Rabu, 23 Februari 2011

kuih pau…tanpa SKII

salam,

tajuk tak boleh blah kan....

ptg yg sejuk hari cuti yg lalu entah kenapa tetiba saya jadi rajin. so, memandangkan saya dah beli tepung pau berkurun lamanya. inti kacang merah pun dah buat zaman silam nan lalu--nie menunjukkan betapa lamanya saya nak memulakan projek pau nie !

memandangkan semua bahan dah ada dan yg paling penting sekali sifat rajin saya dah dtg, terus saya godek-godek tepung buat pau. kakak & adik pulak layan youtube kat laptop. boleh mama duduk dapur ngan aman sekali.

dan ini la hasilnya..

nie namanya kuih pau kulit menggerutu. maklum la pakai brand safi je. SK II mahal sangat dikk ! tetiba lak kan ...

nie first time saya buat. resipi kuih pau nie korang goggle la sendiri ye. melambak kat internet tue. walaupun kulit kuih pau saya nie macam pompuan umo 60 tahun tak de cucuk botox, tapi boleh tahan lembut isinya tau. cuma kena makan pepanas je la. ini kalau mak saya tengok kuih pau saya nie, nangis org tua tue agaknya. nape la anak aku tak pass pass lagi buat kuih pau yg pejam mata pun boleh buat ! hiksss....

intinya saya buat tiga...class gitu. macam kat kedai lak. saya guna inti kacang merah yang dah pun buat zaman silam nan lalu, inti kelapa yg disponsor oleh mak saya masa balik palong hari tue dgn inti kaya yg memang dah siap dlm botol beli kat kedai. nak tandakan inti2 tue saya buat dot tuk kaya, pangkah silang tuk inti kelapa & kosong utk inti kacang sebab saya tak de pewarna kat umah. yg ada cuma sirap je.... lepas masak saya lupa inti apa yg saya tandakan !
wassalam.

* teringat masa buat projek UPSI kat tg malim dulu. asal ptg je, mesti gie minum ptg dgn makan pau kat kedai pau yg famous kat tg malim dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan