Isnin, 7 Mac 2011

Mamam durian

Salam,

Hujan-hujan nie musim durian ekk ?? sekarang kat kl dah ramai peniaga yg jual durian. Durian dari mana ye ?

Family saya memang hantu durian, bau je kat tepi jalan memang la mlm tue termimpi-mimpi nak makan. Baik saya, hubby, terutamanya kakak, irsyad pun macam tue juga.

Hari tue hubby bawa balik durian. Beli timbang kilo. Mahal juga la..isi pun tak berapa fresh sangat. Jadi la utk melepaskan hajat nak makan durian. Tapi anak2 bukan main seronok lagi.


Tengok anak2 saya mengadap durian. comot !

Teringat x-tunang abg saya dulu (sorry along, imbas kisah lampau..). Dia langsung tak boleh makan durian. Bau pun dia dah mabuk. Masa berkunjung ke rumah kami musim durian, kitorang adik-beradik memang mengadap durian je memanjang. X-tunang abg saya terpaksa duduk luar rumah sebab tak boleh bau durian. Sudahnya, setiap kali nak makan durian, mak suruh kitorang sorok-sorok atau makan cepat-cepat bila x-tunang abg saya ada kat rumah sebab tak nak bau durian seluruh rumah. Itulah first time saya jumpa org tak makan durian. Along, ada juga hikmahnya along putus tunang dulu. Allah gantikan dgn yg lebih baik lagi sekarang kan ?

Oh ya, kalau korang nak tau iryad mula berjalan sebab mengejarkan buah durian kat dapur. Masa tu babanya buka buah durian kat dapur. Irsyad kat living. Dia bau je buah durian, terus merangkak ke dapur. Agaknya dia rasa lambat sangat merangkak, terus Irsyad bangun berjalan ke dapur tanpa dia sedar !  Kakak pulak mula berjalan sebab kejar roti gardenia. Dia dengar bunyi plastik roti gardenia, terus bangun berjalan nak dapatkan roti tue. Eh, anak-anak saya semua mula berjalan sebab mengejar makanan la….hahahahaha

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan