Jumaat, 30 Disember 2011

Irsyad pelat ‘S’, kakak pulak terlebih ‘L’

Assalamualaikum,

Irsyad kini dah 2 tahun lebih. Mudah sangat mengalirkan air mata. Tapi dia sangat petah. Seingat saya irsyad mula bercakap waktu umur setahun lebih bila dia asyik mengulang apa yg org lain cakap terutama kakak acha.

Mama, kakak nak pergi sekolah esok

Mama, eesyad nak pegi kolah ecok…

Kakak rimas la irsyad nie..eeeeee….

Eesyad imas aa kakak nie..eeeee….

Semua yg kakak dia cakap akan ulang balik. Memula saya & hubby ingat irsyad nie cuma mengulang dan meniru cakap org tanpa tahu maksudnya. Ye la…pernah sekali kakak cakap nak buang air & kelam-kabut buka seluar. Kakak memang macam tue, dah tak tahan sangat baru kelam-kabut nak pegi toilet. Dan..dan tue juga irsyad kelam-kabut suruh saya buka seluar dia. Saya yg agak bengong hari tue boleh kelam-kabut buka seluar irsyad, sekali…la…apsal irsyad tak kencing dlm pampers je…sabo je la kan. Irsyad pulak tengah kepit-kepit meniru macam kakak dia tak tahan nak pegi toilet.

tapi sebenarnya itulah proses irsyad belajar banyak words & memahaminya. Tq kakak batrisyia jadi teacher tak bertauliah secara tidak langsung kepada irsyad.

Tapi kini irsyad dah 2 tahun lebih, saya tengok dia pelat ‘s’. banyak words yg bermula dengan huruf ‘s’ dia tak boleh sebut.

Baby syirah …..baby khirah…
Susu…..cucu
Sabun….cabun
Seluar…celuar

Yg nie paling dia suka sebut kalau marah saya…

Eesyad tak nak kawan mama. Mama tinggal umah korang-korang (sorang-sorang)

Irsyad kalau sebut words nie memang saya ketawa je walaupun dia tengah marah. Ooo…ada hati tue nak tinggalkan mama ‘korang-korang’ yeee..

Lagi satu bila sebut kereta jadi kelita. Puas dah ajar…cam tue juga

Yang si kakak terlebih ‘L’ pulak..

Word yg belakang ada huruf ‘L’ jadi double ‘L’. macam words nie..

Tangga….tanggell
Mangga…manggell

Mula2 saya ingat dia sengaja mengada-ngada tambah ‘L’, tapi lama-lama baru saya perasan memang dia ada masalah bab ‘L’ tue. Kena tegur banyak kali baru ok. Itu pun kekadang dia terlupa juga.

Eermm…macam-macam peel anak2 nie. Time Basyirah esok macam mana pulak ye..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan