Sabtu, 19 Mac 2011

Tahniah Man, Pemenang Raja Lawak 5

Salam,

Akhirnya Raja Lawak 5 menutup tirainya mlm tadi. Tahniah kepada Man yang menjadi juara Raja Lawak 5. Kumpulan R2 tempat kedua dan kumpulan Balas tempat ketiga.

Biasanya Raja Lawak nie dari awal lagi kita dah dapat agak siap pemenangnya. Tengok saja Nabil RL2, Sepah RL3 sebab dari awal lagi mereka dah menunjukkan kekuatan lawak mereka dan momentum itu berterusan sehingga ke final. Namun, sejak akhir-akhir ini RL sukar nak diteka siapa juara di akhirnya.

Dalam Raja Lawak 5, pada mulanya saya ingat Nazmi yg akan jadi juara. Tapi momentumnya tidak berterusan. Man pula pada saya adalah biasa-biasa sahaja. Tapi dia boleh mencipta kejutan pada final sehingga di nobatkan sebagai pemenang. Kumpulan Balas pula seperti ada yg tidak kena ketika final apabila lawak mereka agak suram & seolah-olah dibuat-buat tidak seperti biasa.

ok, nie antara perkara yg menarik perhatian saya ketika final Raja Lawak 5 ;

  1. Ketika karpet Raja Lawak 5, Azlee dari kumpulan senario nampak over dan nampak sangat gilakan publisiti. Tengok je la cara dia ketika di interview oleh Shira
  2. Abon amat sporting masa karpet merah. Kesian juga dlm lawak2 tue dia juga menyatakan kekesalannya kerana tidak semua majlis dia di jemput. Begitulah dunia artis nie abg Abon. Waktu popular disanjung, bila dan merudum dilupakan.
  3. Kat karpet nie jugalah boleh nampak semula bekas2 peserta Raja Lawak sebelum nie yg hilang entah kemana selepas habis Raja Lawak.
  4. Lawak spontan Johan & Zizan masa bersama Jamal Abdillah amatlah brilliant ! Opps…rappers Zizan amatlah menjadi.
  5. Apsal masa R2 perform, belum habis lagi dah kena potong dgn Johan & Zizan. Nampak macam tergesa-gesa nak habiskan cepat je final Raja Lawak 5 nie.
  6. Eh…mat sentul nie ada lagi ye. Kalau tak kerana Raja Lawak nie rasanya org pun dah lupakan dia kan. Mat sentul kecik je rupanya…

Apa pun tahniah buat Man. RM 100 ribu tue. Bak kata Salleh Yaakob, tak payah kerja setahun dan cukup makan dah. Tapi tahun depannya kena keje balik la…hehehehe.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan