Sabtu, 30 Oktober 2010

Konsert J2011…….Legenda

Salam,

tint !! tint !! posto…posto…..

tak de la…actually baru dapat tau uncle jamal nak buat konsert kat istana budaya lagi dalam bulan jan tahun depan. yg teruja tentulah cik abg saya. entah bila pulak dia minat jamal abdillah nie. nie masa tengok rakaman konsert jamal kat istana budaya tahun 2006 la nie terus terminat agaknyer.

sedikit info fasal konsert nie, credit to mStar Online :-


Menarik tentang J2011... Legenda, Jamal akan menggunakan teknik penataan cahaya PANI yang didatangkan khas daripada Australia di mana J2011... Legenda merupakan konsert pertama di Asia Tenggara menggunakan teknik tersebut.

PANI adalah sebuah penata cahaya yang direka khas di mana ia mengeluarkan cahaya mengikut mood lagu dan suasana sewaktu persembahan berlangsung.
"Selain itu, konsert selama 2 jam itu akan dibahagikan kepada dua segmen. Pada segmen pertama, saya akan membawakan lagu-lagu nostalgia yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lama antaranya P.ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi dan Yopie Latul.

"Segmen kedua pula saya akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah saya nyanyikan pada konsert - konsert saya sebelum ini," ujarnya.

Tiket yang berharga RM85,RM105,RM135,RM255 dan RM305 boleh dibeli di kaunter box office, Istana Budaya atau layari secara online di www.ticket2u.biz.

walau bagaimanapun sekarang uncle jamal nie tengah cari sponsor utk konsert nie nanti. all the best uncle jamal !!

macam nie kena kumpul duit la skarang…hujung tahun nie banyak program la settlekan. for hubby…leh tak saya hadiahkan abg tiket konsert jamal nie sempena anniversary kita bulan mei nanti. consider hadiah in advance. aci tak cam tue ?? boleh la…boleh la…dah puas kenyit2 mata nie. u angguk I on je…

ingat nak pergi berdua lebih baik ngan hubby leh kepit2 feeling2 zaman berchenta dolu-dolu. tapi fikir mana lak nak hantar anak2 waktu malam. taska tak nak terima coz diorang pun nak berehat juga. maid memang tak de & tak confident lagi nak ambik waktu nie. kalau bawa bebudak nie jawabnya mama & baba akan lari marathon la dlm istana budaya sepanjang konsert jamal tue. so, rasanya hubby je kot pegi nanti. huk..huk..huk..tak pe la mama duduk rumah jaga anak2. tapi baba kat sana jgn main mata….nanti balik rumah tido luar…..hehehe..kejam !

oh ya, bang jamal jgnlah nyanyi macam ‘org cacat’ lagi ye. walaupun suara power, tapi pergerakan tangan & badan yg ‘lain dari yg lain’ tue agak merimaskan pandangan la…

* ngah leban chondong – minat uncle jamal lagi dak ? syawal kata ngah dulu peminat fanatik jamal abdillah ye..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan