Selasa, 12 April 2011

kakak yang pemurah ???


As-salam,

sempena bezday kakak hari tue, baba dia ada belikan pencil box dua set. Satu yg pic princess warna pink & satu lagi pencil box besi supaya dia boleh simpan pensil. tak de la kakak simpan pencil bawah sofa, celah pintu, bawah tv, dlm bakul kain, tempat pinggan, dlm sinki & peti sejuk pun pernah dia simpan pencil & colour pencil dia !

tapi korang tau, baru sehari benda tue dia bawa sekolah dah hilang !

pencil box yg paling dia suka pulak tue. pencil box princess. bila tanya mana pencil box kakak, selamba je dia jawab…kawan kakak suka pencil box tue jadi kakak bagi la kat dia….

kakak…kakak…..hadiah bezday kakak tue. walaupun tak de la mahal sangat tapi pencil box tue yg kakak paling suka. tapi boleh je dia bagi kawan dia macam tue je...baba yg dapat tau marah la. lepas tue suruh minta balik. kakak kata kawan dia nak pinjam je…tapi esoknya bila tanya kakak lagi, dia kata kawan dia lupa nak bawa ke sekolah…

sudahnya sekarang nie dah seminggu dah benda tue hilang. kakak kata kawan dia lupa nak bawak. tapi kan….saya musykil pulak. tak kan mak ayah budak tue tak tahu atau tak check beg sekolah anak dia ? atau tak kan la anak dia menipu mak ayah dia..

pada saya isu nie bukan la besar sangat. saya tak kisah pun pencil box tue hilang ke…coz rege dia bukanlah beratus pun. insha allah boleh beli lain lagi walaupun itu adalah hadiah bezday kakak. Cuma, pada saya tak patut la seorang anak kecil dah belajar mengambil barang org lain & family buat dekkk je. saya & hubby setiap mlm mesti pastikan, kalau bukan saya mesti hubby akan check beg kakak. ada kerja sekolah tak, mana yg tak siap. apa ada dlm beg sekolah dia, apa yg dia bawa balik. kalau saya jumpa benda pelik-pelik hatta sebiji guli pun saya akan tanya kakak…siapa punya nie ? kenapa dlm beg kakak ? kalau bukan hak kakak…saya akan suruh pulangkan balik. saya pesan banyak kali pada kakak, jgn meminta2 hak org lain, kalau nak sangat minta pada mama & baba. insha allah ada rezeki kakak, mama & baba akan belikan. Jgn sesekali ambil barang org lain. Berdosa, masuk api neraka. Makanan kakak boleh la berkongsi, barang2 boleh la bagi pinjam dgn kengkawan….tapi bukan bagi je semua apa yg kakak ada. Macam tue pengsan la mama & baba !

sebelum nie dah banyak kali dah…mama, kawan kakak suka sharpener kakak. dia nak pinjam…sampai sekarang saya tak nampak dah sharpener tue…mama, kawan kakak suka pemadam princess kakak….dari enam biji yg saya beli, sekarang tinggal separuh je dari sebiji tue. Hari tue masa kakak buat homework kat rumah, mengamuk baba. Dia tulis guna pencil yg panjangnya sama dengan jari kelingking kakak. korang bayangkan la pendek mana pencil tue. Punya la banyak pencil yg baba beli, tak tahu mana perginya…

saya rasa sekarang saya kena tegas pada kakak. kena ajar & tanamkan sikap amanah & bertanggungjawab pada barang-barang dia dan diri dia sendiri. Memang la benda-benda yg hilang tue benda kecik je. Tapi kalau saya tak tegas mulai sekarang, esok lusa kakak akan hilangkan pula benda-benda yg lebih berharga yg tak mungkin dapat diganti semula. Nauzubillah min zalik !

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan