Rabu, 29 Februari 2012

Jadi mak & bapa tiri kejap..

Assalamualaikum,

saya ada mentioned fasal kakak batrisyia yg deman tue kan

hari isnin, hantar pergi sekolah. tapi kejap je. teacher rose hantar balik sebab batrisyia tak larat kat sekolah.

hari selasa, langsung x sekolah. masa saya pergi taska tengok kakak tengah nangis x nak makan ubat. jenguh jugak la saya bersilat nak bagi dia makan ubat. semua ubat dia muntahkan balik...eee...ikut perangai sape la nie ; )

balik ptg tue, saya dah mula risau. sebab biasanya kakak kalau deman dalam 2,3 hari dah ok dah. nie lesu je badan dia. makan x mau..asyik terbaring je.

dlm kepala saya nie cepat je fikir negatif (beringat sebelum kena kan...) terus call hubby kata nak bawa pergi spital buat proper check-up. Hubby balik umah ptg tue terus ambil batrisyia bawa pergi pusrawi kajang.

saya x ikut, tapi hubby kata doktor dah check, masuk ubat ikut punggung dgn siap ambil darah lagi takut ada apa-apa infection ke, atau penyakit yg kitorang x tahu kan. ye la sekarang nie kan memacam penyakit keluar terutamanya yg menyerang kanak-kanak / baby.

tapi last-last korang tau apa doktor tue cakap, deman batrisyia tak sembuh sebab dia x nak makan ubat. saya dah urut dada lega...tapi geram pulak sebab memang batrisyia sangat susah nak makan ubat. bila bagi muntah, bagi je muntah.

Balik tue, baba terus bertukar jadi bapak tiri. paksa juga telan ubat. kalau x sampai bila pun x sembuh.

pagi tadi pulak sebelum batrisyia pergi kindergarden, mama pulak bertukar jadi mak tiri yg kejam paksa dia makan ubat lagi. menangis-nangis batrisyia kena paksa makan ubat. mama & baba x de perasaan kesian dah. kami dah bertukar jadi mak bapa tiri dah waktu tue. ini untuk kebaikan dia juga.

eee...anak saya semua susah nak makan ubat. irsyad pun sama. harap-harap baby syirah x macam tue la. kan senang kalau nak bagi ubat, buka mulut, suap, telan. settle. x payahla nak bersilat, berkungfu bagai dgn anak sendiri.

macam mana ekk..korang bagi anak korang makan ubat....ke macam saya juga ?

wassalam.

* memandangkan hari nie adalah tahun lompat 29 Februari 2012, so sesapa yg sambut buzday tue selamat hari lahir la kat korang ye. sian korang sambut bezday 4 tahun sekali kan. saya sure x de sape nak kahwin hari nie kecuali org kedekut x nak bagi hadiah kat pasangan masa anniversary dia nanti...

Selasa, 28 Februari 2012

Big Apple...


Assalamualaikum....

lately nie saya sangat suka makan benda-benda manis. kalau tghari mesti nak makan aiskrim. Ptg masa bungkus lauk, sempat beli slurpee dulu makan masa drive (korang jgn ikut tabiat nie k). begitu la tetiap hari..

Pas tue, hujung minggu komplen badan naik salahkan timbang tue rosak kononnya...hehehe

Lepas tue, bila naik minggu baru saya rasa lemak kat badan saya nie takcukup lagi. Saya beli lak big apple nie...

nie dah kali kedua saya beli....

green tea hubby dah ambil dulu....

Kalau makan nie memang lupa sekejap saya nie gemuk. Donut nie sangat sedap & lembut. Dah rege pun mahal kan...boleh buat ketagih nak makan lagi. Lagi best kalau makan masa coklat dia cair meleleh-leleh...memang shedap (lepas tue air mata saya lak meleleh tengok lemak kat badan nie !)

tapi, nie makan sekali sekala boleh la. x boleh selalu nanti kena kencing manis, bahaya ooo...

wassalam...

* saya x pernah try lagi J.Co donut. ramai feedback lebih sedap dari big apple. saya cuma pernah try yogurt blender dia yg macam tutti frutti. Memang sedap dan murah dari tutti frutti tue...korang dah pernah cuba donut J.Co ?

Hari minggu berkurung di rumah je...


Assalamualaikum,

hari minggu lepas saya hanya berkurung dlm rumah je...

sebab...


gegirl saya kakak batrisyia deman x larat nak bangun..

pagi sabtu actually kami rancang nak hantar anak-anak ke taska, lepas tue nak pergi berdating hospital ampang melawat ayah da yg kena tahan wad. tapi sebab kakak batrisyia deman, cuma hubby & abg irsyad yg pergi. itupun, sampai-sampai hubby x leh naik coz bebudak bawah 12 tahun x boleh masuk wad. sekarang banyak hospital kerajaan dah buat undang-undang cam tue kan. mujur masa saya kat hospital putrajaya dulu x buat macam tue lagi. kalau mengalir air mata la saya hari-hari x dapat jumpa anak-anak saya. 

ptgnya, hubby pergi tolong kejap kat rumah sebaris dgn kami nie ada buat gotong-royong memasak utk kenduri arwah. kemudian balik kejap bawa kakak batrisyia pergi klinik. kena masuk ubat ikut punggung dia. kesian kakak, tapi dia sangat susah nak makan ubat (ikut perangai mama la tue..hehehe).

mlmnya, hubby pergi kenduri arwah kat kawasan taman crystal nie. kesian kepada keluarga arwah, anak-anak kecik lagi. semoga isteri arwah tue tabah la menghadapi dugaan hidup nie.

baby syirah nie bukan deman tau, cuma dia suka sangat main kain lampin dia kengkadang tue sampai habis tutup muka...

abg irsyad bosan sebab x de geng nak main sama. last-last tido sebelah syirah je. sebelum syirah kena hempap kat abg irsyad, cepat-cepat baba angkat dia masuk bilik.


sabtu & ahad memang yg geng gegirl, mama, batrisyia & basyirah duduk umah je berkurung. mama keluar rumah pun nak angkat kain sidaian je. bila hari isnin keluar rumah nak pergi keje rasa macam, wah...besarnya dunia ini..hehehe....

wassalam.

* kakak batrisyia masih lagi kat kebah deman. kena bawa pergi hospital nie...


Isnin, 27 Februari 2012

Dedarr dada kite….

Assalamualaikum,

Line Celcom nie suka buat masalah kan

Sehari lambat bayar bil bukan main sms & call. Tapi servis selalu problem..

Hari minggu hari tue, line celcom problem. Pas tue saya ntah apa berangan lupa nak caj handphone. Kalau time cuti, handphone saya memang duduk ontok-ontok la dlm beg. Kalau ada call pun selalu saya x dengar plus malas nak angkat phone. Weekend adalah family day k…

So, phone saya off dgn hormatnya…heheh..

Hari isnin, kelam kabut caj & on kan hp. Tapi handphone saya hang. Buka battery, bogelkan dia macam pakar sangat baiki hp, pasang balik. Bila on, hang lagi. Saya rileks lagi masa tue, cabut battery, pasang balik. Still x boleh juga. Boleh on tapi hang & x de line. Tukar sim card kat hp office, masih gak x de line. Bila ptg saya dah start gelabah. X kan hp rosak kot. Time nie dah cuak dah. Bila keluar off, x dapat call hubby macam biasa. Sampai rumah, saya macam dah nak nangis dah tengok hp hang lagi.


Saya sayang hp nie. Hp nie hadiah hubby masa buzday saya 2009 dulu

Bila hubby try off on semula, dah boleh guna & ada line. macam magik lak ye..tetiba je boleh guna.

Phewww….dedar dada kite tau…..

Wassalam.

* Lenkali rerajin la caj battery ye…

Sabtu, 25 Februari 2012

Baby Syirah officially dah berpusing….


Assalamualaikum,

Saya ada mention pasal baby syirah dah berpusing kat entry nie kan…

Sakarang nie, asal letak bawah je confirm dia akan terbalikkan badan dia. Tapi selalunya, tangan dia akan tertindih bawah dada.

Kalau mama letak je dia kat atas tilam, tak lama lepas tue mesti dengar suara syirah merayu-rayu. Rupanya dia terkial-kial nak lepaskan tangan yg terhimpit kat dada…


memula syirah sengetkan badan...oppsss saya cekci skit ye.


ok, tarik nafas kejap...mula kerah tenaga untuk berpusing


lepas tue senget lagi 45 darjah keseluruhan badan


 tengok saya dah berpusing. tapi mama kena tolong betulkan tangan saya yg salah parking masa berpusing tadi...


saya officially dah berpusing...:)


Kejap je anak mama dah besar ye sayang. Alhamdulillah, baby syirah jenis x meragam. Sangat senang jaga dia. Dia juga jenis suka sangat senyum. Semoga baby syirah membesar dgn sihat & baik. Semoga menjadi anak solehah ye sayang…

Wassalam.

* Nampaknya lepas nie rumah x boleh la bersepah & sentiasa kena sapu selalu. Kalau abg & kakak dia dulu jenis ‘pengutip’. Baby syirah nie tak tau la macam mana.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kisah Adik Faris Nur Daniel

Assalamualaikum

Salam jumaat.

saya rasa rata-rata pembaca blog, pemilik facebook semua dah tahu kisah adik Faris Nur Daniel yang telah pun pergi mengadap pencipta-Nya semalam akibat barah darah.

saya akui saya pengikut blog wartawan mazidul akmal. Dalam blog beliau sentiasa update status terkini adik Faris sehinggalah si kecil itu meninggal pagi semalam. Boleh baca kat sini ye..

Faris berumur 6 tahun. sebaya kakak batrisyia. mengalir air mata saya melihat ketabahan ibu bapa faris dlm menghadapi ujian itu. Labih-labih lagi ibunya. Hanya Allah saja yg tahu bagaimana pilunya hati seorang ibu bila anak yg dikandung 9 bulan, diberi susu badan, membesar sihat didepan mata akhirnya pergi meninggalkan dunia ini menuju syurga abadi..

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Faris dan semua umat Islam yang telah pun meninggal dunia.

Wassalam.

* rasa macam nak balik rumah nak peluk anak-anak saya semua......

Khamis, 23 Februari 2012

Kakak menangis di sekolah…

Assalamualaikum,

Hari Isnin lepas, kakak Batrisyia sangat susah bangun pagi. Dia tido lambat. Bila bangun pagi, dia dah mula meragam.

Memula saya tegur dia, tapi makin teruk lak dia meragam. Dah la masa tue dah lambat. Nak siapkan dia lagi, memang saya marahkan dia. Then, kakak menangis & lawan saya balik.

Saya cuba pujuk semula dia. Peluk dia bagai, semua dia tak mahu. Siap tolak tangan saya x mahu kena peluk. Last-last, lepas saya pakaikan dia stoking, kakak berhenti menangis. Tapi terus keluar macam tue je. X de salam, malah susu yg saya buat untuk dia pun kakak x nak minum.

Ptgnye, bila balik kakak terus peluk saya. Dia kata tadi dia nangis kat sekolah. Saya tanya sape buat ? Dia kata kakak menangis ingatkan mama. Alahai sweetnya anak mama sorang nie…

Rupanya kakak menangis sebab teringatkan dia tolak tangan saya & x salam saya masa nak pegi sekolah. Dia rasa bersalah. Korang bayangkan, anak saya baru 6 tahun tapi dia dah faham nilai kasih-sayang tue…rasa nak nangis hati saya dengar dia cakap macam tue.

Dari dia balik hingga la time nak tido tue, kakak sangat baik. Malah, kakak batrisyia siap request nak tido awal x mahu peristiwa pagi tue berulang lagi.

Sebelum tido kakak ada tanya saya…

Mama, syurga tue di bawah kaki ibu ye ?

Yee..sayang. Tapi buruk baik anak tue ibunya tetap sayang juga !

Wassalam.

* Lately nie kakak suka sangat layan cerita batu belah batu bertangkup...siap pesan lagi, mama jgn masuk batu belah batu bertangkup tau….hehehe…x de la sayang. Kalau mama merajuk, paling-paling pun mama masuk Jaya Jusco, Alamanda putrajaya, Kedai Jakel….heheheh

Rabu, 22 Februari 2012

Sudirman Haji Arshad…setelah 20 tahun berlalu…

Assalamualaikum,

Sape suka dengar lagu Allahyarham Sudirman ? Rata-rata ramai yg suka lagu dia sampai ke hari ini. Even, anak-anak muda pun masih boleh layan lagi lagu Sudirman nie. Kerana minat saya pada Allahyarham Sudirman, saya pernah beli kaset Sudirman & layan lagu Sudirman dlm kete bila pegi kemana-mana (masa tue zaman kaset tengah popular. CD mahal lagi masa tue…)

Saya ingat lagi, pada hari Allahyarham Sudirman meninggal saya yang duduk kat ceruk felda pun terasa kegemparan berita tersebut. Masih saya ingat lagi saya pinjam surat khabar dari celek (korang jgn gelak nama kawan baik saya nie tau..) nak baca & tengok foto majlis pengkebumian Allahyarham Sudirman. Surat khabar tue berpass-pass dari sorang ke sorang yg lain sampai renyuk.

Banyak lagu-lagu Allahyarham Sudirman nie yg menjadi kenangan. Antaranya yg paling melekat di hati saya :-

Aku Penganggur – lagu nie Pak Lang kat talang selalu mainkan sebab masa tue dia tengah mengganggur sebelum dapat kerja kat TNB…he.he..he

Pelangi Petang – lagu nie mengingatkan saya masa sambutan hari raya zaman kanak-kanak. Masa tue filem KAMI ditayangkan di tv masa raya pertama. Dah la cite sedih. Tetambah plak collection duit raya x brape nak cantik. Meleleh air mata tengok cite nie…

Balik Kampung – Lagu nie setiap kali time nak balik kg masa duduk asrama dulu, memang kitorang akan nyanyi reramai. Balik kg macam nak balik raya !

Warisan – Entah kenapa, setiap kali saya hadiri kem motivasi, kem kecemerlangan, dan semua kem yg saya hadiri dari sekolah rendah sampailah masuk kolej lagu nie mesti akan kena nyanyi. Sampai sekarang saya masih hafal lagi lirik lagu nie…lagu menaikkan semangat nie.

Dari Jauh Ku Pohon Maaf – dah tentula nie lagu yg WAJIB dengar tiap kali time raya kan…tak leh layan la lagu-lagu raya yg baru nie. Oh ya, saya pernah hantar surat kat BFF saya celek dgn selitkan lirik lagi Dari Jauh Ku Pohon Maaf niee…

Dan lagu paling melekat di hati tentu la lagu nie….





Tau kenapa ? Hubby tujukan lagu nie kat saya. Actually x de kena-mengena pun. Masa dia tujukan lagu nie kami dah kahwin pun & saya pun dah habis sekolah.

Tau kenapa dia tujukan lagu nie….cuba korang dengar lirik last sekali….

Wassalam.

Mana pergi kaset Sudirman saya ye…??? Ermm…tertinggal dlm kereta ayah dulu kot 

Selasa, 21 Februari 2012

Prosperity burger...hanya ada bila CNY je...

Assalamulaikum...

Bila CNY confirm mc'd akan keluarkan prosperity burger nie. Tapi yg peliknya sangat la pedas. Eh..bukan chinese x tahan pedas ke ?



Saya beli gak sebab setahun sekali je keluarkan. Tapi x leh makan banyak. Sangat pedas walaupun lada hitam tue bagus utk buang angin tapi baby syirah menyusu badan lagi. Nanti dia lak yg x tahan.

Wassalam...

Isnin, 20 Februari 2012

Baru je cakap kan....

Assalamualaikum,

saya baru je membebel fasal isu keselamatan jalan raya kat entry nie kan...

masa balik rumah jumaat lepas saya nampak ada motor separuh hancur kat jalan baru tue. kena langgar...

tu le, kekadang pompuan membebel nie ada 'isi' tau. bukannya membebel kosong kan...

wassalam

Sabtu, 18 Februari 2012

@ Wet world

Assalamualaikum,

Last day cuti-cuti malaysia hari tue, masa cuti thaipusam.

Anak-anak saya bila kejut kata nak main air, pup ! terus buka mata. kalau kejutkan nak pegi sekolah, kemain liat lagi ye...

Pepagi kami dah kuar rumah. Bawa barang cam nak pegi berkelah...

Breakfast kat food court shah alam seksyen 2 tue. ternampak lak kedai ABC pegaga tue. terliur kejap. Tapi sebab pagi lagi & gerai tue pun belum buka....telan air liur je la...next time nak ajak hubby makan ABC kat sini la...

Tepat pukul 10 kami masuk ke Wet World. k, nie info utk korang fasal tiket & waktu operasi ye...

Waktu operasi :
10.00 am - 7.00 pm
Tutup hari Rabu kecuali cuti sekolah & cuti umum.
Tiket masuk : 
Dewasa RM 20
Kanak-kanak ikut ketinggian
kakak batrisyia umur 6 tahun kena RM 15
Irsyad umur 2 setengah tahun free...
(eh...dulu tiket RM 10 je ye ?)
ok la, masa kami masuk tue org dah ramai masuk dah...
first masuk kena cari port dulu kan...ada baby nie semua kena proper skit. yg bestnye masa kat pintu masuk, irsyad 'membuang' dulu. mujur tak masuk air lagi ye irsyad....
Lepas tue, nampak ye air, anak-anak saya dah menjerit nak masuk dlm kolam...

baba beli pelampung & pistol air....


regenya sure mahal skit dari kat luar kan...pelampung diorang dulu dah bocor. pistol air lak dah patah...

baba & irsyad...


tempat port kitorang. lupa nak beli kipas kecik pasang kat stroller. sian baby syirah tido dlm panas..

memandangkan kami ada baby, so hubby decide sewa satu tempat proper utk mama & baby syirah duduk. kami sewa cabana nie. Deposit RM 40 & sewa RM 40. Tapi deposit nanti diorang akan pulang balik. Cabana nie macam pondok, siap dia akan bagi tikar lagi. korang boleh duduk kat sini sampai la dia nak katup nanti...

walaupun saya x dapat mandi, saya suke je....

baba layan irsyad main air

dah penat, makan dulu. kat sini korang boleh bawa masuk makanan dari luar. tapi kitorang x bungkus dulu, nak masak dari rumah jauh sekali kan...last-last beli je kat situ. x mahal pun makanan kat situ. lebih kurang macam kat luar je...

tghari, irsyad dah letih. caj bateri dulu & berehat. mujur kami sewa tempat rehat, leh berteduh & baring-baring. bila tengahari panas nie, semua naik dulu rehat...

masa nie baby syirah dah bangun. irsyad tido lagi. tengok muka kakak batrisyia yg monyok nak main air. saya x bagi sebab betul-betul tengah panas sangat. tunggu lepas Zohor dulu.

dapat je greenlight utk main air, terus kakak tukar baju masuk dlm kolam. pondok rehat kami tue betul2 depan kolam, jadi senang nak tengok dia...

bila baby syirah tido balik...mama lak turun main air lepas gian. rugi la bayar tapi x main air kan..cuma permainan yg heavy mama x leh main lagi coz baru lepas ceaser hari tue. tapi permainan luncur air dia sangat mengujakan...next time la dtg lagi...
nampak x gigi kakak batrisyia yg dah patah mlm sebelumnya ?

kakak control senyum x nak buka mulut sebab malu gigi rongak...hehehe

mama main kejap je, bila irsyad & baby syirah dah bangun, mama salin baju & masuk pondok balik. then hujan pulak kejap. memang patutla kami sewa pondok tue sebab ada baby. kalau x mau menangis baby syirah nanti. lepas hujan, baba layan lagi irsyad & batrisyia main air sampai kecut. pukul 5 je, kami bersiap nak balik walaupun irsyad & batrisyia x nak keluar dari kolam.

oh ya, kat sini ada proper tempat salin pakaian, basuh badan, toilet, surau & kafe. so, korang x perlu risau nak melepak kat sini dari pagi sampai ptg.

balik, tapau KFC je. Sampai rumah cepat-cepat mandikan bebudak nie. anak-anak saya ada satu allegik dgn air. setiap kali pergi tempat mandi ke, kawasan baru ke, kalau air dia lain skit mula la naik bintit-bintit merah satu badan.

lepas makan, semua lelap. nampak sangat letihnya diorang. kakak request nak pergi lagi, saya tengok result exam dia bulan 6 nanti. jgn x caya umur 6 tahun pun dah ada result exam k...bebudak zaman sekarang. masa saya dulu 6 tahun tue sekolah makan & main je...

tapi, tue utk pembakar semangat dia je. kami memang dah rancang nak pergi cuti-cuti malaysia nanti. cuma tunggu baby syirah besar skit je lagi & saya dah kuat lepas ceaser hari tue...

esoknya, hidup back to normal balik....

wassalam.

* kak long, naper x cakap nak celebrate bzday zaid ? siap buat BBQ kat kg lagi ye...
* utk info, thaipusam adalah hari perayaan bagi kaum hindu ye, bukannya buddha. cam ner ade agensi kerajaan yg x tau nie....

@ Duduk umah je...

Assalamualaikum,

semalam dah penat jenjalan kat KLCC kan, hari nie plan nak pergi taman kat putrajaya. Nak ambil gambar utk masukkan dlm photobook nanti.

So, bangun pepagi lepas breakfast semua bersiap cecantik kan sebab nak ambil gambar.


little gegirl yang bam-bam siap dulu.....


Lepas semua dah bersiap, tengok cuaca mendung plus mama & baba letih x habis main kejar-kejar kat taman bunga semalam mengejar anak-anak kat KLCC semalam. Jadi ambil gambar kat kawasan rumah je la ye....

main kat rumah je la ye anak-anak semua....

Irsyad turun basikal ada benda la nak di buatnya...

dah agak dah ! nak bawa kete pulak...

agak kebosanan diorang nie agaknya sebab terkurung je dlm rumah

tengok irsyad membuli kakak dia...

gambar mlm sebelum tido. nie la wajah jantung hati saya. pelengkap hidup mama. muahhsss..anak-anak mama semua. * korang tengok sofa saya tue, x sampai setahun habis koyak kena lanyak dekat irsyad. kerja dia hari-hari melompat atas sofa tue sampai berlubang. saya & hubby dah sepakat x kan beli sofa baru sampai irsyad reti duduk diam skit.

oh ya, hari nie officially baby syirah dah dapat berpusing sendiri. cuma tangan dia je asyik terkepit x pandai nak angkat sendiri. gigi susu kakak batrisyia kat depan patah sebab 'berkungfu' dgn irsyad sebelum tido.
mlmnya semua kena tido awal sebab esoknya nak pergi main air. hubby cakap sape bangun lambat kena tinggal, dan-dan tue juga semua tutup mata hehehehe...

wassalam.


Jumaat, 17 Februari 2012

@ Taman KLCC

Assalamualaikum,

pergi satu tempat je, tapi entry sampai 3 kan...nie last la nie fasal entry KLCC ye...

lepas pameran foto, adalah tempoh bertenang dulu. tukar pampers baby syirah, abg irsyad lak berak. nasib baik masa tue ngam-ngam memang dlm toilet. dah siap semua buat susu bagai, jenjalan kat taman KLCC


KLCC...saya pernah naik dulu tingkat brape ntah, jumpa pegawai Petronas.

see...irsyad tue dah start enjin nak bangun berlari la tue...

i told u.....

anak-anak saya sangat la susahnya nak ambik gambar...

tengok tue...eeeeeee.....(urut dada je la....)

tengok la...pili bomba pun nak main juga...

saje meround dlm KLCC bagi badan sejuk skit. Shopping ??? akak tak mampu le dik....stakat beli aiskrim boleh le...

melepaskan lelah. memasing dah penat, sibuk cari air ye....

kakak batrisyia : 'baba, ada kapal angkasa gaban kat situ'
baba & irsyad : 'hah !'


tengok air pancut kejap. mama stanby kot-kot irsyad nak terjun dlm kolam air tue....

Masa nak balik, lalu lak depan taman permainan. Bagi anak-anak main sekejap...


Batrisyia

Irsyaduddin


irsyad : 'kakak, jgn lak kaco irsyad'
batrisyia : 'kakak nak ambil gambar je'
baby syirah : 'kenapa la abg & kakak saya nie, gaduh je..'
mama : - senyum je la, x mampu nak menjerit bagai lagi-


tu la kisah kami satu family menghabiskan cuti. Eh...cuti ada dua hari lagi, pergi mana ? next entry la ye...penat la....

wassalam


Khamis, 16 Februari 2012

@ Aquaria, KLCC - Pameran foto

Assalamualaikum,

sambung lagi, banyak nau gambar...berpinar biji mata nak pilih utk upload. Dah la upload pun lambat, nama je guna unifi kan....hehehe.....laju la skit banding ngan steramyx dulu. lagi mau komplen kan...bersyukur la dgn apa yg ada. org lain tue, jgn kata talian internet. pc pun x de kat umah !

ok, sambung balik. kang membebel x tentu arah saya kang.

lepas makan, kami naik atas ada pameran foto. nie adalah foto yg menang hadiah pertandingan foto seluruh duani x silap saya. (sorry saya x sempat ambil info dok mata melilau control anak yg hiperactive). Ia adalah percuma tapi x tahu sampai bila.

Setiap foto yg dipamerkan ada cerita di sebaliknya. korang boleh pergi, tengok & baca sendiri.


saya paksa kakak pegang stroller baby syirah & saya kepung dia guna 2 tangan saya x nak bagi dia berlari sana-sini


saya ceritakan pada kakak kisah foto tue. foto tue adalah gambar seorang wanita yg disahkan mengidap penyakit HIV. Ia adalah gambar dari mula dia disahkan mengidap HIV, saat dia mengandung & melahirkan anak, anaknya membesar dan sehinggalah saat-saat akhir hidupnya. Dari dia berisi hinggalah kurus kering tinggal tulang je. Foto paling menyetuh hati adalah masa dia terbaring tinggal tulang, anak yg dilahirkannya berbaring di sebelahnya memerhatikan dirinya...betul-betul menginsafkan

irsyad cuba melarikan diri...

foto apa ntah yg dia tengok sampai terkejut...

nie namanya gambar membawa diri...sorang utara, sorang selatan, sorang tengah2. hehehe....

muka mama tahan perasaan tengok telatah anak-anak yg berlari sana-sini. anak aku nie terlebih gula ke apa ?

see...irsyad memang x boleh duduk diam kan ?


dia duduk diam masa nak caj bateri je....

kita sambung lagi kat next entry ye.....mama pun nak caj bateri gak !

wassalam