Jumaat, 4 Mac 2011

Laskar Pelangi – Sebuah keindahan perjuangan

Salam,

Saya masih tak sempat lagi untuk memasukkan entry wedding kerry & ezam. Foto dekat 500 keping. Pening kepala saya tengok. So, saya masukkan dulu entry fasal Laskar Pelangi nie ye.

 Poster filem Laskar Pelangi

Saya sudah lama ingin menonton filem Laskar Pelangi ini. Cuma, kalau hubby kat rumah, kami akan berebut siaran, so pada mlm-mlm tertentu hubby akan berkayuh dgn geng rider dia, saya akan tenang menonton cerita kegemaran saya.

Kebetulan mlm itu di siarkan filem Laskar Pelangi ini. Memang saya dan anak-anak tak beranjak menonton filem ini.

Laskar Pelangi adalah adaptasi dari novel pertama Andrea Hirata yang mana ia mempunyai kesinambungan menerusi novel Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.



 Kulit novel asal Laskar Pelangi karya Andrea Hirata

Ceritanya bermula dari kisah sebuah sekolah Muhammadiyah yg terpencil di hujung kampung yang bakal ditutup kerana anak muridnya tidak cukup 10 orang sebagai syarat untuk sekolah itu terus beroperasi. Sekolah itu hanya memiliki 9 org murid dan 2 org guru iaitu Pak Harfan sebagai ketua sekolah dan Ibu Muslimah. Seorang lagi guru telah meninggalkan sekolah itu akibat rasa tidak yakin dgn keadaan sekolah itu untuk terus beroperasi.

Ketika Pak Harfan ingin mengumumkan penutupan sekolah itu, tiba seorang murid bersama ibunya iaitu Harun mendaftar masuk ke sekolah berkenaan. Dari situ, bermula lah segala cerita suka duka 10 org murid dgn 2 org tenaga pengajar yg berusaha memajukan diri, mencari ilmu, menabur bakti demi masa depan mereka di Pulau Belitong.




Kisah anak murid Ikal (watak Andrea Hirata sendiri), Lintang yg genius walaupun hidup penuh kemiskinan, Sahara, Mahar dan lain-lain di gelar Laskar Pelangi oleh guru mereka Bu Muslimah kerana kesukaan mereka terhadap pelangi penuh ranjau duri namun semangat mereka amat utuh di dalam mengejar impian.
 

 Para pelakon Laskar Pelangi. Anak murid Laskar Pelangi bersama Bu Muslimah

Pelbagai warna cerita di dalam filem ini yg penuh inspirasi. Scene di mana mereka berusaha memasuki pertandingan perarakan 17 Ogos. Dikelilingi sekolah lain yg lebih high class dgn baju & peralatan pancaragam yg hebat, mereka cuma berbaju daun dan tiupan seruling (lupa seruling atau harmonika) yg mengiringi mereka sehingga menjadi bahan ketawa penonton. Tapi akhirnya mereka berjaya membawa pulang piala kemenangan ke sekolah mereka.

 Pertunjukkan Laskar Pelangi ketika pertandingan perarakan 17 Ogos

Begitu juga ketika menyertai pertandingan kuiz kecerdasan minda. Lintang, si genius yg miskin perlu melalui laluan sarang buaya setiap hari ke sekolah. Ketika hari pertandingan, buaya tersebut duduk betul2 di atas jalan tempat laluan lintang untuk ke sekolah. Akibatnya lintang hampir2 gagal menyertai pertandingan tersebut yg mana dia adalah harapan sekolah Muhammadiyah. Kerana kekurangan dan kemiskinan juga, peserta sekolah ini dipandang rendah oleh para pengadil. Sehingga pada saat-saat akhir, jawapan kepada soalan kuiz lintang dipertikai juri kerana sepanjang dia menjawab hanya secara spontan menggunakan fikiran tanpa sebarang tulisan kira-kira yg dibuat. Lintang di tuduh mencuri soalan kuiz. Tapi akhirnya ternyata jawapan yg diberikan lintang adalah tepat dan benar dan mereka sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah Muhammadiyah.

 Laskar Pelangi yang berlatih untuk ke pertandingan Kuiz

Namun, pengakhirannya adalah kisah sedih lintang yang terpaksa berhenti sekolah akibat kematian bapa. Ibunya telah lama meninggal. Lintang perlu menyambung warisan bapanya sebagai nelayan bagi menyara adik beradiknya.

Inilah wajah sebenar 10 org murid yang digelar Laskar Pelangi dari Pulau Belitong yang mana kisah mereka diabadikan di dalam novel & filem Laskar Pelangi. Oh, ya kalau korang nak tau apa yg terjadi kepada setiap anggota Laskar Pelangi kini, korang boleh baca kat wikipedia. Kat sana diorang dah updatekan berita terkini anggota Laskar Pelangi yang asal.

Filem ini telah ditayangkan di Indonesia pada tahun 2008 dgn jumlah 4.6 juta penonton. Malah ia juga menerima banyak anugerah di dalam dan di luar negara antaranya Best Film, Indonesian Film Festival, 2009, Nomination for Best Film and Best Editor, Asian Film Awards, 2009, SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival 2009, Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009 dan 3rd Place Audience Award, 11th Udine Far East International Film Festival, Italy, 2009.

Ketika menonton cerita ini kakak tak habis-habis bertanya, kenapa sekolah mereka dari kayu, kenapa baju mereka buruk, kenapa pakai baju daun. Jawapan saya padanya senang saja, sebab itu la kakak kena bersyukur di beri kehidupan yg selesa. Sedangkan mereka yg miskin begitu rajin belajar, maka kakak yg cukup segala-galanya perlu buat lebih dari itu atau sekurang-kurangnya sama seperti mereka. Hidup perlu ada semangat dan impian.

Filem seterusnya yg ingin saya tonton adalah filem yang telah memenangi memenangi Best Children Feature Film di Asia Pacific Screen Awards di Australia. Tajuknya Denias, Senandung Di Atas Awan. Filem yg juga diadaptasi dari kisah benar Denias, anak org asli di Papua yg sanggup meredah gunung ganang, hutan rimba demi mencari pendidikan.

Saya juga tertunggu-tunggu filem Malaysia yg memberi inspirasi di dalam mengupas perjuangan anak-anak kg hulu, para pendidik di ceruk pedalaman sana untuk di ungkap ke dalam naskah filem. Bila agaknya ye ???

Wassalam

* bila kita berada di kepompong kemiskinan, hanya semangat juang yg tinggi yg memberi kekuatan untuk terus hidup. Allah Maha Adil. Di duga dgn kekurangan nikmat limpahan rezeki tetapi di kurniakan sejuta kekuatan untuk mengharunginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan