Salam,
wah, berzaman nak tunggu entry nie keluar. bukan apa, banyak sangat pic sampai pening saya tengok tambah saya pulak kena penyakit virus malas..nie la jadinya...
Majlis perkahwinan adik ipar saya, kerry & ezam sudah pun selamat berlangsung pada 26 Februari 2011. Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.
Saya rasa ini adalah majlis perkahwinan yg paling mudah dan tidak meletihkan. Apa tidaknya, dari awal sampai habis semuanya tempah belaka. Tak de sembelih lembu, tak de potong bawang bagai, tak de cuci pinggan mangkuk, periuk belanga apatah lagi. Ooooo....adil woo...kerry kahwin tak kena basuh periuk ! hehehe nak buat camno, semuanya katering. Mungkin ia kurang meriah sebab tak dengar riuh rendah mak cik pakcik usik mengusik semasa melapah lembu, memotong bawang, sayur, memasak namun dlm generasi kini, pak cik mak cik di kg kebanyakkannya sudah uzur belaka. ramai yg berpenyakit 'org kaya' seperti darah tinggi, kencing manis, jantung. Anak-anak muda jauh merantau dan adakalanya tidak berpeluang pulang ke kg untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi, jln terbaik adalah menggunakan khidmat katering.
Tempat saya di Felda pun dah ramai guna khidmat katering walaupun lazimnya ketika majlis perkahwinan mereka ada persatuan / blok sendiri yg membantu tuan rumah menguruskan majlis tersebut. Tapi, kebanyakkannya telah tua dan uzur. Rasa bersalah pulak tengok mak cik pak cik memotong daging dgn tangan terketar, sudahlah bongkok kena pulak angkat periuk besar, kuali besar...tak sampai hati rasa..
Saya rasa ini adalah majlis perkahwinan yg paling mudah dan tidak meletihkan. Apa tidaknya, dari awal sampai habis semuanya tempah belaka. Tak de sembelih lembu, tak de potong bawang bagai, tak de cuci pinggan mangkuk, periuk belanga apatah lagi. Ooooo....adil woo...kerry kahwin tak kena basuh periuk ! hehehe nak buat camno, semuanya katering. Mungkin ia kurang meriah sebab tak dengar riuh rendah mak cik pakcik usik mengusik semasa melapah lembu, memotong bawang, sayur, memasak namun dlm generasi kini, pak cik mak cik di kg kebanyakkannya sudah uzur belaka. ramai yg berpenyakit 'org kaya' seperti darah tinggi, kencing manis, jantung. Anak-anak muda jauh merantau dan adakalanya tidak berpeluang pulang ke kg untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi, jln terbaik adalah menggunakan khidmat katering.
Tempat saya di Felda pun dah ramai guna khidmat katering walaupun lazimnya ketika majlis perkahwinan mereka ada persatuan / blok sendiri yg membantu tuan rumah menguruskan majlis tersebut. Tapi, kebanyakkannya telah tua dan uzur. Rasa bersalah pulak tengok mak cik pak cik memotong daging dgn tangan terketar, sudahlah bongkok kena pulak angkat periuk besar, kuali besar...tak sampai hati rasa..
Khamis mlm tue, saya nak hubby ke seremban hantar order customer then ambil adik din kat senawang pas tue pecut pegi LCCT ambil pak cik hubby merangkap pak long dia. Esok mlmnya baru la kami bertolak balik ke pahang. Tengah mlm juga la sampai.
nie pelamin tema pink
iqah and irsyad. entah apa yg kusyuk betul irsyad tengok tue..
mlm jumaat di adakan majlis khatam al-quran & majlis berinai pihak perempuan
nie la pengantin perempuan. adik ipar saya si kerry. ok la make-up mak andam. nampak berseri muka kerry..
khatam quran buat serentak dgn anak buah along & alif anak kak jue dan iqah & arif anak kak wi. Yang lead dia bapak mertua saya. Bapa mertua saya garang oo..masa khatam quran, salah baca kena jerkah. kalau saya kena jerkah, fengsan terus kat situ...hehehe
menu majlis khatam quran adalah laksa kuah lemak. nie pun tempah juga. memang sedap...tapi saya kurang biasa skit laksa kuah lemak nie. perut kampung saya nie nak nasi juga...kat dapur dendiam lepas habis majlis saya makan nasi lauk tengahari tadi kat dapur sensorang...hikss
kiri sekali tue adalah pak long yang kami jemput di LCCT tempoh hari. sebelahnya bapa mertua saya. paling kanan sekali ayah chik, adik beradik seibu & sebapa dgn arwah mak mertua saya
Lepas majlis berinai, pengantin perempuan ada tukar2 baju. Tapi sebab ada separuh baju tue tak menutup aurat sepenuhnya maka saya tak paparkan kat sini ye..biarlah ia untuk simpanan peribadi pengantin. Mlmnya tak banyak pun kerja nak buat. cuma final touch-up hantaran dulang pengantin. yg lelaki lak sibuk kareoke tetengah mlm. suara pecah pun hentam je la ye mizi & din. Lepas tension ke ??? tapikan, agaknya bahasa alam tue memberi isyarat bahawa suara sumbang mereka mengganggu ketenangan mlm, maka boleh pulak hujan turun tetiba...petanda apakah itu ??? hehehe....
paginya adalah majlis akad nikah kat rumah kadi. first time saya tengok org akad nikah duduk atas kerusi. sempoi je kan tok kadi nie. kalau kat tempat saya, masa time hubby nikah dulu memacam tok iman tanya. segala hukum hakam kena jawab. cara duduk atas kerusi nie macam kat indon lak...cuma kat sana kena letak selendang atas kedua-dua mempelai kan..??
nie masa lelaki batalkan air solat perempuan. kiranya kali pertama bersentuhan la...
nie pulak perempuan batalkan air solat lelaki...hehe tak de la..sekali sentuh tadi dedua dah batalkan. nie cuma sarungkan cincin kahwin je...
bersalam dan mencium tangan suami sebagai tanda hormat
aik ?? baru salam dah bergaduh ?? hehehe...gimik je nie. posing ambil gamba..
nie lepas majlis akad nikah. pengantin bersama adik-beradik perempuan. saya nie je menantu perempuan kat family nie. nak tunggu din & mizi punya pasangan tak tahu bila. jadi, title menantu perempuan kesayangan tunggal di pegang oleh saya seorang setakat nie....hahahahah...kesayangan ??? ye ke ? tampor muka sendiri dulu...
kerry dan mak su, adik bongsu dlm keluarga mertua saya. depan tue acha & bila yg bakal jadi flower girl pengantin nanti. tapi kan.......korang kena baca sampai habis dulu ye...
nie masa buat hiasan utk hidangan makan beradap pengantin. nie pun tak masak, upah anak ngah sepupu hubby saya yg buat. kitorang tukang letak atas pinggan je. kerry, kitorang buat keje tau. nie bukti dia ! yg jadi mandur sorang je...yg tengah berdiri tue..si iqah !! hehehe tak fasal2 je iqah lak kena kan...sebenarnya iqah tue monitor kitorang kalau perlukan apa-apa barang nak ambil kat atas meja sebelah tue, dia lah yg tolong ambilkan. dah semua yg duduk punggung dah kena gam tak boleh nak bangun lak...
tengok mizi yg tengah frust tue. mic tak lepas dari tangan. kalau nak tau suara dia sedap ke idak..tengok je muka si arif yg tetengah tue...agak2 korang la apa yg dia fikir kan..?
aikk..tengok abg lie hubby kak jue, control macho nampak !
di sinilah bermula peristiwa berdarah flower girls. masa nie nabila & kakak dah stand by tapi mak andam suruh make up dulu. saya mana la reti make upkan org. blusher apa semua saya tak pernah pakai & tak tahu nak pakai macam mana. lipstik pun jarang pakai. jadi bila suruh make up kan bebudak berdua nie...macam nie la jadinya...
tengok muka kakak. perasan tak raut wajah dia dah lain dah....mashamm !
nie tetamu yg hadir di majlis hari tue...
opps...lauk lupa lak nak ambil. Karang saya ambil gamba lauk. snap lauk satu2 org kg pelik lak nanti. bini syawal nie tak pernah jumpa lauk banyak macam nie ke ?? sape yg malu ?? laki saya juga yg malu nanti ! hikkss
ok..menu dia nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, nenas acar, bubuk pulut hitam. Bubur pulut hitam dia yg terbaik sekali !
nie kek pengantin.
nie la batrisyia yg muka masham macam mempelam tok ayah dia.
tempat makan beradap pengantin. saya suka suasana yg mak andam nie buat kat khemah makan beradap nie. nampak romantik betul. Kalau saya la makan kat sini, rasanya saya tak lalu makan. sebab saya rasa nak senyum & sengih je kat depan laki sendiri. lepas tue rasa nak pegang tangan tak nak lepas, nak berkepit je ngan laki sendiri. Romantik la kata kan...korang yg baca nie sila pergi toilet sekarang utk muntah ye...muntah depan laptop kang habis lak kena beli baru
nie adalah pekerja SYABAS eh tak la...hilang macho abg lie nanti kan ? nie tukang jaga air. tue tengah discuss projek empangan sungai rompin. hahahaha...ok tipu je !
masa ni baba tengah pujuk2 kakak yg 'bad mood'. irsyad & mama just bagi sokongan moral kat kakak je. tapiii....tak jalan langsung ! maka berlaku la peristiwa 'guruh di langit menghentam bumi'. hehehe....sape yg ada dekat2 situ tau la apa yg berlaku kan..ssshhhh..mama pulak dah macam bibik pun ye gayanya dgn lampin anak selempang kat bahu. tak dan nak bersiap bebetul. Kosong je mama hari tue. banyak keje la...hehehehe ye ke banyak keje ?? korang jgn fokus lak kat perut saya tue. hepp...babap karang !
abg dah datang ye...meh salam skit.
pengantin fink sedang berarak. Oit abg dj, speaker u amatlah bingit. Suara kompang tue pecah la....
apa yg kurang kat sini ?? yup betul ! flower girl sensorang je kat situ. partner dia dah fengsan dlm bilik.
pengantin fink bersanding di atas pelamin fink gitu !
cepat ngah. pose cecantik. nie nak masuk majalah Mangga ruangan mari berkenalan. hahaha....abg din kata nak masuk dlm facebook, ngah sepupu hubby saya bukan main kata tak mau ! tak nak !. tapi korang tengok dia punya pose baik punya !
restu dari ayah mertua saya. semoga berkekalan hingga hujung nyawa
see...i told u already. kalau makan kat meja beradap nie mesti asyik nak senyum & sengih je depan hubby/wife kan. nasib baik kerusi tue jarak. kalau tak sure berkepit dah pengantin nie. Pink membangkitkan suasana romatik tau....
ala..ala...ala....meh ayang suapkan skit ye. mulut tue bukak besar skit !
upacara memotong kek. masa nie bebudak dah standby dgn piring memasing.
family belah lelaki
family belah lelaki lagi
nie la family hubby saya. nie pun tak lengkap. majlis macam nie memasing banyak benda buat kan...kat dapur la..kat khemah la...kat tempat kareoke la...tue tak termasuk bebudak yg entah ke mana main pasir, tunggu pak cik aiskrim tepi jalan, main games umah mak wi nya...
nie adik-beradik & menantu lelaki. cuma irsyad je merangkap cucu....eh..irsyad pun itu tema juga la..baju kekotak
nie lak adik-beradik, menantu & cucu perempuan.
disebabkan semuanya warna fink. so, korang boleh nampak muka je. badan semua kabur je. antara badan org atau pelamin. hehehe...nie adalah taktik menyorok badan namanya....hehehe...korang jgn percaya propa saya nie tau !
nie pengantin lama yg kemaruk nak bersanding lagi. tapi dengan anak2 la pulak kan....mana tau masa nini adik bongsu hubby kahwin nanti dah berenam pulak kami nanti. Insha allah, rezeki allah kita tak tahu kan...
Habis majlis, ptgnya saya, hubby, anak2 dgn anak kak wi si nabila & haqimi ke chalet tempat family along & mak saya menginap. sampai kat sana, memula rancang nak tengok pantai je..sekali bebudak nie berlari terus masuk air. tak sempat nak tahan dah ! dgn irsyad berpampersnya terus masuk gigi pantai main air.
chalet tempat mak & family abg long saya tinggal. Depan chalet nie bebetul pantai. tue yg bebudak nie teruja tak ingat dunia tue.
Ada satu peristiwa kelakar tau masa kat pantai nie. Irsyad kalau dah jumpa air memang melekat je la dlm air. Hubby saya bawa irsyad keluar nak mandikan dia coz penuh pasir kat badan irsyad. Atas kepala jgn cerita la kan. Dalam pampers lagi penuh pasir. Irsyad bila tengok org lain, kakak dia, baba dia masih lagi mandi laut meraung sekuat-kuat hati. Org kuala rompin, sape yg ada kat pantai ptg 26 feb hari tue, kalau dengar budak menangis non-stop anak saya la tue.
Nasib baik chalet kak long sewa dekat dgn pantai. Tapi sepanjang jln nak ke chalet tue berperang juga la saya dgn irsyad. Sampai chalet terus mandikan Irsyad. Mujur la Zaid punya pampers sama saiz dgn irsyad. mak lang pinjam sat pampers zaid ye. Zaid pulak sepanjang irsyad nangis tue, dia ikut je mana irsyad pergi. irsyad masuk toilet, zaid tunggu kat pintu toilet. irsyad meraung atas katil, zaid tunggu tepi katil. Agaknya zaid fed-up dengar irsyad nangis non-stop terus dia jerkah irsyad. Dan dan tue irsyad terdiam. tergelak besar saya...ye la puas saya pujuk irsyad tapi tak jalan. sekali zaid yg umo setahun tue jerkah dia...diam terus !
bebudak lain, kakak, hakimi dgn nabila memang tak boleh diselamatkan lagi la...lencun habis. dah la tak bawa towel, baju seluar apatah lagi. Sudahnya masa kami balik, bebudak nie dlm kereta tanpa pakaian..ehem..ehem...pepaham sendiri la ye.
mlm macam biasa sesi buka hadiah & potong kek lagi. pic tak ada coz semua org dah letih.
Kepada kerry & ezam, selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke nafas yg terakhir. Nikmatilah fasa-fasa awal perkahwinan ini sebaiknya dgn penuh kasih sayang dan suasana romantis kerana selepas tahun ke 5, selisih faham dan gaduh2 manja itu pasti ada mewarnai rumahtangga kita. Yg kengkadang kalau kita tidak dapat mengawal emosi mula timbul rasa geram pada suami/isteri. Maka, ketika emosi itu menguasai diri ingatilah kembali saat-saat romantis ketika fasa-fasa awal perkahwinan kerana itu akan menyejukkan kembali hati yg rawan.
Kepada ezam, welcome to our family. Jgn memalu sangat. Family nie memang happy & seronok berada di dalamnya. Walaupun saya cuma menantu di dalam family nie, tetapi dalam kebanyakan masa saya tak rasa pun sebagai menantu tetapi lebih kepada adik beradik pun ye. Kalau dulu memang saya amat pemalu. 10 patah di tanya, sepatah je saya jawab. Itu pun suara antara dengar tak dengar je. Tapi sebab layanan dan cara penerimaan mereka terhadap saya membuatkan saya langsung tidak kekok kini. Kami boleh ngam & sekepala. Malah sikap ambil berat dan sudi membantu ketika susah membuatkan saya bangga berada dlm keluarga ini. Memang kami kurang pada harta benda tapi kaya pada kasih sayang. Itu yg paling penting. Perumpamaannya seperti apa guna ketika sakit tinggal di wad kelas pertama hospital lima bintang tapi kita keseorangan. Lebih baik ketika sakit duduk di wad kelas 3 hospital kerajaan, tetapi sentiasa dikelilingi oleh adik beradik, saudara mara yg mengambil berat & menghiburkan hati.
So, ezam & kerry nanti kitorang serbu rumah korang kat kuantan ye…buat BBQ nak ? hikss…..
wassalam.
* amat terasa apabila majlis perkahwinan tanpa kehadiran ibu di sisi. Kerana kebiasaannya ibulah org yg paling sibuk sekali, org yg paling gembira dan org yg paling banyak menitiskan air mata ketika majlis perkahwinan anak perempuannya. Al-fatihah kepada ibu mertua saya....
So, ezam & kerry nanti kitorang serbu rumah korang kat kuantan ye…buat BBQ nak ? hikss…..
wassalam.
* amat terasa apabila majlis perkahwinan tanpa kehadiran ibu di sisi. Kerana kebiasaannya ibulah org yg paling sibuk sekali, org yg paling gembira dan org yg paling banyak menitiskan air mata ketika majlis perkahwinan anak perempuannya. Al-fatihah kepada ibu mertua saya....