Khamis, 23 Februari 2012

Kakak menangis di sekolah…

Assalamualaikum,

Hari Isnin lepas, kakak Batrisyia sangat susah bangun pagi. Dia tido lambat. Bila bangun pagi, dia dah mula meragam.

Memula saya tegur dia, tapi makin teruk lak dia meragam. Dah la masa tue dah lambat. Nak siapkan dia lagi, memang saya marahkan dia. Then, kakak menangis & lawan saya balik.

Saya cuba pujuk semula dia. Peluk dia bagai, semua dia tak mahu. Siap tolak tangan saya x mahu kena peluk. Last-last, lepas saya pakaikan dia stoking, kakak berhenti menangis. Tapi terus keluar macam tue je. X de salam, malah susu yg saya buat untuk dia pun kakak x nak minum.

Ptgnye, bila balik kakak terus peluk saya. Dia kata tadi dia nangis kat sekolah. Saya tanya sape buat ? Dia kata kakak menangis ingatkan mama. Alahai sweetnya anak mama sorang nie…

Rupanya kakak menangis sebab teringatkan dia tolak tangan saya & x salam saya masa nak pegi sekolah. Dia rasa bersalah. Korang bayangkan, anak saya baru 6 tahun tapi dia dah faham nilai kasih-sayang tue…rasa nak nangis hati saya dengar dia cakap macam tue.

Dari dia balik hingga la time nak tido tue, kakak sangat baik. Malah, kakak batrisyia siap request nak tido awal x mahu peristiwa pagi tue berulang lagi.

Sebelum tido kakak ada tanya saya…

Mama, syurga tue di bawah kaki ibu ye ?

Yee..sayang. Tapi buruk baik anak tue ibunya tetap sayang juga !

Wassalam.

* Lately nie kakak suka sangat layan cerita batu belah batu bertangkup...siap pesan lagi, mama jgn masuk batu belah batu bertangkup tau….hehehe…x de la sayang. Kalau mama merajuk, paling-paling pun mama masuk Jaya Jusco, Alamanda putrajaya, Kedai Jakel….heheheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan