Rabu, 1 Ogos 2012

Iftar @ Bangi Golf Resort


Assalamualaikum,

Kejap je dah masuk puasa ke 12 hari kan. Yg paling menakjubkan kakak Batrisyia masih berpuasa penuh sehingga hari ini.

Ok la, hari tue iftar yg ke berapa x ingat pulak yg saya ingat ia berlaku lepas saya merajuk..hahahha

Hubby bawa kitorang iftar kat Bangi Golf Resort. Masa memula ajak, saya rasa macam malas nak pergi memikirkan saya kena menjaga atlit-atlit kecik saya nie. Saya ada pelari jarak jauh (batrisyia), atlit pelari pecut lepas tue menyorok kat mana sempat supaya org kelam-kabut cari dia (irsyad) dan atlit termuda ahli gimnastik berirama (baby syirah) yg mana dia akan berpusing, melompat, nak terjun tiruk ke bawah bila org pegang dia atau dlm kata mudahnya x reti duduk diam !

Lagi satu korang pun tahukan kalau buffet nie, bayar mahal makan x seberapa. Tapi last-last saya pergi la juga sampai dok fikir dlm kepala, apalah  nak jadi kat sana. Masa kakak sukan haritue irsyad muntah baby syirah uk..uk. Jgn la dia buat perangai kat sana nanti. Confirm org sebelah meja x de selera nak makan. Palig teruk kami kena halau keluar nanti. Haa....tinggi imaginasi mama korang nie

Masa sampai tue, yg bestnya bila kita parking jauh ada khidmat kereta buggy yg ambil korang dari parking ke dewan iftar tue walaupun kalau korang jln kaki 2 minit dah sampai !

Masuk dewan, hubby ambil makanan utk para atlit comel saya tue terutamanya pelari pecut yg dok teruja dgn kawasan 'padang' yg besar. Lepas tue mama & kakak ambil makanan pulak. Makanannya banyak gak la variety. Macam biasa la kalau buffet ada kambing, seafood, aneka mee, satay, western, dessert. Ala saya rasa mana-mana tempatnya pun sama juga la. Kalau x itu, itu juga la..

Bila balik meja, tengok hubby tengah mengelap meja. Dushhh...meja org lain putih bersih, meja kami dah merah kena air sirap yg irsyad tumpahkan. Ye, para atlit comel saya dah bersedia utk beraksi....Jadi kami kena la makan cepat-cepat.


Time nak balik dah...

Mama kena peluk syirah kekuat supaya dia x buat aksi terjun tiruk dia tue
 Dlm banyak-banyak makanan kat situ, sandwic tuna je yg kakak suka..

 Pelari pecut yg tengah caj bateri...

Sempat bergambar kat depan pintu gerbang dia..
Korang tengok kat tangan Batrisyia. Sempat lagi tapau 2 keping sandwic tuna !

Korang nak gambar makanan...hehehe kurus puasa nanti. Tak de la. Dgn anak 3 org nak jaga, lagi mau pergi snap pict makanan ke ? Itu ibu buang tebiat namanya...hahahah. Masa saya makan pun mujur ada kengkawan hubby yg baik hati dukung syirah & memain dgn irsyad & batrisyia.

Overall ok la. Rate pun murah je. Cuma muzik pemain gamelan ke apakenamantah sangat la kuat. Walaupun duduk jauh dari stage pun dah cukup kuat. Saya x tahu la macam mana meja yg betul-betul depan stage tue makan. Sebelah suap makanan, sebelah tangan  tutup telinga kot. Saya yg bercakap dgn kawan hubby pun antara dengar dgn x dengar je. Last-last saya baca gerak bibir dia je. Kelas ko, bercakap baca gerak bibir je. Sudahnya dia tanya lain saya jawab lain. hikss. Lagi satu pelayan dia sangat la rajinnya. Saya ambil teh tarik, baru minum separuh dia dah angkat pergi. Tue yg korang tengok meja atas saya kosong je. Ambil makanan, makan sikit je korang tinggal sekejap dia dah angkat. Produktif betul pekerja Bangi Golf Resort nie.

Oppsss...Durian mousse cake dia sangat la sedap. Sampai sekarang terasa-rasa lagi kat lidah. Yup, saya memang hantu dessert. Semua dessert saya nak rasa. Bab makan ayam, daging, mee, ikan semua tue saya kureng skit. Apa-apa hal, dessert dulu saya terjah.

Lupa, rate dia RM 48 satu kepala. Bebudak 6 hingga 12 - RM 22 (eh betul ke nie bang, lupa la..). Tapi saya ada nampak promotion kat luar dewan tue. X sempat nak snap. Korang try la call mana tahu promotion tue ada lagi ke idak.

Apa pun tq baba belanja buffet walaupun makannya secoit je....janji kita satu family bahagia ye tak ?

wassalam

* Eh, korang dah beli baju raya ke ?. Dengar cerita sana sini jam org shopping raya ? Betul ke ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan