Ahad, 16 September 2012

Cerita Raya 2012 - 2


Assalamualaikum,

kita sambung cite raya ye...nie utk kenangan saya & anak-anak nanti.

Lepas menziarahi kubur, kami semua beraya ke rumah sanak saudara. Rumah pertama kami beraya adalah rumah ayah ngah. Menu pagi raya rumah ayah ngah mee kari & ketupat daun palas. Tue la istimewanya beraya kat pahang nie. Setiap rumah akan hidangkan makanan berat yg lain dari yg lain. Ada rumah hidangkan nasi minyak. Ada nasi dagang, laksa lemak putih, sate, nasi tomata, mee kari, mee rebus memacam lagi. Kalau kat negeri sembilan, semua rumah menu yg sama je, nasi himpit / ketupat, kuah kacang, masalodeh, lemang, rendang ayam atau daging. Biasanya kalau raya pertama tue memang x tak jumpa nasi la. Kalau ada yg hidangkan mee / meehun goreng memang kena serbu ka kami adik beradik kat palong tue.


T
Tengok irsyad dok nak berkepit je dgn mama.
Sebenarnya dia minta susu tue..


Tok ayah a.k.a ayah mertua saya, hubby & syirah dan Din adik ipar saya yg nak naik pelamin minggu depannya...


Ketupat daun palas yg mabeles !
Eh, ada org lepas rebus dia gorengkan....


Baby syirah yg baru bangun tido....cekci skit walaupun berbaju kurung..


Nie family sepupu hubby, Abg long Din. Dia baru sembuh dari major operation
Sangat kuat semangat....


Baby syirah dgn mak su. Nie kat rumah cu edah...


Mesyuarat kaum bapa kat rumah mak andak...
Tengok mak andak semangat merdeka & cintakan negera amat kuat
Berderet bendera sepanjang laluan ke rumahnya


Penuh sanak saudara kat umah cu edah...
Tudung merah tue kak wi sebelahnya mak de...


Nie kat umah ank cu edah, rumah ngah biah
Ngah biah nie teacher tadika kemas. Sempat la kakak masuk tadika kemas last year masa saya di hospital..kat rumah ngah biah nie memang saya sangat suka biskut dahlia dia. Sangat sedap. Nak tempah kat ngah biah dia x ambil tempahan. Kalau beraya kat rumah dia memang saya boleh habiskan sebalang biskut dahlia ngah biah dgn muka x malunya..heheheh
tak pe tahun depan saya nak try buat sendiri biskut tue...


Ada beberapa buah rumah lagi yg kami pergi yg semuanya bapa / mak saudara sebelah hubby. Setiap tahun memang macam nie. Beraya semua rumah, ptg balik dah boleh duduk rehat dah. Lagi pun rumah-rumah saudara hubby dekat area kuala rompin je..x perlu jalan jauh sebab semua setempat. Kalau belah saya, penat nak berjalan sebab rumah jejauh, daerah lelain, negeri je sama.

Balik beraya ptgnya kami duduk melepak kat rumah, bakar ayam sambil layan tetamu dtg.

Nak gie minum jap...sambung next entry....

Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan