Jumaat, 1 Jun 2012

Masterchef Selebriti Malaysia...sangat havoc


Assalamualaikum,

Saya memang peminat rancangan masakan. Walaupun saya x pandai memasak & masakan saya adalah kelaut.

Memang sejak dulu lagi saya memang suka rancangan masakan & rancangan makan-makan. Channel 703 Asian Food Channel dgn T&L 707 memang antara channel yg saya layan tiap kali lipat kain kat ruang tamu. Boleh kata apa jua rancangan masakan macam Sugar, Top Chef, New Scandinavian Cooking, Jamie Oliver,  Icip Icip, Jaguh Kampung dan rancangan makan-makan lagi la saya layan. Warung Kita, JJCM, Sarapan Apa ? semua saya suka tengok. Kengkadang tue meleleh air liur tengok makanan nampak macam sedap je..

Masa Master Chef siri pertama ke udara, saya tengah berpantang. Layan la juga. Tapi agak hambar skit sebab semua peserta macam berpersonaliti serius sangat except si  Brian Bertopi tue yg happy je. Chef juri pun straight je...

Bila Astro keluarkan versi selebriti pulak, saya ingat sama je. Kalau riuh pun mungkin sebab Angah RL dgn Azwan Ali yg mulut dia satu malaysia tahu macam mana kan...

Nie la peserta Master Chef Selebriti...


Korang sokong sape ekk ? 

Tapi masa saya layan episod pertama, memang kelakar sangat. Bukan nak tengok diorang masak pun. Lebih tertumpu gelagat para selebriti dari pelbagai latar belakang nie.


Paling kelakar masa episod 3, time diorang memasak secara group tue....


Group paling banyak drama & paling havoc. 
Kesian si angkasawan dah terkeluar..

Bila tengok Master Chef Selebriti Malaysia nie macam tengok Raja Lawak pulak. Masaknya x seberapa. Drama je yg lebih. Tapi memang best nak layan. Saya memang akan follow sampai habis program nie nanti.

Walaupun kat forum dah pecah lubang sape masuk semi final, kita tunggu je la episod seterusnya. Kalau tengok paparan  minggu nie Kak Salamiah mengamuk...apa cerita ekk ??

Wassalam

* "Eh..mama tue tempat kakak pergi hari tue...". Ladang ostrich tempat mereka memasak dlm episod 3 adalah tempat lawatan kakak hari tue.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan