpan duit dlm bekas soflan nie sebab bau dia wangi. Bila keluarkan je duit dari bekas soflan nie, wangi je bau dia. Nasib baik duit syiling nie besi. Kalau tak sure lembut jadinya coz asyik terperap dlm soflan je.

Masuk siap-siap dlm plastik ais krim. Nie Angah punya stail la nie...

Esoknya, pepagi hubby lak kira duit syiling tabung dia. Then, kami bersiap terus pergi tabung haji kat putrajaya.

Punya la ramai org kat tabung haji putrajaya. Saya rasa hampir semuanya adalah org Selangor kot. Yg paling best ramai juga yg bawa syiling macam saya nie. Sekepala la kita ye…simpan dlm tabung hujung tahun masuk tabung haji.

Sebab punya la ramai, dgn tabung haji yg kecik je. Memangla dugaan besar pada family kami yg ada anak kecik nie. Menunggu dekat 2 jam, baby syirah nangis, abg irsyad lak buat hal memang mencabar kesabaran. Mak cik pak cik yg pandang kami tue, saya buat donno je. Eh, mak cik pak cik tak pernah ada anak kecik ke dulu ?

Bila sampai turn kami memang lama coz duit tabung saya je dah RM 1000 lebih. Duit syiling hubby lagi. Saya kena caj RM 2 utk kira duit syiling yg banyak tue walaupun saya dah kira sendiri dan bank kira pun pakai mesin je tetap kena caj juga. Tapi setengah jam juga la mesin tue nak kirakan syiling kami. Hongeh nak bawa syiling nie tau. Siap senget stroller baby syirah letak syiling nie. Mesti baby syirah bengang kat mama & baba dia nie, stoller adik jadi tempat bawa syiling lak.

Then, saya cakap dgn hubby terus register haji. Minimum utk register haji sekarang adalah RM 1,300.00. Dulu RM 1,000.00 je dah boleh register. Tambang kapal terbang dah naik kan...korang tahu bila turn kitorang ? x yah cakap la…sedih. Lagipun kitorang lambat register. Pegawai tabung haji tue pun cakap, kitorang nie lambat register. Dah beribu yg tunggu turn. Tapi kalau duit dah cukup boleh buat rayuan nak pegi awal. Tapi bergantung pada kuota la. Ofcoz la dia akan dulukan atuk nenek yg dah tua kan. Kalau banyak duit, ambil la pakej swasta kan. Tapi pastikan yg berdaftar dgn tabung haji je. Kalau tak korang kena tipu nanti. Lagi satu sekarang, selain dari buat potongan gaji untuk tambah simpanan korang juga dah boleh buat melalui maybank atm sahaja. Cepat & mudah. Tapi x sure kena caj ke tak. So, buat adik-adik yg baru keje tue, dapat gaji cepat-cepat la buka akaun tabung haji & terus register haji. Nak beli kete, hand phone, ipad lambat pun x pe dik. Setiap tahun keluar model baru, rege pun makin murah. Tapi pegi hajinya kos makin tinggi tau…Semoga Allah perkenankanlah niat murni saya & hubby untuk buat haji nanti. Semoga kami dikurniakan umur yg panjang & kesihatan yg baik dan rezeki untuk sampai ke rumah Allah itu. Harapan saya semoga saya dah hubby dapat pergi bersama-sama.

Then, plan kedua nak buka akaun SSPN tuk semua anak-anak adalah kelaut ye…plan nak makan nasi arab kat SABA pun kelaut gak. saya & hubby dah tak larat nak kendong, kejar, pujuk anak-anak kami nie. Dah tgh hari, makin panas, makin rimas. Lapar lagi, irsyad & syirah ngantuk pulak merengek nak tido…jadi kami sekeluarga pun pulang la ke pangkal jalan….balik rumah !

Wassalam.

* korang dah register haji belum ? ke korang dah pegi haji dah…Alhamdulillah

1 ulasan:

  1. insya allah, cukup duit nanti Cik Iman daftar :)

    tapi serious ke semuanya rm1000? mesti berat time bawak gi tabung haji tu

    BalasPadam