Assalamualaikum,
Bulan Disember adalah bulan cuti. Ramai yg pergi bercuti,
ramai yg buat majlis kahwin, ramai yg pergi bershopping..Y.E.S kan? Bulan disember
ramai yg keluar bonus, meriah !
Bulan Disember juga adalah bulan bagi parents menyediakan
kelengkapan dan keperluan anak sekolah sebelum dibuka Januari nanti.
Saya tak tahu org lain macam mana, tapi kami yg baru pertama
kali mengalami pengalaman ini memang agak kelam kabut skit. Bermula dgn
pendaftaran sekolah, cari van sekolah, daftar sekolah agama sehinggalah
menyediakan keperluan anak. Semua agak blur skit.
Untuk pendaftaran sekolah anak, Alhamdulillah rayuan kami
diterima. Surat
dah dapat dan pendaftaran juga dah dibuat. Van sekolah dah confirm. Sekolah
agama dah ambil form, nanti terus submit & bayar yuran pendaftaran minggu
depan.
Bagi keperluan sekolah pula, kami dah beli masa awal bulan
hari tue. Itupun masih blur nak beli apa, nak berapa pasang. Memang x tahu
apa...kami main ambil je. Kalau muat kakak pakai, masuk dlm trolley. Masa pergi Tesco hari tue, macam-macam jenama
ada. Canggih, Angry Bird dan macam-macam brand lagi. Saya memang x tahu nak
ambil apa. Tengok org ambil tue, saya pun ambil test kat anak. Sudahnya, baru ambil 2 pasang baju dah RM100
lebih. Beg je dah RM60. Fuhh....mahalnya peralatan bebudak sekarang ye...nak
tambah kasut, stocking, tudung memang sorang anak akan budget ratus-ratus juga
utk beli peralatan mereka.
Lama betul brand Pallas nie kan...zaman sayasekolah dulu
sampailah zaman anak saya nak bersekolah
masih ada lagi. Oh, kat Tesco, beli kasut 2 pallas 2 pasang
free botol air tue..
Hari tue, masa balik kg kami pergi pasar ekonomi Rompin.
Murah skit. Beli lagi baju, stocking, tudung senang boleh tukar hari –hari.
Cuma sekarang nak kena cari baju sekolah agama pulak. Sebab hari tue ingat
kalau daftar sekolah agama terus sekali beli uniform kat sana. Tapi kami register sekolah agama yg
lain, so kena beli sendiri la...
Minggu depan, dah nak kena kemas bilik bawah jadi bilik
study kakak batrisyia. Baba dah pasang meja & white board. Saya ingat nak
pasang kipas dinding coz selama nie guna kipas berdiri je. Senang, nanti kakak
balik sekolah ada tempat utk dia simpan beg, buku-buku dan buat homework.
Selain tue, Irsyad juga kami masukkan ke kelas Ya Bunayya.
Dulu hubby memang nak hantar irsyad ke Smart Reader Kids dekat rumah kami nie
memandangkan dia dah nak masuk 4 tahun. Tapi sebab irsyad belum ‘free diapers’
lagi niat tue terkubur je la. Cuma bila taska tempat anak-anak saya nie bagi
tahu ada buka kelas utk kanak-kanak umur 4 tahun kami terus bersetuju. Saya
amat berterima kasih dgn inisiatif Teacher taska Angkasa Kecil utk membimbing
anak-anak petah ini. Yuran kemasukan lebih kurang sama macam kakak batrisyia
register Krista Kindergarten dulu.
Walaupun persediaan persekolahan belum 100% lagi, masih ada
2 minggu utk kami menyediakan keperluan tersebut. Cuma, sebenarnya saya lebih
risaukan persediaan anak saya sendiri. Kali pertama utk melepaskan anak saya
belajar berdikari di sekolah, balik menaiki van sekolah, ptg ke sekolah agama
pula, mlm nak siapkan homework...saya harap kakak Batrisyia kuat semangat dan
seronok nanti.
Untuk anak-anak, mama & baba akan sedaya upaya
menyediakan keperluan untuk kamu menuntut ilmu nanti. Biar bersusah payah, yg
penting anak-anak mama & baba selesa. Tiada lain yg mama & baba
harapkan melainkan kejayaan anak-anak. Semoga anak-anak mama menjadi manusia yg
berjaya di dunia & akhirat..Aminn.
Wassalam.
* Teringat sahabat saya di hospital dulu. Dia ada
6 anak. Setiap kali nak buka sekolah, dia akan buat pinjaman dari saudara mara
dan kengkawan utk beli keperluan anak-anak sebab gaji & bonus kerajaan x
cukup untuk tampung perbelanjaan keperluan anak-anak dia...semoga Allah
murahkan rezeki dia..Aminn
Assalammualikum,Salam perkenalan, saya rosnita. Saya sedang mencari banglo untuk buat family gathering. Saya google banglo ada swimming pool, so terjumpa blog awak bermalam di banglo ancasa hotel PD. Boleh beri saya maklumat macamana nk booking banglo tu, coz yg dah pergi website ancasa hotel, tp semuanya bilik and apartment. Tak jumpa plak maklumat pasal banglo berswimming pool ni.
BalasPadamTerima kasih