Selasa, 30 November 2010

TV Al-hijrah

Salam,

Tahukah anda kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ada membuat pelaburan bagi membiayai TV Al-Hijrah yang dikendalikan oleh syarikat Al-Hijrah Media Corporation. Yupss…dlm keadaan penyakit sosial di Malaysia yg semakin parah ini ada juga usaha dari pihak kerajaan untuk menyeimbangkan kembali lambakan hiburan barat di kaca tv Malaysia.

TV Alhijrah yg bakal beroperasi di di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur adalah siaran tempatan pertama yang bercirikan Islam.

TV Al-Hijrah yang memulakan siarannya pada 1 November lalu dan akan menemui semua penonton pada 7 Disember (1 Hijrah) ini bakal beroperasi pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari Isnin hingga Khamis manakala siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bakal bersiaran pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Frekuensinya adalah seperti berikut,

1.      Lembah Klang – siaran CH55, frekuensi 743.25 MHZ
2.      Pantai Timur – siaran CH41, frekuensi 631.25 MHZ
3.      Johor – siaran CH40, frekuensi 623.25 MHZ
4.      Sarawak – siaran CH37, frekuensi 599.25 MHZ
5.      Sabah – siaran CH37, frekuensi 599.25 MHZ

Bagi pelanggan astro, tak payah tekan2 remote dulu sebab TV Al-Hijrah kini sedang dalam perundingan dengan pihak Astro bagi mendapatkan sebuah saluran dalam platform Astro. Belum confirm lagi. Insha Allah dijangka Disember ini akan dimuatkan di dalam siaran astro.

Syabas dan tahniah di atas usaha ini. semoga ia dapat menarik kembali para remaja & dewasa kita kini yg semakin hanyut.

Wassalam

Sabtu, 27 November 2010

hadiah buzday in advance…I likeee !

salam,

Nie cite lama berkurun nak lampau…heheh….sebenarnya sebelum birthday saya lagi hubby ada belikan something. saya tak tau pun, balik kerja naik bilik tengok ada barang. masa tue seronok dah. tapi control je…bila hubby tanya mama nampak tak ada barang dlm bilik ? saya buat muka pura2 tanya barang apa ? padahal…tak sabar nak tengok.. nie la bendanya….




















jom la kita bersauna-saunaan

terima kasih sayang. luv u bebanyak la….muahhhss

wassalam

* maksud tersirat di sebalik hadiah sume nie….saya dah gemuk ye bang..!!! huwaaa….
* apsal ye, saya rasa cam present nie dapat balik kat abg je…cam set ogawa arie tue ??

Jumaat, 26 November 2010

Ambil la semuanya..


Salam,



kakak batrisyia sangat sensitive, mudah sentap & tersentuh.

semalam kami layan drama ‘Mencari Syurga’ kat channel oasis. kalau dah Rashid sibir yg buat drama, mesti nitik2 air mata. kisahnya pasal suami beristeri 3 (fauziah nawi, norlia ghani, ellie suriaty) susunan bini tua ke bini muda ye. tapi biasalah, typical malay story bini muda mesti jahat. ellie nie jadi jahat sebab dia rasa bini pertama (fauziah nawi) yg buat dia keguguran ketika hamil. dia nak balas dendam, halau fauziah nie kuar rumah, hasut suami serah harta pada dia. babak dia buat nasi kangkang utk suaminya menjadi betul. saya sendiri takut nak tengok.

so, bila buat jahat pasti ada pembalasannya. muka & seluruh badan ellie luka & bernanah. time nie kakak batrisyia sangat takut. bukan niat saya nak menakut-nakut kan dia. tapi, bila saya nasihatkan dia dan bagi tau ada pembalasan setiap yg kita lakukan batrisyia cuma anggap main2 je. nie saya tunjukkan bukti walaupun cuma drama je. lastly kakak batrisyia cakap,

‘mama, ambil la semua duit kakak dan mainan kakak. kakak tak nak semua tue. ambil la mama. kakak tak kedekut. pisang atas meja tue pun mama boleh makan ye’

hahaha…time nie saya nak gelak. tapi tengok muka dia serius saya tahan je. macam kaya beno kakak nie cakap. tang pisang atas meja tue saya tak boleh tahan…ooo nak makan pisang atas meja tue pun kena minta izin kakak ye ?

wassalam

* tv / internet / radio memberi pengaruh besar dlm pembesaran kanak2. beware….





Selasa, 23 November 2010

Hidup mati kita bersama…

Salam,

pagi tadi saya ikut jalan shortcut (lari dari tol) puchong intan terus keluar kat traffic light simpang empat puchong perdana. memang jauh saya dari exit putra height ke bandar puteri boleh je terus direct tapi kena tol la. dah company saya sponsor petrol je, tol tak sponsor maka walaupun jauh skit makan petrol tak pe. petrol free.

On the way kat puchong intan tue , satu peristiwa yg menyayat hari berlaku depan saya. Seekor kucing mati digilis kereta / lori / van kat tepi jalan. tapi yg buat saya sentap coz ada seekor kucing duduk kat sebelah kucing yg mati tue. kucing tue tetap tak beranjak biar pun kenderaan lain lalu kat situ. mungkin kucing tue adalah pasangan kepada kucing yg mati tue coz saiz mereka sama.


saya agak terkejut dan terpaksa membrekkan kereta. mujur kereta belakang tak hentam kereta saya. saya hon supaya kucing yg hidup tue ke tepi lagi takut dia juga akan jadi mangsa nanti coz laluan tersebut sempit dan kalau lori besar lalu pun ngam2 je. tapi dia tetap duduk situ. tak sampai hati nak tinggalkan pasangannya agaknya. sedih tengok haiwan pun ada perasaan juga tak macam sesetengah manusia yg bersifat lebih dari haiwan itu sendiri.

saya terpaksa meninggalkan kucing di tepi jalan tersebut memandangkan kereta kat belakang dah jammed. siapalah tuannya ? apalah nasibnya ? semoga kucing itu mendapat pembelaaan sewajarnya walaupun dia cuma haiwan jalanan..

wassalam

* kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W
* kepada kancil putih belakang saya tadi, bukan saya langgar kucing tue tau. saya cuma terkejut je ternampak kucing yg dah mati tue.

Ahad, 21 November 2010

Kek birthday tertunda


Salam,

Lepas 3 hari saya menjadi semakin tuo (30-an), hubby belikan kek bzday sempena menyambut hari ketuaan saya (peringatan utk diri sendiri nie !).




Korang perasan tak atas kek tue tulis apa ? meh saya translatekan dgn lebih besar lagi ye…

‘ HAPPY BIRTHDAY 30TH YOUR ANNIVERSARY ‘

Apakah ???? Nie bebudak king’s tu le punye keje. lain org suruh tulis lain yg dia buat. ko main bantai je dik kan ? tapi kami malas nak tunggu, kitorang pun bantai je la…hahaha.

wassalam.

* abg, saya nak handbag gak. handbag pasar mlm yg seketul rm10 tue pun tak pe ! I maintenance murah je….

Sabtu, 20 November 2010

Al-kefenatan la…

Salam,

pepagi dah bersiap nak gie keje. sidai baju dulu. adik pula bangun ekk ekk. mandikan dia dulu. kakak pula bangun, mandikan kakak pula. adik & kakak nak breakfast lak. buat breakfast dulu. tengok jam dah pukul 10.30 am.

call office ambik emergency half day.

tengah hari, bebudak lapar. masak dulu bagi makan. tengok jam….emmm…last2 tukar baju keje ganti baju biasa terus ambik full day leave. sorgaaa….

Penat ke malas ?

wassalam

Jumaat, 19 November 2010

selamat datang ke dunia fana ini…Aleesya Syaqeera Ariana Binti Ali Hanafiah

Salam,

ahad lepas pepagi semalam hubby dah kuar menunggang kuda basikal.

so, saya dan anak2 termenung mengenang nasib. hikkss…ayat nak menikam jiwa namanye nie.

check hp tengok ada mms gamba baby. boleh saya mengong pepagi tue mengomel sorang diri tertanya sape la hantar gamba baby pepagi buta nie. sorry la angah…lufe la pulak. pada hal sebelum tue dua hari skali call angah tanya bila baby nak kuar. excited je lebih..

tengahari tue gerak gie HUKM tengok baby angah. sampai dah dekat pukul 3 ptg dgn tak lunch lagi, hujan lebat pulak tue. bunyi macam jauh je kan ?? dah kuar umah pukul 2 lebih harus la sampai pukul 3!. hikks 

mak, ija’s family, angah dah ada kat HUKM & family ayu juga. pic cucu family saya yg no. 8 x de coz ambil guna hp cap ayam je. tak leh nak transfer ke pc. camera lak battery kong (nape abg tak ajar saya cam ner nak beli battery yg betul. kan dah membazir duit je..) nanti dah ada pic saya letak kat sini ye..

Actually angah nak letak nama Aleesya Syaqeera je. Tapi mak lang & pak lang dia nie sesaja racun ayah si aleesya nie pegi tukar nama letak Aleesya Ariana. so, tadi dapat mms dari angah pic si aleesya & declare nama penuh dia :-

ALEESYA SYAQEERA ARIANA BT ALI HANAFIAH

haa…ambik ko. penuh borang pendaftaran kelahiran tue nanti.

Angah, nie ada pesanan penaja dari mak kat kg :-

APO PANJANG BONA NAMO DI LOTAK EH. TAK TERBAWA KEK BUDAK TUE NANTI DO. SOK, MENANGIS YO NANTI.

Panjang la ngah namanye. kitorang saje je nak bagi idea. tak sangka lak angah ambik serius. lepas nie aleesya leh jadi anak mak lang la ye coz nama mak lang yg bagi. tang ariana tue je ekk..lenlain ayah & ibu yg bagi.

Info utk angah, nama Aleesya tu maksudnya protected by god dan Ariana tu pulak maksudnya full of life. Makna Syaqeera tu apa ye ngah ? tak jumpa la tadi.

Untuk angah & ayu, alhamdulillah semuanya telah selamat. tahniah dan selamat berjaga mlm ye…hikks..seronok ape jaga mlm nie..

wassalam

* angah, hadiah utk baby kek palong la yo…
* wad bersalin HUKM tiada disediakan perkhidmatan pemanas air di dalam toilet ?? musykil…

Khamis, 18 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha, selamat hari lahir

Salam,

Cite hari lahir saya & hari raya aidiladha.

pepagi dah bangun masak kuah mee jawa yg tak berapa nak jawa & buat triffle 3 bekas.

so, inilah menu di pagi raya.

 mee jawa / rebus (x tau mana satu coz nak masak mee nie 3 resipi saya guna), brownies & sherperd pai (ija bawa)

 kek marble, nasi impit, kuah kacang, triffle & rendang ayam

 rendang ayam

 kuah kacang

kuah mee jawa / rebus

 kuih raya aidiladha yg sempat buat - popiah serunding

sebenarnya saya sentap coz hubby lupa nak wish birthday kat saya. tapi sebab smlm dia tolong jaga rendang satu kuali & tido lewat so boleh la dimaafkan. dia wish pun dah petang.

tetamu yg pertama sekali sampai ija’s family. ija bawa brownies & shepherd pie. dia dah tempah sesiap. kalau ko masak sendiri, memang tabik spring la ja. then, tetamu jejiran dekat2 umah je. rupanya kak susi depan rumah nie pernah satu office dgn hubby ija si amin. Alahai…kecik je dunia nie rupanya. Jgn tanya mana pic jiran2 saya. saya bukan blogger tegar. kang saya snap pic jiran2 saya sume tobat tak nak datang umah saya lagi !

Malam, family along sampai. Batrisyia dapat kawan, apalagi lupa diri kejap dia. lupa pulak nak snap pic zaid yg dah makin membesar. Dekat pukul 10 mlm family hubby lak yg sampai. Mizi, niah, adik, kerry & anak2nya.

nie la anak2 kerry. bukan yg kat luar tue ye, tue anak saya ngan anak kak long. anak kerry yg dlm sangkar tue. Geram !! rasa macam nak picit je...

Kami masuk tido dekat pukul 1 pagi. Rasa macam tak der kaki & tangan dah. hubby kata tobat la lepas nie nak masak sendiri…lain kali pakai catering la…

Ye ke tobat ?? memang letih tapi saya puas & suka. Bukan senang nak main masak2 tengah malam berdua bersama hubby dgn penuh kasih sayang gitu ! hikss…daaaaaa

Wassalam

* selamat hari raya korban semua. apakah pengorbanan anda untuk agama, bangsa & negara ?
* hadiah birthday ? syyhhhhhh……!!!
* good bye 2…welcome 3…..acik dah tuo !

Malam raya Aidiladha…di Bandar Saujana Putra


salam,

tue la…dulu mak ajar masak sibuk dgn buku, kengkawan, aktiviti ko-ko, sekarang…uuhwaaa padan muka !!!

ini kali pertama saya beraya di perantauan (macam jauh sangat !). cehh…ayat membelah jiwa. kesat air mata jap. actually kali pertama beraya dgn family sendiri mean hubby & anak2. kelam-kabut saya dibuatnya. hubby nak ajak jiran terdekat dgn family je. kebetulan esok raya jatuh hari lahir saya.  

isnin saya dah sediakan jadual perancangan (kata planner kan!) menu utk mlm raya & pagi raya. dah cari resipi terhebat di alam maya (internet). cehh…sampai sengkuang sapu sos rojak tabur kacang tanah tumbuk pun pakai resipi hiks! apakah ?? so, mlm tue pegi pasar mlm puchong perdana beli bahan2 utk prepare masak. saya tak nak last minit takut tak sempat. dah la masak saya sorang. jadi sotong saya nanti. irsyad first time pegi pasar mlm, bukan main seronok dia tengok banyak mainan bebudak.

selasa hubby cuti & saya half day. pergi beli barang skit lagi then pegi makan. sampai rumah pun dah pukul 4 hujan pula lebat sesangat. hubby kemas rumah saya memasak. thanks hubby coz membantu isterimu yg terkial2 nie. Tapi tuhan nak uji kesabaran saya petang hari mantai (bahasa nogori nie) tue, boleh pulak tengah syok layan masak bihun goreng gas habiss !! huwaaa…..hujan lebat plak tu kat luar. Gigih kami laki bini angkut tong gas bawa pegi kedai.

so, inilah hidangan mlm raya…


puding jagung - buat sendiri ye..


 kek marble - made in giant hypermarket

beehun 1 malaysia - nama vouge rasa ontah la....

 Teh tarik & sunquick

budget utk 15-20 tetamu

sebenarnya tempat kami ada takbir rumah ke rumah. jadi saya sediakan juadah tu untuk tetamu. rumah kami adalah rumah yg ke dua. sebelum tue kemas sikit rumah and of course resipi semua kena sorok. hehe..malu la.

hubby balik umah jap bagi tau tetamu dlm 40 org. ahh…sudah. panic acik !. hidangan tue utk anggaran 15 org je coz hubby cakap mungkin bagi 2 group. tapi semua jalan serentak. saya tawakal je la bila tetamu bagi salam masuk rumah.

 ini la jiran2 kami

 sepakat membawa berkat..

 bersatu kita teguh..

sape abg long nie ekk ? senyum maniss je...

saya duduk dapur je. segan nak kuar sume lelaki. hubby je yg layan.

Alhamdulillah, cukup malah berlebih lagi. Cuma air teh susu je tak cukup. saya tambah lagi satu jug besar. Ada sorang adik nie, masuk dapur. saya tanya la duk kat jln mana dik ? dia jawab PJS 7/2 kak. puas la saya fikir sampai berkerut dahi, kat topaz ke ? bukan kak. kat sapphire ? tak kak. kat pj sana kak !. bertuah budak tue. penat saya fikir sampai ingat ada taman baru bukak kat bsp nie.

Walau apapun, saya sangat gembira dgn tetamu yg datang dan bertakbir di rumah saya sendiri. first time tau. rasa berseri rumah. Macam yg saya cakap dulu, setiap tetamu yg datang sebenarnya membawa keberkatan dan rezeki terhadap tuan rumah tersebut. dapat pahala jika kita melayan dan mengembirakan tetamu yg datang ke rumah.

pukul 11 hubby balik umah. tak joint takbir kat taman topaz. jadi kami pun memulakan operasi masak memasak. cian anak2 pening tengok dapur bersepah. ye la biasanya sume beli kat luar makan je kat umah. mlm tue cuma masak kuah racang, rebus nasi impit dgn buat rendang. saya tak biasa masak banyak, so kena buat dua kuali. satu kuali hubby jaga satu saya jaga.

abg, apsal warna, rasa & bau tak sama ekk ??

menunggu rendang kering, pukul 3 pagi baru kami tidur.

wassalam


Isnin, 15 November 2010

hobi baru hubby…

Salam,

apakah perasaan anda bila org lain bangun pagi rilek baca paper, lepak tengok tv, breakfast dgn family tapi anda terkocoh2 bersiap untuk ke office ??

1. rasa nak berhenti keje je…tunggu hutang yg membukit tu jadi rata dulu
2. nak keje ngan govt…banyak kali minta tak pernah dapat…nak kena pakai kabel besar nie
3. nak ambil cuti…cuti pun dah tinggal nyawa2 ikan je nie
4. nak gie office bakar company tue…nie pengganas ke ape ?
5. buat tak tau je….yuppss !! tapi sambil pendam perasaan..hehe

sabtu turn saya keje. tapi coz bos gie oversea saya pun bebuat la cam company tue ana yg punyaa. Ana yg punya tau..bukan saya ! rileks skit sambil clearkan segala neka tuk nenek atas meja nie.

coz bos tak de off course le sharp pukul 1 dah lock pintu bawah office. balik umah leh zzzzzzzz

sampai umah hubby nak kuar lak. katanya jalan2 TENGOK basikal. saya highlight word tengok tue. tapi bila balik dia BELI basikal. nampak tak dua word yg berbeza sama skali. rasanya saya tak salah dengar.

saya TENGOK basikal yang hubby baru BELI. dua perlakuan yg berbeza ye anak2 semua. rasa macam nak gigit2 je tayar basikal tue buat chewing gum. handle basikal tue pulak rasa macam nak buat goreng masak kicap.

tapi depan hubby haruslah senyum. kang jatuh derhaka lak. hubby tengah excited, saya sokong je la hobi baru dia tue…mana tau kot2 leh wakil Malaysia sampai peringkat antarabangsa ke, boleh saya kembang idung kejap. ini namanya berangan tahap langit ketujuh ye.

so, secara automatic basikal pink tue jadi kepunyaan saya la ye bang. kan ? kan ?

pic credit to bandar saujana putra riders


wassalam

* hubby telah men’sound’kan bininye ini. nasib baik hobi abg bawa basikal, kalau hobi suka main snuker, keluar malam poya2, karaeoke, pi dangdut (nie tambah sendiri…) sayang juga yg bising.

* ehem…ehem…kalau abg buat cam tue, bukan setakat bising je…cincang lumat abg saya kerjakan. saya nie keturunan raksasa gorgon tau !!

Jumaat, 12 November 2010

Kalau tido cepat sangat pun susah jugakk

salam,

nie gara2 tidokan irsyad pukul 9.00mlm skali pukul 4.00 pagi dia bangun ajak main.

adoiii…dik, nape la cepat sangat adik bangun nie…esok dah la mama pepagi ada meeting kat melaka. fengsann !!. irsyad sangat aktif. pepagi buta tue dia pegi tarik2 rambut saya, cucuk mata & korek hidung baba dia. bila kami buat donno, dia memanjat tepi katil & lompat2 sambil nyanyi2 lagu bahasa dia. last2, saya bangun turun bawah buat susu irsyad. bila irsyad nampak saya masuk bilik bawa botol susu dia, irsyad dah jerit2 tadah dua2 tangan minta susu tue. lepas saya bagi susu kat irsyad, saya terus fengsann semula. hubby,u take over pulak ye.

hasilnya...

saya asyik menguap masa meeting kat melaka. dah la masa meeting kat site tue hujan turun dgn lebat. dlm kepala asyik ingat selimut & bantal je…huuaaarghh…(bila menguap sila tutup mulut dgn belakang telapak tangan kiri ye supaya setan tak dapat masuk !)

sekian, entry mengantuk !.

ayah chik & memey (yg pemalu…)

salam,

semlm ayah chik & memey (bukan pelakon yg kena tangkap basah tue tau !) tido umah kami. dan seperti biasa umah kami yg bersepah macam belukar tue tetiba je…ting!! jadi padang golf yg cantik. hehehe…kami lakibini memang pandai main silap mata.

actually, ayah chik adalah adik beradik seibu & sebapa dgn arwah ibu hubby saya. kiranya pangkat pakcik & memey adalah sepupu kepada hubby saya. mereka dari kuala rompin, pahang dtg bermalam di umah kami sebab esoknya memey ada interview kat uniten/permata. so, antara umah yg paling dekat nak kesana adalah umah kami.

memula plan hubby ajak makan luar mlm tu sambil tunjukkan ayah chik jln nak kesana dari umah kami. tapi sebab saya sampai umah dlm pukul 6.30 ptg & ayah chik masih belum sampai lagi, so saya plan nak masak. seganla....org dtg jauh2 kita ajak makan luar. dah la ayah chik tak pernah sampai umah kami lagi.

so, dgn sekuat tenaga (cehhh…memasak bukan banyak pakai tenaga pun!) saya menunjukkan skil memasak sambal cencaluk. cencaluk je ??? hahaha…brani nak jamu tetamu nasi dgn sambal cencaluk ? menunya adalah ringkas & padat. Sayur lemak kobis, sambal udang, ikan goreng, nasi, kicap (nie pun nak kena declare ke ?) and sudah semestinya sambal cencaluk. sedap weyy…tuang cencaluk, potong cili padi & bawang kecik pastue perah asam limau…fuhh…terangkat ! ayah chik lalu belakang pun x prasan…hehehe

nak ambil gambar ?? ooo…cannot2. nanti ayah chik pelik lak. ape kenala si bini syawal nie, gambar lauk pauk pun nak ambil. nie mesti kes jarang masak nie. ohh tidak ! saya tak sanggup nak melaluinya walaupun hakikatnya betul..hehehe..(masuk kepala bawah meja…I maluu..) ate..balik keje pun dah pukul 7mlm baru sampai umah. kalau nak masak jawabnya pukul 9 mlm la baru makan. pas tue nak cuci pinggan, bersih dapur bagai dah 9.30 mlm. pukul 10.00 dah masuk tido. bila masanya nak main dgn anak2 ?

saya juga sempat la beramas mesra dgn memey yg pemalue itu. tapi rasanya adiknya lagi pemalu kot. bila dah borak2 tue, actually memey x de la pemalu pun. Cuma dia agak pendiam dgn org yg x biasa sangat (akak pun sama juga la dik…) tapi ayah chik mesra orgnya. mungkin selama nie jarang bersembang lama, jadi mlm tue saya nampak sisi lain seorang ‘ayah chik’ (korang faham tak ayat saya nie ?). oo…kakak juga sangat bising dan petah mlm tue. biasa la kakak, dia sangat suka tetamu dtg ke rumah dan beborak dgnnya.

esoknya, pepagi ayah chik & memey bertolak ke bangi & terus balik pahang. gud luck girl !. semoga berjaya dlm interview tue. insha allah, amin.

to ayah chik & memey, jgn serik2 lagi dtg umah kitorang ekk. maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami. kalau nak dtg kl lagi, singgahlah kat bsp nie ye..

wassalam.

* setiap tetamu yg dtg ke rumah adalah pembawa rezeki & keberkatan di dalam rumah kita. setiap layanan & memuliakan tetamu itu memberi pahala kepada tuan rumah.

*saya suke kalau tetamu nak dtg rumah coz umah kami yg macam kapal karam tue tetiba je jadi kapal cruise walaupun saya ada sentap2 dgn hubby coz dia ngelat nak cuci toilet !

Isnin, 8 November 2010

Lawak Pamela Anderson pulak dah !

salam,

saya suka pak cik nie la. dia suka buat lawak antarabangsa yg x terfikir dek org lain. syabas inspector shahab !

lepas nie lawak antarabangsa apa pulak ye dr. ??

                                    ni la cik pamela anderson tue..

'Perutusan’ Dr Rozmey esok


Oleh Adam Salleh
BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.
Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.
“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.

“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.
Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

“Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama.

“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.


Belum setahun jagung menjadi produser, DDR mulai merasai getirnya tersendiri berbanding bisnes Jus Mate 5.

Sasaran RM40 juta yang dilaungkan itu menjadi persenda segelintir pihak bahkan tidak kurang menyifatkan dia menerbitkan filem tidak serius sekadar untuk ‘test market’ semata-mata.

“Tidak terlintas untuk saya test market dalam filem tetapi mahu membuat transformasi baru untuk penggiat filem mencontohinya. Saya tidak mahu jadi produser beria-ria menyebut setahun nak terbit sepuluh filem, untuk syarikat saya memadailah setahun, kami dapat terbitkan satu filem saja.

“Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti.

“Mengapa kita takut untuk bercakap filem Melayu mensasarkan RM40 juta. Ia samalah ketika PM dulu, Tun Dr Mahathir mahu mendirikan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia, ada yang persenda impiannya itu. Bagi saya apabila impian sudah disemat seperti mahu filem kita cecah RM40 juta, atas daya keringat kitalah untuk direalisasikan. Saya yakin berkat usaha dan doa tidak mustahil ia menjadi realiti,” katanya.

* sumber Harian Metro online.
* susahnyer nak cari pic cik Pamela yg agak bersopan skit. sume pic tertumpu kat tutttt dia tu je.

l maleww….

salam,

di satu petang yg hening….

mama : kakak tolong mama letak baju adik kat belakang tempat baju kotor

kakak : kakak tak nak la..

mama : kenapa pula ?. tolong la mama kakak yang rajin

kakak : kakak tak nak

mama : kenapa ?

kakak : I maleww…..

rasa nak ketawa ke ? atau nak marah ?

Rabu, 3 November 2010

dua alam…..40 juta !

salam,

hari tue 12 juta sekarang 40 juta pulak ?
wahh….saya bukan peminat filem tapi target dr rozmey utk sebuah filem melayu (seram) yg baru kali pertama dihasilkan oleh syarikatnya membuatkan saya terkesima seketika.

adakah dia terlalu berkeyakinan, over confident (ehh…sama je maknanye kan ?) atau terlalu bongkak, sombong & tinggi diri. Atau ini adalah salah satu cara strategi promosi filem era baru (yg memualkan org sekeliling ?).

pada saya tak salah kalau kita merendah diri. apatah lagi kita tidak tahu sepak terajang bidang yg baru diceburi. apa jua bidang mempunyai jalan dan rintangan yg berbeza walaupun penghujungnya tetap sama.

tapi, respek la kat dr. nie. walaupun beribu (ke berjuta coz siap ada facebook I hate dr. rozmey nie) yg mengutuk & membenci dia, dr nie tetap kulit buaya & muka seposen tak peduli semua yg mengutuknya. malah siap up lagi dari 12 juta jadi 40 juta. tue dia, x pernah seumur hidup saya tengok org yg terlalu berkeyakinan sebegini. malah dia boleh mendabik dada lagi. Cuma pesanan saya, apabila kita cuba memanjat impian yg menggunung tinggi jgn lupa tempat berpijak juga semakin terlalu jauh ke bawah. apabila tergelincir jatuh….sape makan pengat sendiri mau ingat

apa pun kita tunggulah 18 november nie untuk tayangan perdananya. nasib baik bukan 17 november. saya tak rela hari lahir saya dicacatkan dengan lawak antarabangsa 40 juta nie !!


# 1 – apsal fesyen rambut dia pelik ekk…kata jutawan
# 2 - sesapa yg nak gie tengok cite nie angkat key board ?