Khamis, 8 November 2012

Burger bakar Lokas Makana & Durian Crepe


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita fasal makan. Org yg tengah berdiet sila tutup mata.

Bila seseorang tue tengah runsing, sedih, marah atau kecewa selain menangis ada satu benda lagi yg dia akan buat sama ada dia x mo akan langsung atau dia akan makan sebanyak yg mungkin....hehehe

betul ke cam tue ekkk ?

x kisah la apa pun kan...yg penting pandai tangani stress...jgn bunuh diri sudah ! x cium bau syurga nanti

sebelum merapu meraban x tentu hujung pangkal kan...kita terus ke tajuk utama..

dah ramai blogger atau pengguna FB dok review fasal Burger Bakar Lokas Makana nie kan. Lokas Makana nie kat puchong utama. Nak pergi pun senang je, cari carrefour puchong jalan terus ke depan, berhadapan sekolah kebangsaan puchong utama dah nampak Lokas Makana nie. Signboard pun banyak kat situ.

Balik keje semalam ajak hubby gie try sebab tengok cuaca agak baik walaupun sebelah puchong nampak mendung skit. Masa kami sampai org x ramai. Kalau ikut review kat internet nie hari sabtu & hujung minggu memang beratur panjang. Tapi alhamdulillah kami sampai, ambil nombor, baru je duduk kat meja burger pun sampai. Air pun x sempat order lagi.


nie yg kami order, double beef with cheese & set
rege burger nie RM14.00 tambah set sosej 3 ketul RM1.50
saya x sempat ambil gambar so pak cik google tolong saya
gambar tue credit pada blog ini ye. minta halal ye

Review saya, 

pada peminat daging burger nie memang best la sebab seketul daging tue je memang padat, x kering, sangat sedap. Macam saya makan sekeping dah x boleh masuk lagi dah. Saiz burger dgn harganya memang berbaloi la. Sosej tue walaupun cuma penyeri dan tambahan kepada burger, tapi sebab anak-anak suka kejap je dah licin. saya rasa kalau perut tengah lapar mungkin burger double beef nie saya boleh habis sorang kot. Tapi En. Diet tolong la pergi jauh-jauh kejap dari saya agar saya x rasa bersalah !

tempat lak ok la, banyak gerai-gerai lain yg jual macam-macam menu. Pilih je apa korang nak. Tapi sebab saya x try lagi so x tau la sedap ke x sedap. Semalam cuma order mee hot plate je. Rasa standard foodcourt Jusco je. Then ada juga tempat bebudak main. Cuma semalam masa kami sampai angin kuat bertiup elok je kami keluar hujan pun turun. Memang kawasan permainan budak-budak dia x buka.

Masa kami makan, Irsyad lak 'membuang'. Mujur dah nak habis makan. Elok je kami keluar hujan pun turun. Tapi memang best la dan akan ke sini lagi nanti nak try menu lain lak. Lepas tue ingat nak cari durian...tapi hujan turun lebat sampai x nampak jalan & kereta dah semerbak bau 'bahan proses' irsyad, cepat-cepat kami balik ke pangkal jalan...

tapi x habis lagi tue...walaupun x dapat durian, tapi tghari sebelumnya saya dah order kat FB benda nie...


 Durian crepe...
6 ketul RM10.00
saya order kat FB BSP


Terima kasih la kat ida (kalau x silap saya nama dia) yg sudi menghantar durian crepe nie ke rumah saya mlm tadi masa tengah hujan pulak tue. So, pada penduduk BSP kalo nak rasa durian crepe nie boleh jenguk FB BSP cari nama wahida. Confirm dia hantar kat umah korang. 

Dan kalau korang tanya rasanya memang sangat sedap la kan...kejap je dah habis 4 ketul. Itu pun irsyad merengek nak lagi saya x bagi sebab x boleh makan benda manis banyak-banyak masa nak tidur. Simpan utk esok.

gambar nie saya ambil dari FB wahida
tengok pun dah terliur kan ?
org yg berdiet sila tutup mata ok..


So, minggu depan bersedia la utk sesi regim berdiet membuang lemak kan. Ambil balik basikal & tempat sit up yg dah jadi tukun kat luar rumah tue. Sila beramas mesra dgn 'mereka'..hahaha. Eh, minggu depan nak pergi bercuti kan..minggu lagi satu la...cittt


nie budak kenit mlm tadi yg dah dapat kaki 
tapi asyik nak bermanja dgn kakak dia

Wassalam.


** Lokas Makana tue apa ? Bahasa negeri sembilan ke...lokeh makan aaa..

**Oppsss.. baru tau Lokas Makana tue adalah Lokasi Makanan ye...nie mesti org yg buat signboard x reti mengeja...hahahaha..


1 ulasan:

  1. Jackpot City Casino Site 2021 | Casino Website Reviews
    Jackpot City Casino offers an luckyclub.live excellent range of online slots, table games, and video poker games. You can choose from hundreds of casino games

    BalasPadam