Jumaat, 21 Disember 2012

Persiapan sekolah anak...




Assalamualaikum,

Bulan Disember adalah bulan cuti. Ramai yg pergi bercuti, ramai yg buat majlis kahwin, ramai yg pergi bershopping..Y.E.S kan? Bulan disember ramai yg keluar bonus, meriah !

Bulan Disember juga adalah bulan bagi parents menyediakan kelengkapan dan keperluan anak sekolah sebelum dibuka Januari nanti.

Saya tak tahu org lain macam mana, tapi kami yg baru pertama kali mengalami pengalaman ini memang agak kelam kabut skit. Bermula dgn pendaftaran sekolah, cari van sekolah, daftar sekolah agama sehinggalah menyediakan keperluan anak. Semua agak blur skit.

Untuk pendaftaran sekolah anak, Alhamdulillah rayuan kami diterima. Surat dah dapat dan pendaftaran juga dah dibuat. Van sekolah dah confirm. Sekolah agama dah ambil form, nanti terus submit & bayar yuran pendaftaran minggu depan.

Bagi keperluan sekolah pula, kami dah beli masa awal bulan hari tue. Itupun masih blur nak beli apa, nak berapa pasang. Memang x tahu apa...kami main ambil je. Kalau muat kakak pakai, masuk dlm trolley.  Masa pergi Tesco hari tue, macam-macam jenama ada. Canggih, Angry Bird dan macam-macam brand lagi. Saya memang x tahu nak ambil apa. Tengok org ambil tue, saya pun ambil test kat anak.  Sudahnya, baru ambil 2 pasang baju dah RM100 lebih. Beg je dah RM60. Fuhh....mahalnya peralatan bebudak sekarang ye...nak tambah kasut, stocking, tudung memang sorang anak akan budget ratus-ratus juga utk beli peralatan mereka.



Lama betul brand Pallas nie kan...zaman sayasekolah dulu
sampailah zaman anak saya nak bersekolah
masih ada lagi. Oh, kat Tesco, beli kasut 2 pallas 2 pasang 
free botol air tue..

Hari tue, masa balik kg kami pergi pasar ekonomi Rompin. Murah skit. Beli lagi baju, stocking, tudung senang boleh tukar hari –hari. Cuma sekarang nak kena cari baju sekolah agama pulak. Sebab hari tue ingat kalau daftar sekolah agama terus sekali beli uniform kat sana. Tapi kami register sekolah agama yg lain, so kena beli sendiri la...

Minggu depan, dah nak kena kemas bilik bawah jadi bilik study kakak batrisyia. Baba dah pasang meja & white board. Saya ingat nak pasang kipas dinding coz selama nie guna kipas berdiri je. Senang, nanti kakak balik sekolah ada tempat utk dia simpan beg, buku-buku dan buat homework.

Selain tue, Irsyad juga kami masukkan ke kelas Ya Bunayya. Dulu hubby memang nak hantar irsyad ke Smart Reader Kids dekat rumah kami nie memandangkan dia dah nak masuk 4 tahun. Tapi sebab irsyad belum ‘free diapers’ lagi niat tue terkubur je la. Cuma bila taska tempat anak-anak saya nie bagi tahu ada buka kelas utk kanak-kanak umur 4 tahun kami terus bersetuju. Saya amat berterima kasih dgn inisiatif Teacher taska Angkasa Kecil utk membimbing anak-anak petah ini. Yuran kemasukan lebih kurang sama macam kakak batrisyia register Krista Kindergarten dulu.

Walaupun persediaan persekolahan belum 100% lagi, masih ada 2 minggu utk kami menyediakan keperluan tersebut. Cuma, sebenarnya saya lebih risaukan persediaan anak saya sendiri. Kali pertama utk melepaskan anak saya belajar berdikari di sekolah, balik menaiki van sekolah, ptg ke sekolah agama pula, mlm nak siapkan homework...saya harap kakak Batrisyia kuat semangat dan seronok nanti.

Untuk anak-anak, mama & baba akan sedaya upaya menyediakan keperluan untuk kamu menuntut ilmu nanti. Biar bersusah payah, yg penting anak-anak mama & baba selesa. Tiada lain yg mama & baba harapkan melainkan kejayaan anak-anak. Semoga anak-anak mama menjadi manusia yg berjaya  di dunia & akhirat..Aminn.

Wassalam.

*   Teringat sahabat saya di hospital dulu. Dia ada 6 anak. Setiap kali nak buka sekolah, dia akan buat pinjaman dari saudara mara dan kengkawan utk beli keperluan anak-anak sebab gaji & bonus kerajaan x cukup untuk tampung perbelanjaan keperluan anak-anak dia...semoga Allah murahkan rezeki dia..Aminn

Khamis, 20 Disember 2012

Tetiba saya tersedar.....




Assalamualaikum,

Lamanya x bersiaran. Sangat banyak entry tertunggak. Semuanya duduk dlm draf folder. Rasanya kalau sehari dua nie saya free, insya allah saya akan buat marathon habiskan entry tertunggak tue. Terutamanya entry trip ke Terengganu Kelantan. Kalau tak, entry tue x publish lagi minggu nie dah nak bercuti lagi. Nanti penuh pulak draf folder tue. Kena publish juga sebagai kenangan utk anak-anak saya nanti.

Ok, nie nak cerita lepas balik bercuti pantai timur hari tue bersambung pulak sakan makan macam-macam makanan x berkhasiat akibatnya berat saya pertama kalinya cecah angka 60kg. Bukan 60 tapi lebih dari itu. Terkejut makk !! Pitam !!

Actually, sebelum nie dah banyak sign yg saya dah gemuk. 1st separuh baju dlm wardrobe saya dah x muat pakai. Separuh lagi tue, boleh pakai tapi zip separuh jalan je. Ada yg langsung x boleh zip ! Seluar jeans & slack, jgn cerita la. Kena tarik nafas panjang-panjang dulu baru boleh masuk. Itu pun zip separuh je. Nak butang, jgn haraplah.  80% dari jeans & slack saya dah x muat. Muat masuk sampai lutut je. Nak sarung tang peha..FAIL ! Last sekali, saya cari balik seluar pregnant saya dan pakai. Fuh ! lega je rasa perut....

Selain itu, saya sangat lesu, malas, berat punggung jgn cerita la...dok asyik minta tolong kakak ambilkan susu adik, tuala kat bilik atas & macam-macam  lagi la sampai anak saya makin kurus saya pulak mama pemalas nie makin gemuk !

Walaupun macam tue saya masih x sedar diri. Saya tengok dlm cermin saya masih lagi kurus macam muda-muda dulu. Dan saya yakinkan diri penimbang saya tue battery weak. Sebab tue ambil bacaan x betul !

Sehingga lah masa saya tengok balik foto percutian saya ke pantai timur hari tue, ada satu gambar dari sisi kiri yg Nampak saya sangat gemuk. OMG ! PERUT AKU KE TUE ? MACAM POMPUAN PREGNANT 5 BULAN ! terus insaf time tue. Bila tengok balik cermin, baru nampak memang perut saya macam pregnant 7 bulan dah ! Pitam sekali lagi !!

Lepas sedar dari pitam (ok nie tipu je !), Saya cuba berfikir secara waras. Saya ada 2 pilihan sekarang. Pertama, saya teruskan bahagia dgn hidup saya sekarang. Tak payah fikir nak kurus ke apa. Sedekah je baju-baju yg tak muat tue & beli baju baru. Kedua pula, saya kena berdiet secara sihat, lupakan kek, aiskrim, fast food, nasi yg makan 3 pinggan sekali makan, kuih muih manis dan saya kena bersenam secara konsisten.

Hati saya memilih pilihan pertama. Ko gila nak bersenam semula ? Last saya aktif bersukan masa umur 17 tahun dulu wakil sekolah dlm olahraga. Tak boleh makan kek, aiskrim etc ? Habis tue yg kat dlm peti sejuk tue sapa nak habiskan ?

Kemudian, check wallet pula. Huhuhu...budget nipis nak beli baju baru. Selai baju bukan murah weyy...tue belum buat baju kurung lagi. Nak menempah je dah berapa. Nak beli jeans baru dgn slack makan ratus juga tue. Anak 2 org nak masuk sekolah. Then, saya nak settlekan urusan tanah saya kat kg. Tue semua perlukan perbelanjaan ribu riban. Oleh kerana saya kedekut pada diri sendiri, nak tak nak kena la terima pilihan ke 2.




Lamanya x beli kasut sport....

 
Exercise mat...guna utk mengelakkan sakit badan exercise atas floor tile

Oh ya, saya bukan nak kurus untuk cantik. Sebab cantik itu sesuatu yg universal. Ada Negara tue kalau pompuan lagi gemuk lagi cantik dia pada pandangan lelaki (nape aku tak duduk Negara tue ekk ? senang hati....hhahaha) Lagi pun, semua makhluk Allah adalah cantik kan. Saya cuma ingin dapatkan berat badan ideal dan kekal sihat dlm melalui umur 30-an ini. Saya ingin jadi seorang yg sihat & cergas dan berusaha untuk mengawal dan mencegah penyakit berbahaya. Sejarah keluarga saya ada pengidap kencing manis & darah tinggi. Peratusan utk saya dapat penyakit itu adalah tinggi. Apa yg saya buat nie semua demi anak-anak saya yg kecil lagi.

Harapan saya semoga nekad dan semangat saya nie akan berterusan sehinggalah saya mendapat target yg saya harapkan. Doakan saya ye...

Wassalam.

* Ada senamrobik khas buat wanita sahaja yg buat setiap hari jumaat mlm kat Dewan Serbaguna BSP. Rasa macam nak join je tapi anak kecik lagi....