Isnin, 30 April 2012

Hanya 2 rules...


Assalamualaikum,

Selagi ko makan gaji, ko akan terikat dgn 2 rules berikut,

Rule 1 - Boss is always right

Rule 2 - If the boss is wrong, check Rule number 1 !

So, samada suka atau tidak terima je la. Bertekak pun x berguna kan.

Kepada kawanku itu, bersabarlah selagi terdaya. Kalau otak, jantung, limpa, buah pinggang rasa nak meletup tengok feel bos tue lebih baik resign. Bumi Allah nie luas. Rezeki ada dimana-mana. Bukannya Bos yg tentukan rezeki setiap staffnya kan. Segala-galanya datang dari Allah hanya melalui dia sahaja.

Tak pun, apa kata ko buka company sendiri. Nanti saya join ekk...hehehehe..nak jugak tue !

Wassalam.

* sentiasa beringat pada zaman ekonomi meleset nie...

Jumaat, 27 April 2012

Tanda ingatan ku…


Assalamualaikum,
Sebelum saya melahirkan baby Basyirah, saya telah di tahan 2 bulan di wad hospital putrajaya. Anak-anak saya dihantar ke kampung hubby & dijaga oleh maksu dan mak yah dia. Kakak sempat bersekolah di tadika KEMAS. Malah sempat join sukan tahunan kat sana. Dua kali kakak sukan tahun nie termasuk kat Tadika Krista. Kakak cakap teacher tadika KEMAS sangat baik dengan dia walaupun cuma sebulan saja kakak bersekolah di sana. Malah, siap ada photo kakak, teacher & kengkawan dia yg berikan oleh tadika KEMAS sebagai tanda kenangan.

Maka, bagi mengenang jasa-jasa mereka semua yg sudi membantu saya & keluarga ketika kami memerlukan pertolongan hanya tanda ingatan sebagai ucapan terima kasih yg tidak terhingga atas bantuan kalian semua.


Tanda ingatan buat Teacher Odie & kengkawan di Tadika KEMAS Leban Chondong, Rompin Pahang.


Tanda ingatan buat para doctor, jururawat, pembantu jururawat, mak cik cleaner (nie kena masuk skali coz kat mak cik nie la saya kirim beli majalah, kuih, lauk kat café hospital bila dah tak lalu nak makan makanan hospital)


Tanda ingatan buat maksu, mak yah & mak saya sendiri. Terima kasih yg tak terhingga kerana sudi jaga anak-anak saya semasa saya dihospital. Buat mak tersayang, terima kasih kerana menjaga kak lang dari lepas keluar ICU hingga dekat habis pantang (belum habis pantang saya dah balik sp :)

Kepada semua, tanda ingatan ini cuma secebis barang yg tiada nilainya berbanding jasa kalian semua terhadap saya & keluarga. Jasa-jasa kalian tidak mampu saya balas, hanya Allah yang akan membalasnya di akhirat kelak.

Terima kasih sekali lagi.

Wassalam.





Khamis, 26 April 2012

Saya lemah lembut…?? Boleh caya ke ?



Assalamualaikum,

Hari tue hubby ada cakap, dia jumpa kakak yg jual nasi lemak pepagi kat bandar saujana putra nie. Kakak tue tegur dia…wife adik kan yg bawa kereta xxxxxx tue. Yg cakap antara dengar dgn tak dengar tue kan. Tu la lembut sangat dia tue !

Korang jgn muntah dulu ok. Bukan saya cakap, kakak nasi lemak tue yg cakap. Hubby saya yg dengar pun bantai ketawa gelak tak ingat punya bila ceritakan balik pada saya. Siap cakap, lemah lembut la sangat !.

Saya pun pelik macam mana ada org cakap saya macam tue ekk…pada hal saya nie punya la garang & tegas...x caya cuba tanya anak-anak saya. Terutama time diorang sepak-sepahkan mainan berbakul-bakul tue. Saya boleh bertukar jadi raksaksa gorgon !

Tapi kalau saya kuat nangis tue, confirm !. Dari baby, ke zaman kanak-kanak sampai la zaman dah tua bangka anak 3 nie. Tetap kuat nangis. Sentap skit je..merembes. Sentap skit je nangis. Kekadang tue tanpa ada sebab pun saya boleh nangis.

Pernah satu hari tue saya bawa kereta dekat highway. Lepas tue ternampak ada sorang pak cik tua nie bawa motor kapcai dgn wife dia bonceng kat belakang. Then saya perasan ada baby tengah-tengah dia. Tak tahu la anak ke cucu ?. Boleh dgn tak semena-mena air mata saya mengalir laju macam air terjun. Siap tersedu-sedan lagi masa bawa kereta tue…

Last-last masa dekat sampai tol, air mata tue stop sendiri. Lepas tue saya fikir balik..eh..aku nangis tadi sebab apa ekk ??? hahahah….macam perangai org x siuman pun ada kan…Bukan sekali dua, banyak kali dah berlaku macam tue. Saya x boleh nak control air mata saya sendiri. Sangat sensitive..

So, kalau nak kata saya adalah lemah lembut, rasanya tidak. Kat rumah kalau saya mengaum…Harimau Malaya pun pun boleh pengsan tau !

Wassalam

* Org lemah-lembut jgn sangka x pandai marah ye….

Rabu, 25 April 2012

Pendaftaran Sekolah Bagi Tahun Satu Sessi 2013



Assalamualaikum,

Actually last year awal-awal lagi saya dah register sekolah anak saya utk sessi 2013 nanti. Bila dah register online semua, time nak submit borang kat sekolah tue saya jadi terkedu ok.

Memang silap saya x pergi lawat sekolah dulu. Saya just dengar cakap-cakap org, terus register. Masa pergi kat sekolah tue saya agak kurang berkenan dgn environment kat sana. Lokasinya juga agak buat saya kurang selesa.

Then, bila tahun nie dibuka semula pendaftaran tahun satu bagi sessi 2013/2014. Saya terus check online semakan pendaftaran anak saya. Saya ingat nak buat pertukaran sekolah. Siap minta pendapat kak wi lagi. Kakak ipar saya nie cikgu sekolah, jadi dia adalah antara orang yg sesuai di refer benda-benda macam nie kan.

Pesan kak wi, tengok prestasi sekolah tue. Nak tau buka website sekolah tue sebab sekarang kan dah maju boleh kata semua sekolah ada website sendiri atau paling latest facebook. Lagi satu, kak wi nasihatkan memandangkan kami di bandar, didikan agama tue amat lah penting agar tidak hanyut dgn social life kat sini. Kena balance la kan. Sekolah agama tue, kat kawasan rumah kami nie memang ada cuma sekolah rendah je tak de.

So, saya pun check la website tempat anak saya daftar tue. Bila saya buka website sekolah tempat anak saya register tue, dah 6 tahun website x update k ! Terkejut saya…

Terus ajak hubby survey sekolah lain utk kakak Batrisyia.

Antara sekolah yg kami survey

Esoknya saya call Jabatan Pelajaran Selangor nak buat pertukaran sekolah. Memandangkan ini anak pertama, saya kena buat pilihan yg tepat coz nanti adik-adik dia akan bersekolah di tempat yg sama.

Alhamdulillah, sempat lagi buat pertukaran. Tapi kena pergi balik sekolah lama tue buat pembatalan then submit borang baru kat sekolah pilihan yg baru. Masa kami pergi nak register kat sekolah baru, sebenarnya dah cukup kuota. Tapi apa pun terpulang pada budi bicara Jabatan Pendidikan Selangor Kawasan Petaling Perdana nanti.

Harapnya permohonan kami di terima. Amin…

Saya pasti semua parents nak kan yg terbaik buat anak mereka. Tapi pada saya semuanya bermula dari didikan di rumah. Kalau awal-awal lagi kita dah didik & gilap sebaik mungkin, dicampak ke mana pun anak kita ia akan tetap bersinar. Tak guna hantar ke sekolah yg terbaik sekalipun, tapi bila budak tue balik rumah kita buat x tahu tak ambil tahu homework, masalah yg diorang hadapi di sekolah, x check beg sekolah diorang, ambil tahu kegiatan diorang. Hanya mengharapkan sekolah je 100%. Itu memang confirm la ke laut. Hanyut.

Lagi satu, cuba tengok kebanyakan org yg boleh dikategorikan berjaya sekarang. Dulunya sekolah ceruk kg je pun. Tapi Alhamdulillah boleh gak berjaya. Itu semua berkat usaha mereka dan didikan dari ibu bapa dirumah yg tidak berpelajaran tinggi pun.

Wassalam.

* Masa saya kecik-kecik dulu, x payah nak fikir masuk sekolah mana. Terus je register kat Sekolah Rendah Palong Dua. Apa khabar cikgu Hanafiah, cikgu Salwai, masihkan mereka di situ ? Terima kasih Cikgu !

Selasa, 24 April 2012

Strawberry cecah coklat...


Assalamualaikum,

Nie nak menghabiskan stok strawberry, jagung & limau dari cameron highlands hari tue.

So, buat la strawberry cecah coklat. Sedap la. Patut la Datuk Siti suka.

Nak buat pun senang je, cairkan coklat dgn api kecik & cecah terus dgn strawberry. Yummy....

 nie je lagi strawberry yg tinggal...

coklat. guna skit je..boleh buat kek coklat lepas nie...

jagung rebus. Banyak lagi yg tinggal sebab masa makan kat cameron sangat sedap & manis.
Bawa turun bawah, bila makan rasa tawar je...semua x de selera lak nak makan.

Pic strawberry salut coklat x sempat ambil, dah selamat dlm perut.

Limau pun masa makan kat cameron punya la manis. Bila  turun bawah sangat masam. Buat jus la jawabnya.

wassalam.

* hari nie kakak pergi lawatan ke kilang beras & ladang ostrich. Kemain excited lagi pagi tadi takut kena tinggal bas. Semoga selamat pergi & selamat kembali ye kakak...


Isnin, 23 April 2012

@ Poland...eh, silap ! Palong Dua


Assalamualaikum,

Nie hari tue kami balik palong. Kami memang jenis yg akan balik kg tetiap bulan. Kalau bulan nie balik palong, bulan depan balik pahang lak. Sampai jenjiran sekeliling semua dah tau dah. Family nie kalau awal bulan je mesti hilang, balik kg. hehehe...

Balik tue family angah & ajib dari johor balik sekali. Nak buat aktiviti pun cam malas sebab x semua balik. Yg balik pun sampai dah dekat nak malam. Jadi, kita buat aktiviti mencari harta karun kat laman umah wan ngan atuk nie yo...

Bunga ros mak. Nak petik leh x mak ?

Batrisyia yg over bergambar ......

dulu masa saya kecik-kecik, laman rumah nie penuh dgn rumput & pokok buah. 
Kat kete citra hubby tue ada pokok mangga
sebelah dia pokok jambu air.
kat depan bilik along tue ada pokok jambu & durian belanda

bebudak nie boring sepupu diorang x balik

nie bunga apa ekk ?

baby syirah...seronok tengok kakak & abg dia bermain..

nie anak adik saya, fatin nabilah jibnurdin. kocik bona org ehh...

Bila balik kg yg paling best tentula masakan mak. Mak siap masak nasi impit, rendang ayam, kuah lodeh & kuah kacang. dah macam beraya la pulak kami kat umah. terima kasih mak !

Lagi satu, mak saya susah skit nak sebut nama cucu-cucu dia. Semua nama pun dekat-dekat kan..Batrisyia lebih kurang Basyirah. Dia tersasul antara dua nama nie. Lepas tue, Batrisyia & Aleesya hujung lebih kurang sama asyik tersalah sebut je. Orang tua kan, nama budak-budak sekarang kan moden, payah org tua tue nak sebut. Paling ketara nama anak adik perempuan saya, Rizqi. Mak saya panggil Rezeki...hahaha...sentap ija...

Balik tue juga sempat hantar baju untuk jahit. Tahun lepas x de baru baru langsung. Tahun nie buat lebih skit...hantar pun kat mak mertua kawan saya, Siti Norhaida Manap. Haa..nama penuh saya letak. Kalau baca nie, contact saya k...

Wassalam.

* mana la kengkawan masa saya sekolah kat palong dua dulu ekk...



Sabtu, 21 April 2012

Durian boleh peram ke ??



Assalamualaikum,

Hubby ada bawa balik durian.

Saya pelik la coz sekarang bukan musim durian kan. Yg banyak adalah nangka.

Durian nie x de kulit. Beli yg siap pack kat pasaraya tue.

Rasa dia ?? sangat la tawar walaupun isinya kuning & lembut. So, saya terfikir durian yg ada sekarang nie yg bukan di dalam musimnya mungkin durian peram kot.

Tapi, durian boleh peram ke ??? musykil di hati nie....

Wassalam.

* Teringin lak nak makan aiskrim durian & kek durian…yummmmy !!

Jumaat, 20 April 2012

@ Cameron Highland – Percutian Mengejut !



Assalamualaikum,

Actually, lepas cancel plan nak pergi zoo tue hubby dah inform suruh check & booking hotel kat Cameron. Dia kata sabtu nanti nak pergi. Guna duit tabung perlancongan kami. Tapi, saya ingat hubby memain je. Saya pun buat donno je…

Sabtu pagi lepas 14 april 2012, hubby & anak-anak kecoh bersiap. Saya dgn badan yg x larat, tekak perit walaupun semalamnya dah M.C buat x tahu je. Bila badan x sihat, ajak pergi Paris pun saya x mo ! hehehe…tapi kalau hubby offer akan dipertimbangkan la…

Lepas breakfast, hubby on unifi search hotel kat Cameron. Saya lak terkejut. Eh, betul ke nak pergi nie ? Rupanya Hubby serius. Ye la, tahun lepas kami langsung x bawa anak-anak pergi bercuti. Kira nie nak tebus balik la pada anak-anak. Hubby cari hotel yg dlm budget, ambil contact no. terus call. 2,3 hotel semua full. Last-last, dapat Parkland Hotel. Dia kata boleh terus walk-in je. Tak payah booking-booking.

Apalagi, kelam-kabut saya bersiap. Dgn beg yg x berkemas & bakul baby bagai. Kami keluar rumah pun dah dekat 12 tengahari.

Alhamdulillah, anak-anak x meragam dlm kereta. Ini first time Baby Syirah berjalan jauh. Saya risau juga kot-kot dia meragam. Tapi, Baby Syirah adalah baby yg sangat senang dijaga. Sayang anak mama nie !

Kami sampai Simpang Pulai pukul 2.30 ptg. Anak-anak dah kelaparan. Makan tghari dulu, buat susu Irsyad & Syirah siap-siap baru mendaki memanjat Cameron highlands. Saya agak kurang excited sebab dah pernah pergi sebelum nie. Masa tue kakak Batrisyia baru 3 tahun & Irsyad dlm perut mama lagi masa tue.

Pukul 4.30 sampai kat Brinchang terus check in Hotel Parkland. Rate dia utk Family Quad RM188.00. Tapi kalau booking online rasanya lagi murah kot.

Family abg saya, Angah pun ada kat Cameron juga. Tapi dia sewa apartment kat Tanah Rata coz dia dgn family wife dia.

Bilik hotel ok la. Sampai je anak-anak saya terus naik katil main lompat-lompat.
TV kocik amat !

View kat luar. Depan hotel nie betul-betul ada foodcourt...
senang nak cari makan

Percutian sebagai hadiah utk bezday girl nie...

"muaahhhsss....cayang baby khirah" kata abg irsyadnya
tapi nape mama tengok irsyad macam nak cekik baby syirah je ??? hehehe

Baby syirah yg sangat sporting & mudah dijaga sepanjang perjalanan

Mlmnya, kami cuma turun kat bawah Food Court dinner. Then, jalan kaki ke Night Market yg famous tue.


Banyaknya limau. Masa rasa kat atas nie manis,
bawa turun dari cameron tetiba jadi masam lak 
musykil ???

borong strawberry. Banyak juga beli. Baba peli 10 peket utk bagi pada jiran-jiran 
sekeliling rumah. Macam-macam jiran bagi pada kami, tapi kami tak sempat balas.
Jadi inilah masanya kan...

Oh ya, saya sangat suka makan strawberry cecah coklat cair tue. tetiba feeling siti lak
tak tahu berapa banyak saya makan. beli makan, dah habis beli lagi begitu la sampai balik hotel

nie pun rasa terliur lagi bila ingat balik strawberry cecah coklat cair tue
sangat sedap !!

kakak nak bantal strawberry...
tapi mama x approvedkan sebab dah ada kat rumah
cari design lain ye...muka muncung la tue !

Punya la mama & baba offer nak beli baju, topi, beg....last-last magnet juga 
yg kakak nak ....
Irsyad lak tido sebab mogok x dapat pedang lampu...

singgah beli jagung bakar. nie pun sedap !
tekak mama nie semuanya sedap

Bila balik, Irsyad mengamuk nak juga permainan pedang lampu tue. Terpaksa Baba turun pergi Night Market semula. Ada anak, macam nie la ye. Bukan nak manjakan dia. Kalau kat rumah boleh la pujuk lagi. Kalau kat hotel nie, mau satu malam penghuni hotel nie x tido nanti dengar Irsyad meraung. Anak-anak saya nie, punya la jauh dari kl datang. Last-last bila sampai cuma nak beli permainan yg boleh dapat kat kedai RM2 kat KL tue je….eeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiii….

Mujur la kami pergi awal juga ke Night Market. Sebab x lama lepas kami balik tue, hujan turun walaupun x lebat tapi bagi family yg bawa baby macam kami ini memang merumitkan berjalan dlm hujan dgn bawa baby. Tiada kompromi ok..

Paginya, kemas-kemas then breakfast kat tempat yg sama.

Baby syirah & topi barunya...

Baba & baby syirah


Batrisyia & Irsyad yg suka buat 'marathon' kat foodcourt tue..

Irsyad dah letih...

sangat susah ok nak ambil gambar bebudak nie. 

kecuali kalau ada benda yg dia ralit tengok macam burung tue...

nie pun gambar candid je. tengok la mata memasing..melilau je...

Kami jumpa angah & family dia kat sini. lepas tue ikut pergi petik buah strawberry. tapi saya just tunggu je. Mahal weyy...setengok kilo RM 30.00. Dapat la petik dlm 12-15 biji je...

Then, hari hujan pulak. Jalan kalau sabtu ahad memang la jammed kat atas cameron nie kan. Org nak masuk ladang teh boh tue. Kami stop makan dulu. tak sedap langsung mak cik tue masak. 

Berhenti lak dekat pasar apa ntah. Saya & anak-anak duduk dlm kereta je sebab hujan. Hubby yg keluar beli barang. Angah & family lak masuk taman rose.

Memandangkan anak-anak dah tido, hari hujan pulak hubby kata turun bawah terus la. Lagi pun dah pukul 3 ptg. Angah ajak masuk ladang teh boh. Kami dah pernah masuk masa first time dtg dulu. tempatnya memang cantik. tapi jalan nak masuk ke dalam tue dgn kereta yg jammed memang mimpi ngeri la. Hubby kata next time la pergi, bila anak-anak dah besar nanti.

nie la Aleesya Syaqeera Ariana...mata bolat !

Sampai hentian Tapah dah pukul 5.30 ptg. Ramainya org yg berhenti kat situ. jenuh menunggu meja nak makan. Jumpa Angah semula kat sini. Pukul 6.30 ptg gerak balik. Tak nak lambat sangat sebab esoknya saya & hubby kerja. Tapi yg paling kesian kakak la sebab esok dia nak sekolah. 

Kami sampai rumah pukul 8.30 mlm...alhamdulillah selamat.

Walaupun kelam kabut tapi ok la...next time kita pergi utara la ye baba....

Wassalam.

* matta fair bulan jun nie kat shah alam.....kena simpan duit nie utk trip hujung tahun nanti.

Khamis, 12 April 2012

Santai...


Assalamualaikum,

Cuti Pertabalan Yang Dipertuan Agong hari tue sangat memberi impak pada kakak Batrisyia.

Pepagi dia bangun dah bising-bising suruh beli newspaper.

"cepat la Baba nanti habis surat khabar tue. Kakak nak gambar raja & permaisuri"

sebenarnya kakak Batrisyia ada homework. Dia kena tampal pic Agong & Permaisuri Malaysia. Tue yg kelam-kabut takut homework dia x siap nanti.

Lepas tue kakak sibuk tanya fasal siapa raja, duduk kat mana apa semua la..dia ingat raja tue macam cerita dongeng kartun princess Barbie tue kot.

tak nak banyak cerita, terus on t.v bagi dia tengok siaran langsung pertabalan Yang Dipertuan Agong yg baru nie. Dia boleh tanya, ini kat negara kita ke mama ?

bila camera fokus kat sultan selangor, saya bagi tahu dia itu la sultan kakak sebab kakak kan duduk kat selangor. Bila fokus kat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, saya bagi tahu pulak itu raja saya dan begitu juga bila ditunjukkan sultan pahang sultan tempat asal hubby.

Last-last kakak confuse. "kenapa banyak sangat raja nie mama ? kakak pening la..." hahaha...nanti kita belajar sejarah ye sayang.

Bagi mengurangkan stress kakak dan kami semua yg dok berkurung je dlm rumah sepanjang hari maka petang tue pergi ambil angin kat taman putrajaya.


kakak yg copypaste muka babanya

Baby syirah yg leka dgn kipas anginnya. non stop dia tengok kipas tue. 

favourite kudapan kakak...otak-otak

Irsyaduddin.....

bila si Boboiboy merajuk....sangat kiut. Siap peluk tubuh lagi ye !

rasa nak baring je atas rumput nie...boleh tak ?

Baba & baby Syirah...

girls in SyaNor family...

Malamnya baba tolong kakak tampal gambar Agong tue, kakak yg tak puas hati tanya lagi,

"kenapa raja pakai macam org kahwin mama ?"

ayooo...Baba sila explainkan boleh ?

Wassalam.

* Daulat Tuanku....

Isnin, 9 April 2012

7 April 2012 – Genap Baby Basyirah 6 Bulan



Assalamualaikum,

Senang kalau anak-anak lahir pada hari yg sama. Senang nak ingat. Macam gegirls saya lahir 7 haribulan. Cuma bulan je berbeza. Saya pulak 17 haribulan. Nie kalau Baba lupa juga x tau la...memang nak kena geget la tue !

So, masa bezday kakak Batrisyia sabtu lepas, baby Syirah lak genap 6 bulan. Kejap je masa berlalu. 

Sebab plan cancel , maka kami pergi klinik bawa baby syirah cucuk 6 bulan. Semalam kelam-kabut & hari hujan, so x sempat la kan...

mama & baby syirah je yg masuk bilik doktor. Kalau semua sekali masuk, mau kelam-kabut doktor nak buat kerja nanti. Silap-silap nanti tersalah cucuk baby syirah lak. Anak-anak saya sangat suka explore peralatan doktor nie. Dah besar nanti, jadi doktor ye nak...Insha Allah..Amin.

 
 kakak cuak ingat dia kena ambil darah sekali lagi.
Pengalaman ngeri ke kakak ?

 macam nie nak masuk bilik doktor ?
oh..tidak !

terdiam bila dengar suara syirah nangis dlm bilik doktor...

so far, perkembangan baby syirah normal. berat dia 8 kilo lebih. Dia sangat lasak, sangat senang dijaga, jarang nangis dan suka tersenyum. 

masa kena cucuk tue, nangis skit. terkejut agaknya tetiba rasa sakit. lepas tue ok dah...

Dgn cuaca yg mendung nie, seharian kami cuma duduk ontok-ontok kat umah je. Bergolek la satu family depan tv ye...

wassalam.

Plan utk kakak Batrisyia cancel…


Assalamualaikum,

Sepatutnya hari nie nak bawa kakak Batrisyia pergi Zoo dan jenjalan skit sempena bezday dia semalam. Seminggu sebelum tue mama dah survey rege tiket, waktu operasi semua utk bawa kakak nanti

Org pertama yg bangun pagi adalah kakak Batrisyia walaupun semalam dia adalah org yg paling lewat tido.

Bangun je, terus buka baju masuk toilet nak mandi. Dia sangat excited nak pergi zoo. Sebab dia sorang, semua org kelam-kabut bangun.

Masa semua org dah bersiap-siap nak keluar, baba dapat call dari project site. Site baba ada problem. So, baba kena standby nak pergi site project baba. Plan nak ke zoo terpaksa di tunda.

Masa tue muka kakak dah masam dah. Kakak terus merajuk. Ye la, kesian juga dia. Excited bangun pepagi walaupun x cukup tido untuk bersiap nak jenjalan tapi last-last cancel. Baba terpaksa pujuk kakak..

Tengahari, problem kat project site baba dah settle. Tapi bila dah tengahari baru nak keluar memang x sempat la kan. Sebab tengahari adalah waktu baby syirah nak tido, irsyad pun nak tido, dengan panas bagai nanti mau mama & baba laky g bertukar jadi rimau kat zoo nanti. Nak keluar ptg, dgn cuaca mendung x menentu sekarang confirm la hujan akan turun nanti. So, duduk rumah ontok-ontok la ye..

Insha allah, next time kita pergi kakak ye…

So, sebagai tatapan tengok gambar masa mama & baba masuk zoo ketika memula kahwin dulu. 
(kak wi & abg jeff...masihkah ingat lagi kenangan nie ?. Iqah & Arif sangat comel masa tue...)








Wassalam.

* Anugerah Bintang Paling Popular 2011 - Aaron Aziz….