Assalamualaikum,
Korang dapat duit baru x ? tak kira la, masa keluar duit ke, transaksi kat kedai ke masa beli ikan, atau masa kat bank ? x kisah la duit syiling atau note RM…so far saya x pernah dapat lagi. Hubby dah pernah dapat duit syiling. Cantik gak design dia..
Cuma, bebaru nie masa saya pergi pasar mlm ada sorang mak cik tue dia beli kue tiew. Saya belakang dia tengah Q. Masa peniaga tue pulangkan balance yg dia bayar, dia dapat duit baru. X sure lak note RM brape. Tapi, kakak tue boleh cakap peniaga tue bagi duit palsu kat dia. Terkedu adik yg jual kue tiew tue kejap. Dah la mak cik tue cakap kekuat. Saya dgn org sekeliling tahan ketawa je dengar mak cik tue membebel.
Then, pak cik yg jual kue tiew tue saya rasa ayah budak pompuan tue explain la yg gov. dah keluarkan duit baru start tahun nie. Mak cik tue x puas hati gak. Di beleknya note tue banyak kali. Siap komplen lagi kenapa nipis la, gambar kabur la, corak x cantik la…last-last adik tue offer nak tukar balik note tue. Tapi mak cik nie x nak pulak.
Macam-macam ragam manusia. Sebagai rakyat yg hidup di bumi Malaysia nie sepatutnya kita kena peka agar tak ketinggalan. Saya sendiri pun rasa saya banyak ketinggalan dlm pelbagai perkara baru yg diperkenalkan oleh kerajaan. Org macam saya la yg selalunya akan ketinggalan merebut peluang. So, mulai hari nie kita kena up to date dari segi info & ilmu ye…agar tak diketawakan org macam mak cik kat atas tue…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan