As-salam,
Kesian lak tengok kumpulan Wai & No Entry terkeluar semlam. Ye la, diorang dah prepare utk show muzikal komedi, tetiba terkeluar kan . Wai tue memang dah di jangka akan terkeluar. Banyak gossip mengatakan idlan dgn kumpulan kecik tak sebulu & sering tak puas hati. Lain dirancang lain yg berlaku atas pentas coz ada yg buat spoil. Tapi tengok pun dah tau, idlan org utara, kump. kecik org sabah/sarawak. mana nak ngam kan ? But, kumpulan No Entry saya nampak kesungguhan mereka buat lawak. Cuma punch line mereka kurang menjadi. Berbanding Amir yg sentiasa ke laut je. Amir pada saya tiada perubahan langsung. Dari zaman Raja Lawak sampai la ke Maharaja Lawak ini. Sentiasa buat konsep lawak yg sama. Lawak memalukan diri sendiri di atas pentas. Tak peduli la org gelak ke tak..yg penting dia sensorang happy atas pentas tue.
Tema minggu nie, Muzikal Komedi. Pada saya yg paling berjaya Nabil & kump. sepah. Yang lain-lain ok la…boleh layan. Tapi Amir memang la ke laut. Saya ketawa bukan sebab lawak dia, tapi sebab kelakar tengok juri yg macam nak pengsan dengar Amir menyanyi dan gitaris shah yg hulur gitar suruh Amir main sendiri coz dia hentam buat apa yg dia suka.
Cuma, saya kurang berpuas hati bila kump. R2 terkeluar. Kalau nak compare persembahan Amir & kump. R2, mereka dua kali ganda lagi mantap dari persembahan Amir yang ntah apa-apa ntah. Terfikir juga, format permarkahan Maharaja Lawak 50% juri & 50% undian SMS. Tak kan la, undian SMS Amir banyak sangat sebab kalau markah juri memang out la saya rasa. Mungkin Astro ada agenda dia sendiri kot…
Apa pun, sape yg tak de Astro Warna korang boleh la tonton dlm youtube. Sejam dua lepas habis siaran langsung, dah ada dah dlm youtube kan ….
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan