Jumaat, 24 Februari 2012

Kisah Adik Faris Nur Daniel

Assalamualaikum

Salam jumaat.

saya rasa rata-rata pembaca blog, pemilik facebook semua dah tahu kisah adik Faris Nur Daniel yang telah pun pergi mengadap pencipta-Nya semalam akibat barah darah.

saya akui saya pengikut blog wartawan mazidul akmal. Dalam blog beliau sentiasa update status terkini adik Faris sehinggalah si kecil itu meninggal pagi semalam. Boleh baca kat sini ye..

Faris berumur 6 tahun. sebaya kakak batrisyia. mengalir air mata saya melihat ketabahan ibu bapa faris dlm menghadapi ujian itu. Labih-labih lagi ibunya. Hanya Allah saja yg tahu bagaimana pilunya hati seorang ibu bila anak yg dikandung 9 bulan, diberi susu badan, membesar sihat didepan mata akhirnya pergi meninggalkan dunia ini menuju syurga abadi..

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Faris dan semua umat Islam yang telah pun meninggal dunia.

Wassalam.

* rasa macam nak balik rumah nak peluk anak-anak saya semua......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan