Khamis, 10 Februari 2011

Mama…kakak nak baby girl satu !!!!!

Assalamualaikum,

ko tengok ! ko tengok anak aku tue. dia ‘order’ next coming adik dia macam order teh tarik kat kedai mamak je…

kakak,
meh sini mama nak explain. ketahuilah sayang, zuriat itu adalah rezeki dari Allah yang lahir dari kasih sayang. mama & baba hanya ‘berusaha’ dan berdoa. selebihnya adalah kuasa dari Allah. kakak pun kenalah sama-sama berdoa juga ye.

proses kejadian ‘adik’ yang kakak inginkan bukan sehari tau. memakan masa. lain lah kalau kakak nak adik angkat mungkin mama boleh ambil anak angkat kat rumah anak yatim. kalau ada rezeki mungkin kita boleh jumpa kat tepi tong sampah, dlm longkang, kat bas stop (nauzubillah min zalik). proses adik ini memakan masa yang panjang sayang. ia bermula dengan proses ‘pendebungaan’ yang kakak akan belajar dlm subjek sains form 3 nanti yang mana ia akan membentuk ‘nutfah’ iaitu percantuman benih mama & baba. detail akan diterangkan bila kakak sudah akil baligh nanti ye sayang….

kemudian ‘adik’ kakak akan membentuk ‘alaqah’ iaitu segumpal darah yg mana ia amat kecik sekali. ia macam pacat yg kakak jumpa kat belakang kebun sawit tok ayah tue. masa ni mama kena jaga diri tak boleh lasak2. kakak juga tak boleh main kejar2 atau tolak2 dgn mama tau. nak dukung kemudian pusing2 sampai pening pun tak boleh tau. lepas tue juga mama akan selalu muntah2, pening dan cepat nangis. mama nangis bukan sebab sedih. tapi mama gembira sangat ye sayang…sampai makan jeruk 3, 4 bungkus heheh

selepas itu, dari ‘alaqah’ ia membentuk daging iaitu ‘mudghah’. masa ni ‘adik’ kakak sudah mula berlaku pembentukan otak, saraf tunjang & angota2 lain. jantung adik juga sudah berdegup. dan selepas tujuh minggu ‘adik’ sudah mula boleh bernafas sendiri.

Bila kakak tengok perut mama makin besar, masa ni ‘adik’ kakak dah mula ada tulang & otot. selain itu, perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru dah boleh nampak kalau scan. organ dalaman macam organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. kakak juga dah boleh nampak Kaki dan tangan, mata, telinga dan mulut ‘adik’. ini dipanggil ‘izam’ dan ‘lahm’. 

lepas tue ‘adik’ kakak akan makin membesar dan kakak boleh nampak bila tengok perut mama & seluruh fizikal mama turut membesar. tue namanya mama bagi sokongan membesar pada adik heheh. kalau adik je besar mama tak besar nanti tak balance ye tak. mama tak cantik pun tak pe. yg penting anak mama sihat. masa ni ‘adik’ dah jadi janin yang dipanggil ‘nasy’ah khalqan akhar’. tulang dah lengkap dan kuku juga mula tumbuh. 

bila ‘adik’ dah cukup sifat, Allah akan meniupkan roh ke dalam jasad ‘adik’ dan adik akan mula bergerak. proses ini dipanggil ‘nafkhur-ruh’. kakak ingat tak dulu masa adik irsyad dlm perut mama. bila kakak pegang perut mama, adik akak gerak dan tendang perut mama. masa tue adik irsyad dah ditiupkan roh dan berhubung terus dengan Allah yang menciptakan ‘adik’ dalam perut mama. masa nie kakak boleh bercakap dengan ‘adik’. insha allah adik akan dengar. mama juga akan mula baca buku ilmiah, pasang earphone kat perut masa kerja, driving atau masa nak tido. kalau mama rajin, mama selongkar balik stor cari buku IQ test mama dulu atau jawab soalan math yg senang2 je. kalau mama rajin ye sayang….

bila adik dah makin membesar dalam tujuh bulan, kakak dah boleh tau ‘adik’ boy ke girl. tapi kalau ‘adik’ yg kali nie malu juga, mungkin kakak tak dapatlah tengok ‘adik’ boy ke girl macam adik irsyad dulu. sampai ke sudah mama & baba tak tau boy ke girl. sebab tue irsyad slalu pakai baju pink masa baby dulu. tapi tak pe, bila tak tau seronak gak coz bila keluar je…surprise !!!!…hehe cam adik irsyad dulu sampai baba terjerit kat dalam labour room bila tau baby boy.

then, kita juga akan sibuk shopping beli baju bayi yg comel2. tapi memandangkan adik no. 3 maka mungkin banyak recycle je kot..mama & baba juga akan buat kenduri doa selamat kat kampong supaya mama & ‘adik’ selamat masa proses bersalin nanti. proses melahirkan ini mama akan terangkan detail masa kakak nak akil baligh nanti ye. tapi kakak jangan takut, ini adalah anugerah Allah pada wanita sahaja yg pahalanya sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah dan apabila melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

memang tidak dapat mama gambarkan sakit melahirkan ‘adik’ kakak nanti. bagaimanapun, mama menghadapinya dengan kuat demi ‘hadiah’ untuk baba yg sentiasa disisi mama sehingga mama selamat melahirkan, kakak & adik irsyad. mama juga akan ingat ganjaran yg Allah sediakan untuk mama walau apapun yg terjadi.

apabila lahirnya zuriat mama, segala kesakitan mama tadi hilang dibawa angin lalu. dan baba akan azan & iqamat kan ‘adik’ bagi mengingatkan kembali perjanjian dgn Allah semasa di alam rahim. maka, tertunailah impian kakak…

tapi …………hehehe

itu semua coming soon ye sayang…

mama tunggu irsyad besar skit lagi. adik boy kakak nie lasak sangat. baru 1 tahun hari tue dah panjat sofa nak terjun ke bawah. nak putus rasa urat jantung mama.

ape-ape pun, macam mama selalu pesan….selalulah berdoa ye sayang moga kakak dapat ‘adik’ girl yg kakak impikan, insha allah.

** amboi baba, kenyit2 mata nampak !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan