Jumaat, 31 Disember 2010

Bila suka bela binatang dari anak sendiri….

Salam,

sebenarnya ada satu berita luar negara minggu lepas yg buat saya rasa macam nak cekik je manusia tue sampai keluar roh dari jasadnya. korang baca berita nie….

Penagih Internet bunuh anak

SEOUL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet, kata polis semalam.

Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.

Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.

Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.

Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.

Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.

Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.

“Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing,” katanya.

Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.

Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan ‘haiwan maya’ di Internet. – AFP

sumber : harian metro.

Sadiskan ??? manusia macam nie memang tak layak dipanggil ibu. Dia tak layak melahirkan manusia. Bayangkan…dia lebih suka bela haiwan dalam internet dari bela anak sendiri yg lahir dari zuriatnya sendiri. Saya rasa dia nie lebih baik jadi ibu beruk dari jadi ibu manusia !

wassalam.

* anak2 mama, walaupun kekadang mama marah korang tapi mama sangat sayangkan anak2 mama tau. Marah itu bagi mengajar anak2 mama agar menjadi manusia yg baik bila besar nanti dan bila mama sudah tiada lagi. Tiada yg lain yg dapat menggantikan anak2 mama nie….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan