Jumaat, 26 November 2010

Ambil la semuanya..


Salam,



kakak batrisyia sangat sensitive, mudah sentap & tersentuh.

semalam kami layan drama ‘Mencari Syurga’ kat channel oasis. kalau dah Rashid sibir yg buat drama, mesti nitik2 air mata. kisahnya pasal suami beristeri 3 (fauziah nawi, norlia ghani, ellie suriaty) susunan bini tua ke bini muda ye. tapi biasalah, typical malay story bini muda mesti jahat. ellie nie jadi jahat sebab dia rasa bini pertama (fauziah nawi) yg buat dia keguguran ketika hamil. dia nak balas dendam, halau fauziah nie kuar rumah, hasut suami serah harta pada dia. babak dia buat nasi kangkang utk suaminya menjadi betul. saya sendiri takut nak tengok.

so, bila buat jahat pasti ada pembalasannya. muka & seluruh badan ellie luka & bernanah. time nie kakak batrisyia sangat takut. bukan niat saya nak menakut-nakut kan dia. tapi, bila saya nasihatkan dia dan bagi tau ada pembalasan setiap yg kita lakukan batrisyia cuma anggap main2 je. nie saya tunjukkan bukti walaupun cuma drama je. lastly kakak batrisyia cakap,

‘mama, ambil la semua duit kakak dan mainan kakak. kakak tak nak semua tue. ambil la mama. kakak tak kedekut. pisang atas meja tue pun mama boleh makan ye’

hahaha…time nie saya nak gelak. tapi tengok muka dia serius saya tahan je. macam kaya beno kakak nie cakap. tang pisang atas meja tue saya tak boleh tahan…ooo nak makan pisang atas meja tue pun kena minta izin kakak ye ?

wassalam

* tv / internet / radio memberi pengaruh besar dlm pembesaran kanak2. beware….





Tiada ulasan:

Catat Ulasan