Sabtu, 31 Disember 2011

Erkk…

Ternampak stiker depan keta saya nie (masa saya drive kereta arie tue..)

Keta nie cun
Tapi driver lagi cun

Kete nie cun…

Yup…akak agree nie walaupun Cuma keta kancil tapi Nampak bersih siap dgn bunga & teddy bear kat belakang. Tak macam keta akak nie. Ntah bape bulan tak basuh. Kat dlm jangan cakap la..baby car sit, bantal baby, kasut akak 2,3 pasang berselerak. Catalog, file, surat-surat keje office lagi. Memang semak tak macam keta adik yg cungg tue….

Tapi driver lagi cun..

Akak potong keta adik nak tengok betapa cun drivernye. Erkk…memang ‘cungg’ !!!

Sesapa yg perasan diri tue cun, tak payahlah letak stiker cam tue. Buat gelak dek org je. Akak rasa nora Danish yg cun & comel tue pun x tergamak nak letak stiker cam tue kat keta dia.

p/s : org cun tak kan mengaku dirinye cun. Selalunya org yg perasan cun je mengaku dirinya cun walaupun sebenarnya tak la berapa cun….tapi bak kata chef wan..ada aku kesah !! sukahati la dik oii

Jumaat, 30 Disember 2011

Irsyad pelat ‘S’, kakak pulak terlebih ‘L’

Assalamualaikum,

Irsyad kini dah 2 tahun lebih. Mudah sangat mengalirkan air mata. Tapi dia sangat petah. Seingat saya irsyad mula bercakap waktu umur setahun lebih bila dia asyik mengulang apa yg org lain cakap terutama kakak acha.

Mama, kakak nak pergi sekolah esok

Mama, eesyad nak pegi kolah ecok…

Kakak rimas la irsyad nie..eeeeee….

Eesyad imas aa kakak nie..eeeee….

Semua yg kakak dia cakap akan ulang balik. Memula saya & hubby ingat irsyad nie cuma mengulang dan meniru cakap org tanpa tahu maksudnya. Ye la…pernah sekali kakak cakap nak buang air & kelam-kabut buka seluar. Kakak memang macam tue, dah tak tahan sangat baru kelam-kabut nak pegi toilet. Dan..dan tue juga irsyad kelam-kabut suruh saya buka seluar dia. Saya yg agak bengong hari tue boleh kelam-kabut buka seluar irsyad, sekali…la…apsal irsyad tak kencing dlm pampers je…sabo je la kan. Irsyad pulak tengah kepit-kepit meniru macam kakak dia tak tahan nak pegi toilet.

tapi sebenarnya itulah proses irsyad belajar banyak words & memahaminya. Tq kakak batrisyia jadi teacher tak bertauliah secara tidak langsung kepada irsyad.

Tapi kini irsyad dah 2 tahun lebih, saya tengok dia pelat ‘s’. banyak words yg bermula dengan huruf ‘s’ dia tak boleh sebut.

Baby syirah …..baby khirah…
Susu…..cucu
Sabun….cabun
Seluar…celuar

Yg nie paling dia suka sebut kalau marah saya…

Eesyad tak nak kawan mama. Mama tinggal umah korang-korang (sorang-sorang)

Irsyad kalau sebut words nie memang saya ketawa je walaupun dia tengah marah. Ooo…ada hati tue nak tinggalkan mama ‘korang-korang’ yeee..

Lagi satu bila sebut kereta jadi kelita. Puas dah ajar…cam tue juga

Yang si kakak terlebih ‘L’ pulak..

Word yg belakang ada huruf ‘L’ jadi double ‘L’. macam words nie..

Tangga….tanggell
Mangga…manggell

Mula2 saya ingat dia sengaja mengada-ngada tambah ‘L’, tapi lama-lama baru saya perasan memang dia ada masalah bab ‘L’ tue. Kena tegur banyak kali baru ok. Itu pun kekadang dia terlupa juga.

Eermm…macam-macam peel anak2 nie. Time Basyirah esok macam mana pulak ye..?

Khamis, 29 Disember 2011

peniru yg berjaya

saya nak tutup pintu toilet

tetiba….

mama…mama…..

kenapa syad ???

mama..cicad nak cingg…(mama, irsyad nak kencing)

kelam-kabut irsyad nak buka seluar dia. saya yg tak berapa betul mlm tue pun cecepat pegang seluar irsyad nak tolong buka kan….

eh, irsyad kan pakai pampers. kenapa nak kencing dlm toilet pulak ??

irsyad ketawa je…

ooo…umo baru 2 tahun dah pandai nak kenakan mama ye syad….

nie sume gara2 dok terikutkan apa yg kakak dia buat la nie. apa je kakak dia buat, semua dia tiru. kakak memang dah tak tahan nak buang air baru kelam kabut buka seluar dia. nie irsyad lak meniru gaya kakak dia….

sabo je la...urut dada....

Selasa, 27 Disember 2011

sayu hati ini....

Semalam semasa menunggu document ready kat cs pandan indah, saya jenjalan kejap masuk The Store berdepan dgn office cs tue.

Masuk bahagian wanita, ternampak ruangan utk baju mengandung

Tetiba hati saya sangat sayu

Pilu rasa hati

Air mata saya bergenang tak disedari…

Sabtu, 24 Disember 2011

Ke mana menghilang ????

As-salam,

Dah lama tak menulis blog.

Actually banyak yg berlaku dlm tempoh 4 bulan nie. Semuanya tidak terjangka. Ye la, apa yg kita rancang dan harapkan tidak dapat membatasi kuasa Ilahi kan…jadi sebagai manusia semua ini kita kena terima dgn redha. Allah sebenarnya masih sayangkan kita dgn memberi kesedaran melalui sedikit ujian. Adakah kita redha atau sebaliknya…adakah kita bersyukur dan masih mengingatinya atau kita hanyut dgn nikmat duniawi ini kan….

Jadi, kemana saya menghilang selama ini…inilah sebabnya..
Basyirah Fitriyani, permata hati ketiga kami yg dilahirkan dgn penuh dugaan dan cabaran. Saya bertarung nyawa melahirkan puteri kami ini….


Apa pun saya sangat bersyukur masih diberi nyawa untuk melihat bayi saya yg dilahirkan dan anak-anak serta keluarga saya di sisi. Alhamdulillah. Apa lagi yg saya mahukan…, saya ada anak-anak yg comel, sihat sempurna fizikalnya & mentalnya, suami di sisi, keluarga saya & mentua yg bersedia membantu susah senang itu semua sudah cukup nikmat bagi saya. Berbanding org lain, ada yg tiada anak, memiliki anak cacat/OKU, ditimpa dugaan rumahtangga, di uji dgn kehilangan anak dan pelbagai lagi yg berlaku di luar sana. Saya Berdoa semoga mereka diberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran di dalam mengharungi ujian tersebut. Insya Allah ada ganjaran untuk mereka di hari pembalasan kelak.

Jadi saya amat malu utk meminta lebih lagi dari apa yg saya ada ketika ini. Apatah lagi saya bukanlah hamba yg begitu taat. Saya bersyukur dgn segala yg saya ada dan saya akan menjaganya sebaik yg mungkin…Insya Allah.  

Insya Allah, saya akan menulis pengalaman selama 4 bulan saya diuji untuk renungan dan sebagai kenangan seumur hidup yg tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila pun.

Wassalam.

Khamis, 26 Mei 2011

Pernah tak korang terfikir….

As-salam,

pernah tak korang terfikir…

nak pregnant baby kembar 2 ke, 3 ke…jimat masa, sakit pun sekali je, lepas tue boleh rehat ‘pregnant’ 2,3 tahun walaupun tahu dlm family x der sejarah kembar

pernah tak korang fikir macam saya fikir nie ?

ke…saya sorang je kat dunia nie yg terfikir benda macam nie….

wassalam

Khamis, 12 Mei 2011

Taktik Seorang Suami

As-salam,

satu mlm lebih kurang pukul 3 pagi saya terjaga.

hubby saya tengah usap perut saya baik punya. tapi mata dia tertutup tengah tido

tetiba dia cakap…mama, jaga baby dlm perut nie bebaik tau…

erk ??? saya terkejut !. bila masa pulak saya pregnant. hubby saya mengigau la nie kot

esok paginya saya bagi tau hubby, mlm tadi abg mengigau usap perut saya sambil cakap suruh saya jaga baby dlm perut.

lepas saya cakap macam tue..dia terus gelak besar….hohohohoho..

oitt…tipu ekk ?? mana aci macam nie. nie taktik saiko org namanya !!!

kesimpulannya, kena la merancang anak no. 3 pula sekarang

Sabtu, 30 April 2011

Saya wajib kurus !!

As-salam,

Ha…dah tahap wajib dah tue….

saya kini sangat la gemuk. kalau saya mengadap cermin, seluruh badan saya penuh lemak ! lengan, peha, betis, tapak kaki pun macam dah mengelembung je dah. kalau bahagian atas jgn cerita la…pipi macam kulum biji durian, leher antara nampak dgn tidak je, tang perut dah macam org pregnant 6 bulan. kalau ada bahagian yg kurus pun saya rasa kat jari kelingking saya je. mungkin lemak tak sampai situ lagi kot. bak kata kawan saya, bahasa kasarnya dah macam tenuk ternak lemak !

dulu, berat saya maintain 45kilo je. dah kahwin naik 3 kilo. tengah bahagia kan…lempeng hangus pun nampak macam pizza. tue yg selera semacam je tue. setahun lepas tue, pregnant. 2,3 bulan pertama ok la asyik muntah je. makan pun tak berselera. masuk 6,7 bulan…haa…baru tau langit tinggi rendah ye tak..sabun mandi pun berselera je nak telan. lepas tue pulak, 1st time pregnant dok asyik fikir baby dlm perut tak cukup khasiat la, takut kalau tak dapat makan nanti lahir-lahir air liur meleleh je (nie org tua selalu takutkan saya !) so, apa teragak nak makan, bedal je semua. ada sekali tue pukul 1 pagi ajak hubby gie mamak nak makan chicken chop. bukan sekali, berkali-kali pulak tue ! dapat pulak laki suka melayan…makin godang la badan nie

sudahnya, masa nak lahirkan anak pertama dulu dari berat 48 kilo naik 75 kilo. mak gajah tengok pun boleh pengsan tau !. masa pantang, selera makan pula tak de. turun la balik 52 kilo.

masuk anak kedua pun sama kes. masa nak melahirkan irsyad berat saya 76 kilo. tapi boleh turun 56 kilo je..dgn tinggi saya yg bawah skit dari pokok kelapa bantut tue…pemandangannya amatlah menyeksakan mata. dah sekarang berat tue dah bertambah beranak pinak pulak

family saya kalau boleh setiap hari nak ada air manis dlm freeze. tak kira la air apa, air sirap ke, air bandung ke, air cincau ke, air kopi ke, air teh ke…mesti nak ada. habis tue setiap kali haus, buka freeze teguk air manis. jajan macam biskut, keropok, coklat, ais krim jgn cerita la…tak banyak skit mesti ada stok.

perut saya nie pulak dah ikat kontrak sebagai stok barang simpanan makanan untuk anak2 saya. kalau makan kat luar, tak habis sumbat dlm perut mama. makan ais krim tak habis sumbat dlm perut mama. kat rumah pun sama, makanan tak habis, mama yg kena habiskan. nak buang sayang. jadi, perut saya nie dah ‘mengandungkan’ benda tue semua

semenjak dua menjak nie hubby pun asyik bagi hint je,

mama, jom la sauna
mama, meh abg sapu krim lumpur kat perut tue. lepas tue pakai barut ye
mama, gie la kayuh basikal kat luar tue

tapi sebab saya nie setiap kali pandang cermin yg saya nampak cuma jelmaan angelina jolie je, jadi saya masih perasan saya kurus. hahaha…dasar tak leh terima kenyataan kan

tapi sekarang saya rasa saya perlu insaf. saya wajib kuatkan diri untuk berdiet & kurus. sebabnya…

saya dah benci bila berjalan peha asyik berlaga je

separuh baju-baju dlm wardrobe saya sudah tak boleh pakai lagi

semua seluar slack & jeans saya dah tak muat. kalau pakai pun, cuma boleh zip separuh tapi tak boleh nak butangkan. nangisss….

bila beli baju, kena beli saiz L, XL, XXL….dah la semua baju cecantik saiz S & M je. terasa kejamnya dunia ini pada ku….

saya cepat penat, mengah bila buat kerja-kerja rumah. punggung saya makin berat bila nak bangun

saya tak nak ditertawakan sebab saya gemuk…

saya kena kurus sekarang sebab saya nak gemuk balik (pregnant la..). kalau saya gemuk sekarang, masa pregnant sure saya dah macam……….---- sila isi tempat kosong sendiri.

saya WAJIB kurus. MESTI !!!

wassalam


Ahad, 17 April 2011

Maharaja Lawak – Muzikal Komedi


As-salam,

Kesian lak tengok kumpulan Wai & No Entry terkeluar semlam. Ye la, diorang dah prepare utk show muzikal komedi, tetiba terkeluar kan. Wai tue memang dah di jangka akan terkeluar. Banyak gossip mengatakan idlan dgn kumpulan kecik tak sebulu & sering tak puas hati. Lain dirancang lain yg berlaku atas pentas coz ada yg buat spoil. Tapi tengok pun dah tau, idlan org utara, kump. kecik org sabah/sarawak. mana nak ngam kan ? But, kumpulan No Entry saya nampak kesungguhan mereka buat lawak. Cuma punch line mereka kurang menjadi. Berbanding Amir yg sentiasa ke laut je. Amir pada saya tiada perubahan langsung. Dari zaman Raja Lawak sampai la ke Maharaja Lawak ini. Sentiasa buat konsep lawak yg sama. Lawak memalukan diri sendiri di atas pentas. Tak peduli la org gelak ke tak..yg penting dia sensorang happy atas pentas tue.

Tema minggu nie, Muzikal Komedi. Pada saya yg paling berjaya Nabil & kump. sepah. Yang lain-lain ok la…boleh layan. Tapi Amir memang la ke laut. Saya ketawa bukan sebab lawak dia, tapi sebab kelakar tengok juri yg macam nak pengsan dengar Amir menyanyi dan gitaris shah yg hulur gitar suruh Amir main sendiri coz dia hentam buat apa yg dia suka.

Cuma, saya kurang berpuas hati bila kump. R2 terkeluar. Kalau nak compare persembahan Amir & kump. R2, mereka dua kali ganda lagi mantap dari persembahan Amir yang ntah apa-apa ntah. Terfikir juga, format permarkahan Maharaja Lawak 50% juri & 50% undian SMS. Tak kan la, undian SMS Amir banyak sangat sebab kalau markah juri memang out la saya rasa. Mungkin Astro ada agenda dia sendiri kot…

Apa pun, sape yg tak de Astro Warna korang boleh la tonton dlm youtube. Sejam dua lepas habis siaran langsung, dah ada dah dlm youtube kan….

Wassalam

Selasa, 12 April 2011

kakak yang pemurah ???


As-salam,

sempena bezday kakak hari tue, baba dia ada belikan pencil box dua set. Satu yg pic princess warna pink & satu lagi pencil box besi supaya dia boleh simpan pensil. tak de la kakak simpan pencil bawah sofa, celah pintu, bawah tv, dlm bakul kain, tempat pinggan, dlm sinki & peti sejuk pun pernah dia simpan pencil & colour pencil dia !

tapi korang tau, baru sehari benda tue dia bawa sekolah dah hilang !

pencil box yg paling dia suka pulak tue. pencil box princess. bila tanya mana pencil box kakak, selamba je dia jawab…kawan kakak suka pencil box tue jadi kakak bagi la kat dia….

kakak…kakak…..hadiah bezday kakak tue. walaupun tak de la mahal sangat tapi pencil box tue yg kakak paling suka. tapi boleh je dia bagi kawan dia macam tue je...baba yg dapat tau marah la. lepas tue suruh minta balik. kakak kata kawan dia nak pinjam je…tapi esoknya bila tanya kakak lagi, dia kata kawan dia lupa nak bawa ke sekolah…

sudahnya sekarang nie dah seminggu dah benda tue hilang. kakak kata kawan dia lupa nak bawak. tapi kan….saya musykil pulak. tak kan mak ayah budak tue tak tahu atau tak check beg sekolah anak dia ? atau tak kan la anak dia menipu mak ayah dia..

pada saya isu nie bukan la besar sangat. saya tak kisah pun pencil box tue hilang ke…coz rege dia bukanlah beratus pun. insha allah boleh beli lain lagi walaupun itu adalah hadiah bezday kakak. Cuma, pada saya tak patut la seorang anak kecil dah belajar mengambil barang org lain & family buat dekkk je. saya & hubby setiap mlm mesti pastikan, kalau bukan saya mesti hubby akan check beg kakak. ada kerja sekolah tak, mana yg tak siap. apa ada dlm beg sekolah dia, apa yg dia bawa balik. kalau saya jumpa benda pelik-pelik hatta sebiji guli pun saya akan tanya kakak…siapa punya nie ? kenapa dlm beg kakak ? kalau bukan hak kakak…saya akan suruh pulangkan balik. saya pesan banyak kali pada kakak, jgn meminta2 hak org lain, kalau nak sangat minta pada mama & baba. insha allah ada rezeki kakak, mama & baba akan belikan. Jgn sesekali ambil barang org lain. Berdosa, masuk api neraka. Makanan kakak boleh la berkongsi, barang2 boleh la bagi pinjam dgn kengkawan….tapi bukan bagi je semua apa yg kakak ada. Macam tue pengsan la mama & baba !

sebelum nie dah banyak kali dah…mama, kawan kakak suka sharpener kakak. dia nak pinjam…sampai sekarang saya tak nampak dah sharpener tue…mama, kawan kakak suka pemadam princess kakak….dari enam biji yg saya beli, sekarang tinggal separuh je dari sebiji tue. Hari tue masa kakak buat homework kat rumah, mengamuk baba. Dia tulis guna pencil yg panjangnya sama dengan jari kelingking kakak. korang bayangkan la pendek mana pencil tue. Punya la banyak pencil yg baba beli, tak tahu mana perginya…

saya rasa sekarang saya kena tegas pada kakak. kena ajar & tanamkan sikap amanah & bertanggungjawab pada barang-barang dia dan diri dia sendiri. Memang la benda-benda yg hilang tue benda kecik je. Tapi kalau saya tak tegas mulai sekarang, esok lusa kakak akan hilangkan pula benda-benda yg lebih berharga yg tak mungkin dapat diganti semula. Nauzubillah min zalik !

Wassalam.

Jumaat, 8 April 2011

Saya lupa saya ada blog....bleh ?????

As-salam,

lamanya tak update blog

sebenarnya banyak benda berlaku nak dirakamkan

tapi saya boleh terlupa saya ada blog...!!!

atau dgn maksud tersiratnya, saya pemalas...hahahaha

ok la....saya update balik semua isu-isu tertunggak dulu tu

memula nak upload habis pic yg melambak masa majlis kerry hari tue....

stay tune.....

wassalam

Isnin, 21 Mac 2011

Majlis Perkahwinan kerry & ezam - 26 Februari 2011 Kuala Rompin, Pahang

Salam,

wah, berzaman nak tunggu entry nie keluar. bukan apa, banyak sangat pic sampai pening saya tengok tambah saya pulak kena penyakit virus malas..nie la jadinya...
Majlis perkahwinan adik ipar saya, kerry & ezam sudah pun selamat berlangsung pada 26 Februari 2011. Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.

Saya rasa ini adalah majlis perkahwinan yg paling mudah dan tidak meletihkan. Apa tidaknya, dari awal sampai habis semuanya tempah belaka. Tak de sembelih lembu, tak de potong bawang bagai, tak de cuci pinggan mangkuk, periuk belanga apatah lagi. Ooooo....adil woo...kerry kahwin tak kena basuh periuk ! hehehe nak buat camno, semuanya katering. Mungkin ia kurang meriah sebab tak dengar riuh rendah mak cik pakcik usik mengusik semasa melapah lembu, memotong bawang, sayur, memasak namun dlm generasi kini, pak cik mak cik di kg kebanyakkannya sudah uzur belaka. ramai yg berpenyakit 'org kaya' seperti darah tinggi, kencing manis, jantung. Anak-anak muda jauh merantau dan adakalanya tidak berpeluang pulang ke kg untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi, jln terbaik adalah menggunakan khidmat katering.

Tempat saya di Felda pun dah ramai guna khidmat katering walaupun lazimnya ketika majlis perkahwinan mereka ada persatuan / blok sendiri yg membantu tuan rumah menguruskan majlis tersebut. Tapi, kebanyakkannya telah tua dan uzur. Rasa bersalah pulak tengok mak cik pak cik memotong daging dgn tangan terketar, sudahlah bongkok kena pulak angkat periuk besar, kuali besar...tak sampai hati rasa..

Khamis mlm tue, saya nak hubby ke seremban hantar order customer then ambil adik din kat senawang pas tue pecut pegi LCCT ambil pak cik hubby merangkap pak long dia. Esok mlmnya baru la kami bertolak balik ke pahang. Tengah mlm juga la sampai.

nie pelamin tema pink

iqah and irsyad. entah apa yg kusyuk betul irsyad tengok tue..

mlm jumaat di adakan majlis khatam al-quran & majlis berinai pihak perempuan

nie la pengantin perempuan. adik ipar saya si kerry. ok la make-up mak andam. nampak berseri muka kerry..

khatam quran buat serentak dgn anak buah along & alif anak kak jue dan iqah & arif anak kak wi. Yang lead dia bapak mertua saya. Bapa mertua saya garang oo..masa khatam quran, salah baca kena jerkah. kalau saya kena jerkah, fengsan terus kat situ...hehehe

menu majlis khatam quran adalah laksa kuah lemak. nie pun tempah juga. memang sedap...tapi saya kurang biasa skit laksa kuah lemak nie. perut kampung saya nie nak nasi juga...kat dapur dendiam lepas habis majlis saya makan nasi lauk tengahari tadi kat dapur sensorang...hikss

kiri sekali tue adalah pak long yang kami jemput di LCCT tempoh hari. sebelahnya bapa mertua saya. paling kanan sekali ayah chik, adik beradik seibu & sebapa dgn arwah mak mertua saya

Lepas majlis berinai, pengantin perempuan ada tukar2 baju. Tapi sebab ada separuh baju tue tak menutup aurat sepenuhnya maka saya tak paparkan kat sini ye..biarlah ia untuk simpanan peribadi pengantin. Mlmnya tak banyak pun kerja nak buat. cuma final touch-up hantaran dulang pengantin. yg lelaki lak sibuk kareoke tetengah mlm. suara pecah pun hentam je la ye mizi & din. Lepas tension ke ??? tapikan, agaknya bahasa alam tue memberi isyarat bahawa suara sumbang mereka mengganggu ketenangan mlm, maka boleh pulak hujan turun tetiba...petanda apakah itu ??? hehehe....

paginya adalah majlis akad nikah kat rumah kadi. first time saya tengok org akad nikah duduk atas kerusi. sempoi je kan tok kadi nie. kalau kat tempat saya, masa time hubby nikah dulu memacam tok iman tanya. segala hukum hakam kena jawab. cara duduk atas kerusi nie macam kat indon lak...cuma kat sana kena letak selendang atas kedua-dua mempelai kan..??

nie masa lelaki batalkan air solat perempuan. kiranya kali pertama bersentuhan la...

nie pulak perempuan batalkan air solat lelaki...hehe tak de la..sekali sentuh tadi dedua dah batalkan. nie cuma sarungkan cincin kahwin je...

bersalam dan mencium tangan suami sebagai tanda hormat

aik ?? baru salam dah bergaduh ?? hehehe...gimik je nie. posing ambil gamba..

nie lepas majlis akad nikah. pengantin bersama adik-beradik perempuan. saya nie je menantu perempuan kat family nie. nak tunggu din & mizi punya pasangan tak tahu bila. jadi, title menantu perempuan kesayangan tunggal di pegang oleh saya seorang setakat nie....hahahahah...kesayangan ??? ye ke ? tampor muka sendiri dulu...

kerry dan mak su, adik bongsu dlm keluarga mertua saya. depan tue acha & bila yg bakal jadi flower girl pengantin nanti. tapi kan.......korang kena baca sampai habis dulu ye...

nie masa buat hiasan utk hidangan makan beradap pengantin. nie pun tak masak, upah anak ngah sepupu hubby saya yg buat. kitorang tukang letak atas pinggan je. kerry, kitorang buat keje tau. nie bukti dia ! yg jadi mandur sorang je...yg tengah berdiri tue..si iqah !! hehehe tak fasal2 je iqah lak kena kan...sebenarnya iqah tue monitor kitorang kalau perlukan apa-apa barang nak ambil kat atas meja sebelah tue, dia lah yg tolong ambilkan. dah semua yg duduk punggung dah kena gam tak boleh nak bangun lak...

.
tengok mizi yg tengah frust tue. mic tak lepas dari tangan. kalau nak tau suara dia sedap ke idak..tengok je muka si arif yg tetengah tue...agak2 korang la apa yg dia fikir kan..?
aikk..tengok abg lie hubby kak jue, control macho nampak !

di sinilah bermula peristiwa berdarah flower girls. masa nie nabila & kakak dah stand by tapi mak andam suruh make up dulu. saya mana la reti make upkan org. blusher apa semua saya tak pernah pakai & tak tahu nak pakai macam mana. lipstik pun jarang pakai. jadi bila suruh make up kan bebudak berdua nie...macam nie la jadinya...

tengok muka kakak. perasan tak raut wajah dia dah lain dah....mashamm !

nie tetamu yg hadir di majlis hari tue...

opps...lauk lupa lak nak ambil. Karang saya ambil gamba lauk. snap lauk satu2 org kg pelik lak nanti. bini syawal nie tak pernah jumpa lauk banyak macam nie ke ?? sape yg malu ?? laki saya juga yg malu nanti ! hikkss
ok..menu dia nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, nenas acar, bubuk pulut hitam. Bubur pulut hitam dia yg terbaik sekali !
nie kek pengantin.

nie la batrisyia yg muka masham macam mempelam tok ayah dia.

tempat makan beradap pengantin. saya suka suasana yg mak andam nie buat kat khemah makan beradap nie. nampak romantik betul. Kalau saya la makan kat sini, rasanya saya tak lalu makan. sebab saya rasa nak senyum & sengih je kat depan laki sendiri. lepas tue rasa nak pegang tangan tak nak lepas, nak berkepit je ngan laki sendiri. Romantik la kata kan...korang yg baca nie sila pergi toilet sekarang utk muntah ye...muntah depan laptop kang habis lak kena beli baru

nie adalah pekerja SYABAS eh tak la...hilang macho abg lie nanti kan ? nie tukang jaga air. tue tengah discuss projek empangan sungai rompin. hahahaha...ok tipu je !

masa ni baba tengah pujuk2 kakak yg 'bad mood'. irsyad & mama just bagi sokongan moral kat kakak je. tapiii....tak jalan langsung ! maka berlaku la peristiwa 'guruh di langit menghentam bumi'. hehehe....sape yg ada dekat2 situ tau la apa yg berlaku kan..ssshhhh..mama pulak dah macam bibik pun ye gayanya dgn lampin anak selempang kat bahu. tak dan nak bersiap bebetul. Kosong je mama hari tue. banyak keje la...hehehehe ye ke banyak keje ?? korang jgn fokus lak kat perut saya tue. hepp...babap karang !

abg dah datang ye...meh salam skit.

pengantin fink sedang berarak. Oit abg dj, speaker u amatlah bingit. Suara kompang tue pecah la....

apa yg kurang kat sini ?? yup betul ! flower girl sensorang je kat situ. partner dia dah fengsan dlm bilik.

pengantin fink bersanding di atas pelamin fink gitu !

cepat ngah. pose cecantik. nie nak masuk majalah Mangga ruangan mari berkenalan. hahaha....abg din kata nak masuk dlm facebook, ngah sepupu hubby saya bukan main kata tak mau ! tak nak !. tapi korang tengok dia punya pose baik punya !

restu dari ayah mertua saya. semoga berkekalan hingga hujung nyawa

see...i told u already. kalau makan kat meja beradap nie mesti asyik nak senyum & sengih je depan hubby/wife kan. nasib baik kerusi tue jarak. kalau tak sure berkepit dah pengantin nie. Pink membangkitkan suasana romatik tau....

ala..ala...ala....meh ayang suapkan skit ye. mulut tue bukak besar skit !
upacara memotong kek. masa nie bebudak dah standby dgn piring memasing.

family belah lelaki

family belah lelaki lagi

nie la family hubby saya. nie pun tak lengkap. majlis macam nie memasing banyak benda buat kan...kat dapur la..kat khemah la...kat tempat kareoke la...tue tak termasuk bebudak yg entah ke mana main pasir, tunggu pak cik aiskrim tepi jalan, main games umah mak wi nya...

nie adik-beradik & menantu lelaki. cuma irsyad je merangkap cucu....eh..irsyad pun itu tema juga la..baju kekotak

nie lak adik-beradik, menantu & cucu perempuan.

disebabkan semuanya warna fink. so, korang boleh nampak muka je. badan semua kabur je. antara badan org atau pelamin. hehehe...nie adalah taktik menyorok badan namanya....hehehe...korang jgn percaya propa saya nie tau !

nie pengantin lama yg kemaruk nak bersanding lagi. tapi dengan anak2 la pulak kan....mana tau masa nini adik bongsu hubby kahwin nanti dah berenam pulak kami nanti. Insha allah, rezeki allah kita tak tahu kan...

Habis majlis, ptgnya saya, hubby, anak2 dgn anak kak wi si nabila & haqimi ke chalet tempat family along & mak saya menginap. sampai kat sana, memula rancang nak tengok pantai je..sekali bebudak nie berlari terus masuk air. tak sempat nak tahan dah ! dgn irsyad berpampersnya terus masuk gigi pantai main air.

chalet tempat mak & family abg long saya tinggal. Depan chalet nie bebetul pantai. tue yg bebudak nie teruja tak ingat dunia tue.

Ada satu peristiwa kelakar tau masa kat pantai nie. Irsyad kalau dah jumpa air memang melekat je la dlm air. Hubby saya bawa irsyad keluar nak mandikan dia coz penuh pasir kat badan irsyad. Atas kepala jgn cerita la kan. Dalam pampers lagi penuh pasir. Irsyad bila tengok org lain, kakak dia, baba dia masih lagi mandi laut meraung sekuat-kuat hati. Org kuala rompin, sape yg ada kat pantai ptg 26 feb hari tue, kalau dengar budak menangis non-stop anak saya la tue.

Nasib baik chalet kak long sewa dekat dgn pantai. Tapi sepanjang jln nak ke chalet tue berperang juga la saya dgn irsyad. Sampai chalet terus mandikan Irsyad. Mujur la Zaid punya pampers sama saiz dgn irsyad. mak lang pinjam sat pampers zaid ye. Zaid pulak sepanjang irsyad nangis tue, dia ikut je mana irsyad pergi. irsyad masuk toilet, zaid tunggu kat pintu toilet. irsyad meraung atas katil, zaid tunggu tepi katil. Agaknya zaid fed-up dengar irsyad nangis non-stop terus dia jerkah irsyad. Dan dan tue irsyad terdiam. tergelak besar saya...ye la puas saya pujuk irsyad tapi tak jalan. sekali zaid yg umo setahun tue jerkah dia...diam terus !

bebudak lain, kakak, hakimi dgn nabila memang tak boleh diselamatkan lagi la...lencun habis. dah la tak bawa towel, baju seluar apatah lagi. Sudahnya masa kami balik, bebudak nie dlm kereta tanpa pakaian..ehem..ehem...pepaham sendiri la ye.
mlm macam biasa sesi buka hadiah & potong kek lagi. pic tak ada coz semua org dah letih.

Kepada kerry & ezam, selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke nafas yg terakhir. Nikmatilah fasa-fasa awal perkahwinan ini sebaiknya dgn penuh kasih sayang dan suasana romantis kerana selepas tahun ke 5, selisih faham dan gaduh2 manja itu pasti ada mewarnai rumahtangga kita. Yg kengkadang kalau kita tidak dapat mengawal emosi mula timbul rasa geram pada suami/isteri. Maka, ketika emosi itu menguasai diri ingatilah kembali saat-saat romantis ketika fasa-fasa awal perkahwinan kerana itu akan menyejukkan kembali hati yg rawan.

Kepada ezam, welcome to our family. Jgn memalu sangat. Family nie memang happy & seronok berada di dalamnya. Walaupun saya cuma menantu di dalam family nie, tetapi dalam kebanyakan masa saya tak rasa pun sebagai menantu tetapi lebih kepada adik beradik pun ye. Kalau dulu memang saya amat pemalu. 10 patah di tanya, sepatah je saya jawab. Itu pun suara antara dengar tak dengar je. Tapi sebab layanan dan cara penerimaan mereka terhadap saya membuatkan saya langsung tidak kekok kini. Kami boleh ngam & sekepala. Malah sikap ambil berat dan sudi membantu ketika susah membuatkan saya bangga berada dlm keluarga ini. Memang kami kurang pada harta benda tapi kaya pada kasih sayang. Itu yg paling penting. Perumpamaannya seperti apa guna ketika sakit tinggal di wad kelas pertama hospital lima bintang tapi kita keseorangan. Lebih baik ketika sakit duduk di wad kelas 3 hospital kerajaan, tetapi sentiasa dikelilingi oleh adik beradik, saudara mara yg mengambil berat & menghiburkan hati.

So, ezam & kerry nanti kitorang serbu rumah korang kat kuantan ye…buat BBQ nak ? hikss…..

wassalam.

* amat terasa apabila majlis perkahwinan tanpa kehadiran ibu di sisi. Kerana kebiasaannya ibulah org yg paling sibuk sekali, org yg paling gembira dan org yg paling banyak menitiskan air mata ketika majlis perkahwinan anak perempuannya. Al-fatihah kepada ibu mertua saya....

Ahad, 20 Mac 2011

Pengkhianat Cinta

Salam,

siapa dengar hot.fm last week ?

Mood saya pepagi tue agak spoil bila dengar kisah seorang pemanggil ini. Dia adalah isteri org. Tetapi mengadu masalahnya yg pada saya itu bukan satu masalah sebaliknya sengaja mencari masalah.

Wanita ini mengadu bahawa dia tak tahu nak buat macam mana bila dia bersama suaminya tetapi dlm pada masa yg sama dia menjalin hubungan dgn org lain. Dia di dalam dilemma tak tahu nak pilih yg mana. Pada saya nampak kebodohannya di situ ! Saya juga respek pada seorang pemanggil lelaki yg call dan menghentam wanita tadi. Pemanggil lelaki itu adalah suami org amat marah dgn pengakuan wanita tersebut. Nampak sangat wanita itu rendah moralnya tanpa segan silu mencanangkan masalah bodohnya itu pada pendengar seluruh Malaysia. Dia tak risau langsung kalau2 suaminya mendengar di radio.

Pada saya wanita itu adalah pengkhianat cinta. Dia telah mengkhianati ikatan pernikahannya yang sah bersama suaminya. Dia telah mengkhianati cinta & kasih-sayang suaminya sendiri. Dan lebih teruk sekiranya dia ada anak-anak, dia telah mengkhianati hak anak-anaknya sendiri.

Saya tak tahu nak kata apa lagi pada org macam nie. Ini bukan satu kes malah banyak lagi kes2 di luar sana yg kini banyak menyumbang pada kepincangan institusi kekeluargaan di Malaysia nie. Pada mereka, menjalin hubungan dgn org ketiga selepas berkahwin adalah perkara biasa & normal. Tapi sekiranya pasangan mereka melakukan hal yg sama , tahu pulak marah.

Memang kita tidak tahu apa yg berlaku did lm rumahtangga org2 ini. Mungkin ada yg kena kahwin paksa, mungkin suaminya panas baran kaki pukul, suami tidak bertanggungjawab. Tapi kita ada saluran yg betul utk menyelesaikan masalah ini. Bukan mangambil jln keluar menjalin hubungan dgn pihak ketiga. Itu bukan menyelesaikan masalah tapi menambah beban masalah.

Tapi kan, kebanyakan pasangan yg curang nie dtg dari rumahtangga yg bahagia. Alasanya mudah. saya bosan dgn suasana yg sama hari2. saya inginkan kelainan. Ini adalah org yg tak reti nak bersyukur. Memang lah lain, elok2 dah cium bau syurga, terus kena campak masuk neraka !. Tak tahu lah saya macam mana org begini bila dah puas memadu asmara dgn kekasih gelap kat luar boleh pulak tue balik ke rumah mengadap suami/isteri dan anak2 dgn muka selamba. Kalau saya tak sanggup balik rumah bawa dosa.

Ada juga yg kata, “ saya dah puas menolak tapi terjebak juga. Suami pula tidak pedulikan saya lagi “

Dik, ini maksudnya kita sedang diuji sekuat mana iman kita. Tapikan, kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Saya juga pernah diuji tapi Alhamdulillah kami sama2 berusaha menjaga ikatan pernikahan ini. Semua ujian itu akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih menghargai pasangan kita.

Jawapan saya kepada pemanggil wanita yg keliru memilih suami atau kekasih gelapnya itu,

‘Suami adalah laluan syurga anda, kekasih gelap itu pula hanyalah jalan ke neraka anda. Jadi, pilihlah jalan mana yg anda ingin lalui’

Wasallam

* Dunia akhir zaman ini, Allah bayar cash. Hari ini korang mengkhianati seorang insan, hari esok akan ada sepuluh org mengkhianati korang pulak. Fikir-fikirkan lah !  

Sabtu, 19 Mac 2011

Tahniah Man, Pemenang Raja Lawak 5

Salam,

Akhirnya Raja Lawak 5 menutup tirainya mlm tadi. Tahniah kepada Man yang menjadi juara Raja Lawak 5. Kumpulan R2 tempat kedua dan kumpulan Balas tempat ketiga.

Biasanya Raja Lawak nie dari awal lagi kita dah dapat agak siap pemenangnya. Tengok saja Nabil RL2, Sepah RL3 sebab dari awal lagi mereka dah menunjukkan kekuatan lawak mereka dan momentum itu berterusan sehingga ke final. Namun, sejak akhir-akhir ini RL sukar nak diteka siapa juara di akhirnya.

Dalam Raja Lawak 5, pada mulanya saya ingat Nazmi yg akan jadi juara. Tapi momentumnya tidak berterusan. Man pula pada saya adalah biasa-biasa sahaja. Tapi dia boleh mencipta kejutan pada final sehingga di nobatkan sebagai pemenang. Kumpulan Balas pula seperti ada yg tidak kena ketika final apabila lawak mereka agak suram & seolah-olah dibuat-buat tidak seperti biasa.

ok, nie antara perkara yg menarik perhatian saya ketika final Raja Lawak 5 ;

  1. Ketika karpet Raja Lawak 5, Azlee dari kumpulan senario nampak over dan nampak sangat gilakan publisiti. Tengok je la cara dia ketika di interview oleh Shira
  2. Abon amat sporting masa karpet merah. Kesian juga dlm lawak2 tue dia juga menyatakan kekesalannya kerana tidak semua majlis dia di jemput. Begitulah dunia artis nie abg Abon. Waktu popular disanjung, bila dan merudum dilupakan.
  3. Kat karpet nie jugalah boleh nampak semula bekas2 peserta Raja Lawak sebelum nie yg hilang entah kemana selepas habis Raja Lawak.
  4. Lawak spontan Johan & Zizan masa bersama Jamal Abdillah amatlah brilliant ! Opps…rappers Zizan amatlah menjadi.
  5. Apsal masa R2 perform, belum habis lagi dah kena potong dgn Johan & Zizan. Nampak macam tergesa-gesa nak habiskan cepat je final Raja Lawak 5 nie.
  6. Eh…mat sentul nie ada lagi ye. Kalau tak kerana Raja Lawak nie rasanya org pun dah lupakan dia kan. Mat sentul kecik je rupanya…

Apa pun tahniah buat Man. RM 100 ribu tue. Bak kata Salleh Yaakob, tak payah kerja setahun dan cukup makan dah. Tapi tahun depannya kena keje balik la…hehehehe.

Wassalam

Rabu, 16 Mac 2011

Majlis Bertandang ke Muar - Kerry & Ezam


As-salam,

Berbulan nak tunggu update blog kan...

actually banyak benda nak buat, projek nak hand over, saya malas, malas lagi dan lagii....

okla, sambung nak habiskan pic yg banyak dlm simpanan nie. Hari tue 12 Mac 2011 kami pergi majlis kerry & ezam kat muar. Tak ramai yg pergi, cuma family je. Nak pegi muar ke, tapi persiapannya macam nak pergi London !

Pepagi hubby dah bangun suruh semua bersiap cepat. Bangun bersiap, kejutkan anak2. Mandi & siapkan kakak & adik, buat susu terus letak kat car seat memasing. Lepas subuh, kami satu family dah gerak jalan.

irsyad letak je dlm car seat dia trus tido balik
kakak pun sama. lepas duduk kat car seat dia, pakai safety belt terus lelap mata

Kelam kabut kami satu family sesubuh tue. Agaknya kalau jejiran nampak, apa kena la family syawal kelam kabut pepagi buta nie. Nak kejar flight agaknya. Pada hal.....ke muar ke pun. Itu pun majlis pukul 2 ptg tau !

Kami singgah senawang dulu hantar barang customer order. Sempat lagi tue kan...hehehe.
Masa nie berhenti kat stesen shell. Baru pukul 7.30 pagi.

Irsyad pun dah bangun dah. Agaknya dok fikir, eh..bukan mlm tadi masa tido kat atas katil ke ? apsal lak bangun ada dlm kete ye dik ?

Kemudian, kami bertolak ke Muar. Hubby call family & adik beradik yg lain. Pas tue dia diam. Rupanya diorang kat kg lagi. Belum bertolak pun. Masa nie mama dah sentap dah. Geram sebenarnya. Suruh keluar pepagi buta. Org lain rilek je. Pukul 8 pun tak keluar lagi. Padahal bukan la jauh sangat pun. 3 jam je perjalanan. Sebelum mulut mama muncung macam paruh bangau, baba singgah kat R&R jejantas ayer keroh. Breakfast dulu, bagi mama cool balik...hehehe

Pukul 9.30 pagi kami dah sampai kat tol Muar.

Dari pukul 9.30 pagi sampai la pukul 11.00 pagi kami menghabiskan masa 'bersuka-ria' kat hentian tol muar nie....

Lepas dah berkumpul dgn adik beradik hubby yg lain, terus konvoi ke pekan muar. Masa ni saya dah terbayang mee bandung muar je...tapi..sepanjang jln tue kiri kanan jln penuh org jual durian. Dan sepanjang jalan juga bau durian je...

Saya kan peminat & pemakan tegar buah durian. Bau je durian, apatah lagi nampak, terus sawan durian saya dtg. Dan sepanjang jln tue terpaksa la hubby saya dengar rengekan bini dia nak makan durian. Kejap-kejap kang, abg..banyaknya buah durian. 5 minit lepas tue, abg...besarnya buat durian. 2 saat lepas tue, abg...murahnya buah durian tue. Hubby saya jawab balik...abg tau buah durian bukannya buah sengkuang. oitt..cam tue ekkk. tapi nak buat cam ner kan...layan je la sawan durian bini dia nie sampai berhenti sendiri. sebab, memang kitorang tak berhenti pun nak membeli durian. Nak mengejar masa coz majlis start lepas Zuhur. Nanti, rombongan kitorang bau durian je la pulak kan...

dekat rumah 'berangguh' / rumah perhentian sementara. Tuan rumah nie memang baik. Mak cik, karipap mak cik sangat sedap. terima kasih mak cik !
Tengah kusyuk dengar cerita 'sang kancil  dengan sang buaya'
hahaha...ok tipu je !

bebudak kat luar. kemain seronok main pangkin luar mak cik tuan rumah nie

nie irsyad yg tengah main bak cak dgn mama.
masa nie pengantin dan ready nak keluar berarak. amboi, ezam nak keluarkan keris tue ke ?
beratur-beratur belakang pengantin.
ermmm....nak suruh bebudak nie duk dendiam
jgn harap la kan kalau dah jumpa sepupu2 tue
pasukan kompang yg bunyi dia mak oii...macam seratus org pulak main kompang. kuat sungguh !
mama & irsyad. masa nie mama pujuk irsyad.
adik jgn meragam ye...2 jam je kita kat majlis tue
coz masa nie sebenarnya adalah masa tido irsyad

Pengantin sedang berarak.
Apsal ye, setiap kali pengantin berarak mesti jalan perlahan ?

ce korang tengok irsyad tue. sepanjang jalan dia berpaling ke belakang je. sebenarnya dia pelik tengok pasukan kompang tengah main lagu tue. kuat pulak tue...
stop sat kat luar rumah. pengantin tengok silat pengantin.
kelakar la silat pengantin.
macam menari pun ye...
kalau tak caya cu tengok, pengantin pun senyum je.
oh, ya...kepelikan irsyad terhadap pasukan kompang tue tak habis lagi !

pengantin bersanding kat pelamin

masa nie irsyad dah mula merengek

saya tak terliur dgn kek dia yg cantik tue. tapi saya geram dgn cupcake tue. soo...kiut !

tempat makan beradap

nie gambar satu family. puas dah saya cari pic dari depan. memang banyak tapi mata memasing semua sorang ke utara, sorang ke selatan, yg tengok atas pun ada. ada cctv ke kat atas tue dik ?
tu la masalahnya bila waktu ambik pic banyak sangat kamera. tak tahu nak pandang mana kan...

lepas makan beradap, macam biasa majlis potong kek. bebudak nie apa lagi, berebut la ambik cupcake yg kiut tue....

Habis dah majlis persandingan kerry & ezam. semoga kekal ke akhir hayat hendak-Nya. Amin.

Tiga perkara yg saya rasa menarik dan saya suka dlm majlis nie, satu layanan tuan rumah terhadap rombongan pihak kami amatlah mesra dan baik sekali. kedua, lepas bersanding sebelum turun dari pelamin pengantin akan melemparkan duit syiling dan gula-gula pada kanak-kanak. Masa tengok majlis tue memang seronok sangat tengok kanak-kanak berebut kutip gula-gula & syiling. Bukan je kanak-kanak, org tua pun sama teruja. last sekali, bunga telur / bunga pahar semua pakai telur itik/telur masin. nie first time saya dapat bunga telur pakai telur itik. patutla putih je telur dia. rupanya pakai telur itik. memang saya suka. nak pulak saya pengemar telur masin kan...

habis majlis, kami semua ke rumah kak jue kat pekan nenas tido semalam kat sana.

wassalam

* tak sempat nak makan mee bandung muar & nasi briyani muar yg famous tue. Lain kali la nampaknya....insha allah