Assalamualaikum,
Hari tue hubby ada cakap, dia jumpa kakak
yg jual nasi lemak pepagi kat bandar saujana putra nie. Kakak tue tegur
dia…wife adik kan yg bawa kereta xxxxxx tue. Yg cakap antara dengar dgn tak
dengar tue kan. Tu la lembut sangat dia tue !
Korang jgn muntah dulu ok. Bukan saya
cakap, kakak nasi lemak tue yg cakap. Hubby saya yg dengar pun bantai ketawa
gelak tak ingat punya bila ceritakan balik pada saya. Siap cakap, lemah lembut
la sangat !.
Saya pun pelik macam mana ada org cakap
saya macam tue ekk…pada hal saya nie punya la garang & tegas...x caya cuba
tanya anak-anak saya. Terutama time diorang sepak-sepahkan mainan
berbakul-bakul tue. Saya boleh bertukar jadi raksaksa gorgon !
Tapi kalau saya kuat nangis tue, confirm !.
Dari baby, ke zaman kanak-kanak sampai la zaman dah tua bangka anak 3 nie.
Tetap kuat nangis. Sentap skit je..merembes. Sentap skit je nangis. Kekadang
tue tanpa ada sebab pun saya boleh nangis.
Pernah satu hari tue saya bawa kereta dekat
highway. Lepas tue ternampak ada sorang pak cik tua nie bawa motor kapcai dgn
wife dia bonceng kat belakang. Then saya perasan ada baby tengah-tengah dia.
Tak tahu la anak ke cucu ?. Boleh dgn tak semena-mena air mata saya mengalir
laju macam air terjun. Siap tersedu-sedan lagi masa bawa kereta tue…
Last-last masa dekat sampai tol, air mata
tue stop sendiri. Lepas tue saya fikir balik..eh..aku nangis tadi sebab apa ekk
??? hahahah….macam perangai org x siuman pun ada kan…Bukan sekali dua, banyak
kali dah berlaku macam tue. Saya x boleh nak control air mata saya sendiri.
Sangat sensitive..
So, kalau nak kata saya adalah lemah
lembut, rasanya tidak. Kat rumah kalau saya mengaum…Harimau Malaya pun pun
boleh pengsan tau !
Wassalam
* Org
lemah-lembut jgn sangka x pandai marah ye….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan