Salam,
siapa dengar hot.fm last week ?
Mood saya pepagi tue agak spoil bila dengar kisah seorang pemanggil ini. Dia adalah isteri org. Tetapi mengadu masalahnya yg pada saya itu bukan satu masalah sebaliknya sengaja mencari masalah.
Wanita ini mengadu bahawa dia tak tahu nak buat macam mana bila dia bersama suaminya tetapi dlm pada masa yg sama dia menjalin hubungan dgn org lain. Dia di dalam dilemma tak tahu nak pilih yg mana. Pada saya nampak kebodohannya di situ ! Saya juga respek pada seorang pemanggil lelaki yg call dan menghentam wanita tadi. Pemanggil lelaki itu adalah suami org amat marah dgn pengakuan wanita tersebut. Nampak sangat wanita itu rendah moralnya tanpa segan silu mencanangkan masalah bodohnya itu pada pendengar seluruh Malaysia . Dia tak risau langsung kalau2 suaminya mendengar di radio.
Pada saya wanita itu adalah pengkhianat cinta. Dia telah mengkhianati ikatan pernikahannya yang sah bersama suaminya. Dia telah mengkhianati cinta & kasih-sayang suaminya sendiri. Dan lebih teruk sekiranya dia ada anak-anak, dia telah mengkhianati hak anak-anaknya sendiri.
Saya tak tahu nak kata apa lagi pada org macam nie. Ini bukan satu kes malah banyak lagi kes2 di luar sana yg kini banyak menyumbang pada kepincangan institusi kekeluargaan di Malaysia nie. Pada mereka, menjalin hubungan dgn org ketiga selepas berkahwin adalah perkara biasa & normal. Tapi sekiranya pasangan mereka melakukan hal yg sama , tahu pulak marah.
Memang kita tidak tahu apa yg berlaku did lm rumahtangga org2 ini. Mungkin ada yg kena kahwin paksa, mungkin suaminya panas baran kaki pukul, suami tidak bertanggungjawab. Tapi kita ada saluran yg betul utk menyelesaikan masalah ini. Bukan mangambil jln keluar menjalin hubungan dgn pihak ketiga. Itu bukan menyelesaikan masalah tapi menambah beban masalah.
Tapi kan , kebanyakan pasangan yg curang nie dtg dari rumahtangga yg bahagia. Alasanya mudah. saya bosan dgn suasana yg sama hari2. saya inginkan kelainan. Ini adalah org yg tak reti nak bersyukur. Memang lah lain, elok2 dah cium bau syurga, terus kena campak masuk neraka !. Tak tahu lah saya macam mana org begini bila dah puas memadu asmara dgn kekasih gelap kat luar boleh pulak tue balik ke rumah mengadap suami/isteri dan anak2 dgn muka selamba. Kalau saya tak sanggup balik rumah bawa dosa.
Dik, ini maksudnya kita sedang diuji sekuat mana iman kita. Tapikan, kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Saya juga pernah diuji tapi Alhamdulillah kami sama2 berusaha menjaga ikatan pernikahan ini. Semua ujian itu akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih menghargai pasangan kita.
Jawapan saya kepada pemanggil wanita yg keliru memilih suami atau kekasih gelapnya itu,
‘Suami adalah laluan syurga anda, kekasih gelap itu pula hanyalah jalan ke neraka anda. Jadi, pilihlah jalan mana yg anda ingin lalui’
Wasallam
* Dunia akhir zaman ini, Allah bayar cash. Hari ini korang mengkhianati seorang insan, hari esok akan ada sepuluh org mengkhianati korang pulak. Fikir-fikirkan lah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan