Assalamualaikum,
Korang suka layan telenovela ?
Haa…sekarang dah ada kat BELLA saluran 133. Start 5 Mac ari tue…
Saya x brape nak layan la. Mana ada masa. Dgn anak lagi, baby syirah lagi, nak kemas rumah lagi…saluran movie HBO apa semua tue pun saya dah jarang nak layan. Kecuali ada movie yg best je saya layan kejap sambil lipat kain.
Telenovela nie adalah drama bersiri bagi negara sepanyol kan. Kalau kat Malaysia kita panggil drama bersiri macam drama Tentang Dhia tue (oh, nie pun saya x layan). Saya layan drama bersiri masa duduk spital dulu je. Itupun sebab mlm x de benda nak buat, jadi layan drama bersiri la. Masa tue tengah tayangkan citer Jiwa Lara, Cinta Elysa, lagi satu citer kontroversi fasal eman manan berlakon jadi ustaz yg kahwin sampai 4 tue. Haa…Tahajjud Cinta. Tapi, keluar je dari spital terus saya x tengok lagi.
Drama bersiri kat Indonesia di panggil sinetron. Masa saya berpantang kat kampung, mak saya layan sinetron. Ye la, mak & ayah saya duduk kg x de aktiviti kan. Tghari laya sinetron la. Ptg pergi berkebun kat depan rumah, tanam pokok bunga, siram pokok nak keluarkan peluh kan. Masa saya kat kg, mak saya layan sinetron Putri Yang Ditukar & Lagu Cinta Nirmala. Saya memula tengok ok lagi boleh layan. Masuk 3 hari saya rasa macam tak logic citer dia. Heroinnya terlalu lah baik sebaik-baik umat. Org pukul, kidnap, cuba nak rogol dia. Dia tetap x buat laporan polis, malah siap maafkan pulak org tue. Kan x logic kat situ. Watak jahatnya pulak memang sejahat-jahat manusia sampai ko rasa macam nak tembak je dia. Tapi dlm sinetron tue dia langsung tak kena apa-apa. Kena tangkap polis pun tidak.
Lepas tue, sinetron nie dia ikut permintaan peminat. Kalau peminat suka cerita tue, watak yg dah mati pun dia boleh hidupkan balik. Masuk seminggu saya layan sinetron, rasa macam diperbodohkan pulak. Jadi rasa stress lak layan cite mengarut tue. Minggu depannya bila mak saya buka tv layan sinetron, saya terus lelapkan mata.
Tapi, kalau cite korea memang saya la hantunya. Hhehehe…cerita best, heroin cun, hero handsome, lagu pun best. Memang meleleh air mata kalau tengok. Kalau dia buat lawak, memang ketawa memanjang je. Saya bukan peminat kpop. Tapi citer korea dari dulu lagi memang saya layan. Ingat lagi masa memula kahwin dulu, balik keje hubby pergi kuliah. Saya sensorang duduk rumah memang layan cite korea je la sambil lipat baju. Kalau hubby cuti, time tue ada cite korea. Tv memang saya x bagi tukar channel. Kalau hubby nak ajak keluar pun kena tunggu cite korea habis dulu. Sampai hubby pernah panggil chen chung keq..hahahah…oh, itu adalah nama watak hero dalam drama bersiri Stairway To Heaven. Ala citer korea yg Filipina tiru tue. Tajuk pun dia tiru sebijik. Banyak gak drama korea yg saya layan masa tue, Full House, Stairway To Heaven, Princess Hour, Winter Sonata, My Girl, Jewel In The Place dan paling menyentuh hati adalah kisah yg diadaptasi dari kisah benar seorang budak yg mengidap penyakit ….(saya dah lupa la..). One Litre Of Tears. Drama nie pun Indonesia tiru dgn tajuk Buku Harian Nayla.
Eh.. korang suka layan mana satu ek..telenovela ke, sinetron ke, citer korea ke atau drama bersiri kat Malaysia nie ?
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan