Jumaat, 20 April 2012

@ Cameron Highland – Percutian Mengejut !



Assalamualaikum,

Actually, lepas cancel plan nak pergi zoo tue hubby dah inform suruh check & booking hotel kat Cameron. Dia kata sabtu nanti nak pergi. Guna duit tabung perlancongan kami. Tapi, saya ingat hubby memain je. Saya pun buat donno je…

Sabtu pagi lepas 14 april 2012, hubby & anak-anak kecoh bersiap. Saya dgn badan yg x larat, tekak perit walaupun semalamnya dah M.C buat x tahu je. Bila badan x sihat, ajak pergi Paris pun saya x mo ! hehehe…tapi kalau hubby offer akan dipertimbangkan la…

Lepas breakfast, hubby on unifi search hotel kat Cameron. Saya lak terkejut. Eh, betul ke nak pergi nie ? Rupanya Hubby serius. Ye la, tahun lepas kami langsung x bawa anak-anak pergi bercuti. Kira nie nak tebus balik la pada anak-anak. Hubby cari hotel yg dlm budget, ambil contact no. terus call. 2,3 hotel semua full. Last-last, dapat Parkland Hotel. Dia kata boleh terus walk-in je. Tak payah booking-booking.

Apalagi, kelam-kabut saya bersiap. Dgn beg yg x berkemas & bakul baby bagai. Kami keluar rumah pun dah dekat 12 tengahari.

Alhamdulillah, anak-anak x meragam dlm kereta. Ini first time Baby Syirah berjalan jauh. Saya risau juga kot-kot dia meragam. Tapi, Baby Syirah adalah baby yg sangat senang dijaga. Sayang anak mama nie !

Kami sampai Simpang Pulai pukul 2.30 ptg. Anak-anak dah kelaparan. Makan tghari dulu, buat susu Irsyad & Syirah siap-siap baru mendaki memanjat Cameron highlands. Saya agak kurang excited sebab dah pernah pergi sebelum nie. Masa tue kakak Batrisyia baru 3 tahun & Irsyad dlm perut mama lagi masa tue.

Pukul 4.30 sampai kat Brinchang terus check in Hotel Parkland. Rate dia utk Family Quad RM188.00. Tapi kalau booking online rasanya lagi murah kot.

Family abg saya, Angah pun ada kat Cameron juga. Tapi dia sewa apartment kat Tanah Rata coz dia dgn family wife dia.

Bilik hotel ok la. Sampai je anak-anak saya terus naik katil main lompat-lompat.
TV kocik amat !

View kat luar. Depan hotel nie betul-betul ada foodcourt...
senang nak cari makan

Percutian sebagai hadiah utk bezday girl nie...

"muaahhhsss....cayang baby khirah" kata abg irsyadnya
tapi nape mama tengok irsyad macam nak cekik baby syirah je ??? hehehe

Baby syirah yg sangat sporting & mudah dijaga sepanjang perjalanan

Mlmnya, kami cuma turun kat bawah Food Court dinner. Then, jalan kaki ke Night Market yg famous tue.


Banyaknya limau. Masa rasa kat atas nie manis,
bawa turun dari cameron tetiba jadi masam lak 
musykil ???

borong strawberry. Banyak juga beli. Baba peli 10 peket utk bagi pada jiran-jiran 
sekeliling rumah. Macam-macam jiran bagi pada kami, tapi kami tak sempat balas.
Jadi inilah masanya kan...

Oh ya, saya sangat suka makan strawberry cecah coklat cair tue. tetiba feeling siti lak
tak tahu berapa banyak saya makan. beli makan, dah habis beli lagi begitu la sampai balik hotel

nie pun rasa terliur lagi bila ingat balik strawberry cecah coklat cair tue
sangat sedap !!

kakak nak bantal strawberry...
tapi mama x approvedkan sebab dah ada kat rumah
cari design lain ye...muka muncung la tue !

Punya la mama & baba offer nak beli baju, topi, beg....last-last magnet juga 
yg kakak nak ....
Irsyad lak tido sebab mogok x dapat pedang lampu...

singgah beli jagung bakar. nie pun sedap !
tekak mama nie semuanya sedap

Bila balik, Irsyad mengamuk nak juga permainan pedang lampu tue. Terpaksa Baba turun pergi Night Market semula. Ada anak, macam nie la ye. Bukan nak manjakan dia. Kalau kat rumah boleh la pujuk lagi. Kalau kat hotel nie, mau satu malam penghuni hotel nie x tido nanti dengar Irsyad meraung. Anak-anak saya nie, punya la jauh dari kl datang. Last-last bila sampai cuma nak beli permainan yg boleh dapat kat kedai RM2 kat KL tue je….eeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiii….

Mujur la kami pergi awal juga ke Night Market. Sebab x lama lepas kami balik tue, hujan turun walaupun x lebat tapi bagi family yg bawa baby macam kami ini memang merumitkan berjalan dlm hujan dgn bawa baby. Tiada kompromi ok..

Paginya, kemas-kemas then breakfast kat tempat yg sama.

Baby syirah & topi barunya...

Baba & baby syirah


Batrisyia & Irsyad yg suka buat 'marathon' kat foodcourt tue..

Irsyad dah letih...

sangat susah ok nak ambil gambar bebudak nie. 

kecuali kalau ada benda yg dia ralit tengok macam burung tue...

nie pun gambar candid je. tengok la mata memasing..melilau je...

Kami jumpa angah & family dia kat sini. lepas tue ikut pergi petik buah strawberry. tapi saya just tunggu je. Mahal weyy...setengok kilo RM 30.00. Dapat la petik dlm 12-15 biji je...

Then, hari hujan pulak. Jalan kalau sabtu ahad memang la jammed kat atas cameron nie kan. Org nak masuk ladang teh boh tue. Kami stop makan dulu. tak sedap langsung mak cik tue masak. 

Berhenti lak dekat pasar apa ntah. Saya & anak-anak duduk dlm kereta je sebab hujan. Hubby yg keluar beli barang. Angah & family lak masuk taman rose.

Memandangkan anak-anak dah tido, hari hujan pulak hubby kata turun bawah terus la. Lagi pun dah pukul 3 ptg. Angah ajak masuk ladang teh boh. Kami dah pernah masuk masa first time dtg dulu. tempatnya memang cantik. tapi jalan nak masuk ke dalam tue dgn kereta yg jammed memang mimpi ngeri la. Hubby kata next time la pergi, bila anak-anak dah besar nanti.

nie la Aleesya Syaqeera Ariana...mata bolat !

Sampai hentian Tapah dah pukul 5.30 ptg. Ramainya org yg berhenti kat situ. jenuh menunggu meja nak makan. Jumpa Angah semula kat sini. Pukul 6.30 ptg gerak balik. Tak nak lambat sangat sebab esoknya saya & hubby kerja. Tapi yg paling kesian kakak la sebab esok dia nak sekolah. 

Kami sampai rumah pukul 8.30 mlm...alhamdulillah selamat.

Walaupun kelam kabut tapi ok la...next time kita pergi utara la ye baba....

Wassalam.

* matta fair bulan jun nie kat shah alam.....kena simpan duit nie utk trip hujung tahun nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan