Rabu, 20 Jun 2012

Kerana cinta...


Assalamualaikum,

Masa saya baca berita nie, terlintas di fikiran hanya rasa lucu sebab org tua umur 60 tahun boleh kena tipu dgn budak umur 16 tahun. Rasa geli pun ada sebab 60 tahun masih ingat nak dapat pucuk muda lagi.

Then, bila habis je baca berita tue tetiba saya jadi kesian & simpati sangat dgn pak cik yg boleh saya panggil atuk. Sepatutnya, pada umur begitu atuk nie lebih tumpukan soal amal ibadat utk di bawa ke alam akhirat kelak. Tapi sebagai lelaki dia mungkin kalah pada pujuk rayu dan nafsunya sendiri.


Atuk kecewa cinta hampa

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my





Simpati saya pada atuk nie 
Pada penghujung usia, x sepatutnya dia jadi begini


"REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam."


credit : Harian Metro



Pada mulanya saya dok kutuk-kutuk atuk nie dlm hati..(maafkan saya atuk !). Saya mengomel dlm hati, selama 60 tahun atuk nie hidup tentu dah banyak asam garam yg di telan. Malah, mungkin terlebih. Kalau fikir secara logik pada zaman ini memang tak akan ada bebudak muda nak kahwin dgn org tua kecuali sebab harta. Apatah lagi dari budak hingusan yg tak cukup matang tue. Nak cari cinta yg tulus ikhlas pun sangat payah sekarang nie. Atuk sepatutnya dah boleh menilai baik buruk semua tue.

Ini sangat mudah tertipu dgn budak 16 tahun tue. Tengok manja melentok, pujuk rayu, badan bergetah senang sangat jatuh cinta. Kalau jatuh kesian tue mungkin la. Nie jatuh cinta, lagi la saya x faham. Kalau nak kesian pun, ramai lagi anak yatim kat luar sana yg boleh kita kesian kan.

Kalau betul pun gadis mentah tue nak jadi isteri atuk nie, atuk nie kenalah fikir masa depan isterinya juga. Dia dah berumur 60 tahun. Berapa panjang lagi perjalanan hidupnya. Andai dia meninggal, bagaimana pula hidup isterinya yg  masih muda belia. Tidakkah dia telah mensia-siakan hidup isterinya yg kalau berkahwin dgn org yg lebih muda mungkin hidupnya terjamin hingga ke tua. Memang sebagai manusia muslim, kita kena percaya qada & qadar tuhan. Tapi kita juga dituntut agar berusaha mengubah nasib kita sendiri.

Jadi, saya buat kesimpulan atuk nie sebenarnya sepi & sunyi. Dia telah lama bercerai. Dia sebenarnya dahagakan kasih sayang dan perhatian dari org-org terdekat dan di sekelilingnya. Dia perlukan teman utk menjaganya. Tapi, ukur lah baju di badan sendiri ye atuk.  

Tapi kalau atuk hartawan, jutawan ada pulak pangkat mungkin benda nie x kan terjadi pada atuk. Bak kata org, petik jari je 10 yg datang tauuu....

Kita kena ingat, sejak zaman berzaman telah dibuktikan Kelemahan lelaki adalah pada wanita. Kelemahan wanita adalah pada harta benda. Cinta yg dtg tanpa sebab dan alasan, adalah sesuatu yg hampir menjadi mustahil di zaman ini.


Pada atuk tue, saya mendoakan agar atuk mendapat jodoh yg sesuai dgn diri atuk sekiranya masih terbuka hati nak berkahwin lagi. Sekiranya tidak, lebih baiklah atuk meningkatkan amal ibadat agar terjamin di akhirat kelak. Aminn...

Wassalam.

* Sangat respek pada gadis manis yg pandai menjaga diri, maruah, nama baik keluarga serta teguh pendirian di zaman penuh mencabar ini !

* selamat hari lahir ayah...semoga cepat sembuh & sihat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan