Khamis, 18 November 2010

Malam raya Aidiladha…di Bandar Saujana Putra


salam,

tue la…dulu mak ajar masak sibuk dgn buku, kengkawan, aktiviti ko-ko, sekarang…uuhwaaa padan muka !!!

ini kali pertama saya beraya di perantauan (macam jauh sangat !). cehh…ayat membelah jiwa. kesat air mata jap. actually kali pertama beraya dgn family sendiri mean hubby & anak2. kelam-kabut saya dibuatnya. hubby nak ajak jiran terdekat dgn family je. kebetulan esok raya jatuh hari lahir saya.  

isnin saya dah sediakan jadual perancangan (kata planner kan!) menu utk mlm raya & pagi raya. dah cari resipi terhebat di alam maya (internet). cehh…sampai sengkuang sapu sos rojak tabur kacang tanah tumbuk pun pakai resipi hiks! apakah ?? so, mlm tue pegi pasar mlm puchong perdana beli bahan2 utk prepare masak. saya tak nak last minit takut tak sempat. dah la masak saya sorang. jadi sotong saya nanti. irsyad first time pegi pasar mlm, bukan main seronok dia tengok banyak mainan bebudak.

selasa hubby cuti & saya half day. pergi beli barang skit lagi then pegi makan. sampai rumah pun dah pukul 4 hujan pula lebat sesangat. hubby kemas rumah saya memasak. thanks hubby coz membantu isterimu yg terkial2 nie. Tapi tuhan nak uji kesabaran saya petang hari mantai (bahasa nogori nie) tue, boleh pulak tengah syok layan masak bihun goreng gas habiss !! huwaaa…..hujan lebat plak tu kat luar. Gigih kami laki bini angkut tong gas bawa pegi kedai.

so, inilah hidangan mlm raya…


puding jagung - buat sendiri ye..


 kek marble - made in giant hypermarket

beehun 1 malaysia - nama vouge rasa ontah la....

 Teh tarik & sunquick

budget utk 15-20 tetamu

sebenarnya tempat kami ada takbir rumah ke rumah. jadi saya sediakan juadah tu untuk tetamu. rumah kami adalah rumah yg ke dua. sebelum tue kemas sikit rumah and of course resipi semua kena sorok. hehe..malu la.

hubby balik umah jap bagi tau tetamu dlm 40 org. ahh…sudah. panic acik !. hidangan tue utk anggaran 15 org je coz hubby cakap mungkin bagi 2 group. tapi semua jalan serentak. saya tawakal je la bila tetamu bagi salam masuk rumah.

 ini la jiran2 kami

 sepakat membawa berkat..

 bersatu kita teguh..

sape abg long nie ekk ? senyum maniss je...

saya duduk dapur je. segan nak kuar sume lelaki. hubby je yg layan.

Alhamdulillah, cukup malah berlebih lagi. Cuma air teh susu je tak cukup. saya tambah lagi satu jug besar. Ada sorang adik nie, masuk dapur. saya tanya la duk kat jln mana dik ? dia jawab PJS 7/2 kak. puas la saya fikir sampai berkerut dahi, kat topaz ke ? bukan kak. kat sapphire ? tak kak. kat pj sana kak !. bertuah budak tue. penat saya fikir sampai ingat ada taman baru bukak kat bsp nie.

Walau apapun, saya sangat gembira dgn tetamu yg datang dan bertakbir di rumah saya sendiri. first time tau. rasa berseri rumah. Macam yg saya cakap dulu, setiap tetamu yg datang sebenarnya membawa keberkatan dan rezeki terhadap tuan rumah tersebut. dapat pahala jika kita melayan dan mengembirakan tetamu yg datang ke rumah.

pukul 11 hubby balik umah. tak joint takbir kat taman topaz. jadi kami pun memulakan operasi masak memasak. cian anak2 pening tengok dapur bersepah. ye la biasanya sume beli kat luar makan je kat umah. mlm tue cuma masak kuah racang, rebus nasi impit dgn buat rendang. saya tak biasa masak banyak, so kena buat dua kuali. satu kuali hubby jaga satu saya jaga.

abg, apsal warna, rasa & bau tak sama ekk ??

menunggu rendang kering, pukul 3 pagi baru kami tidur.

wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan