Sabtu, 30 Oktober 2010

Konsert J2011…….Legenda

Salam,

tint !! tint !! posto…posto…..

tak de la…actually baru dapat tau uncle jamal nak buat konsert kat istana budaya lagi dalam bulan jan tahun depan. yg teruja tentulah cik abg saya. entah bila pulak dia minat jamal abdillah nie. nie masa tengok rakaman konsert jamal kat istana budaya tahun 2006 la nie terus terminat agaknyer.

sedikit info fasal konsert nie, credit to mStar Online :-


Menarik tentang J2011... Legenda, Jamal akan menggunakan teknik penataan cahaya PANI yang didatangkan khas daripada Australia di mana J2011... Legenda merupakan konsert pertama di Asia Tenggara menggunakan teknik tersebut.

PANI adalah sebuah penata cahaya yang direka khas di mana ia mengeluarkan cahaya mengikut mood lagu dan suasana sewaktu persembahan berlangsung.
"Selain itu, konsert selama 2 jam itu akan dibahagikan kepada dua segmen. Pada segmen pertama, saya akan membawakan lagu-lagu nostalgia yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lama antaranya P.ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi dan Yopie Latul.

"Segmen kedua pula saya akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah saya nyanyikan pada konsert - konsert saya sebelum ini," ujarnya.

Tiket yang berharga RM85,RM105,RM135,RM255 dan RM305 boleh dibeli di kaunter box office, Istana Budaya atau layari secara online di www.ticket2u.biz.

walau bagaimanapun sekarang uncle jamal nie tengah cari sponsor utk konsert nie nanti. all the best uncle jamal !!

macam nie kena kumpul duit la skarang…hujung tahun nie banyak program la settlekan. for hubby…leh tak saya hadiahkan abg tiket konsert jamal nie sempena anniversary kita bulan mei nanti. consider hadiah in advance. aci tak cam tue ?? boleh la…boleh la…dah puas kenyit2 mata nie. u angguk I on je…

ingat nak pergi berdua lebih baik ngan hubby leh kepit2 feeling2 zaman berchenta dolu-dolu. tapi fikir mana lak nak hantar anak2 waktu malam. taska tak nak terima coz diorang pun nak berehat juga. maid memang tak de & tak confident lagi nak ambik waktu nie. kalau bawa bebudak nie jawabnya mama & baba akan lari marathon la dlm istana budaya sepanjang konsert jamal tue. so, rasanya hubby je kot pegi nanti. huk..huk..huk..tak pe la mama duduk rumah jaga anak2. tapi baba kat sana jgn main mata….nanti balik rumah tido luar…..hehehe..kejam !

oh ya, bang jamal jgnlah nyanyi macam ‘org cacat’ lagi ye. walaupun suara power, tapi pergerakan tangan & badan yg ‘lain dari yg lain’ tue agak merimaskan pandangan la…

* ngah leban chondong – minat uncle jamal lagi dak ? syawal kata ngah dulu peminat fanatik jamal abdillah ye..??

Khamis, 21 Oktober 2010

maher zain....satu inspirasi kedamaian


salam,

sape tak pernah dengar lagi lagu maher zain ? jgn tipu ekk…rasanya satu Malaysia dah dengar lagu dia (kawasan pendalaman, org umah x der letrik, radio & tv, duduk bawah jambatan termasuk org yg koma adalah dikecualikan ye. realiti negara membangun Malaysia ini masih ada org yg tak menerima bekalan elektrik, org tidak berumah & miskin tegar). malah ramai peminat dia kat Malaysia nie. baru2 hari tue maher zain ada dtg Malaysia buat konsert kat shah alam. ada siap menangis coz tak dapat tiket. tiket adalah terhad. tapi memang tak rugi pergi konsert dia...

and yess, saya adalah peminat maher zain yg baru ini setelah keluar dari dunia gelap dia. lagu2 maher zain amat menusuk jiwa dan memberi ketenangan. lagunya bersifat santai, berjiwa dan penuh pengajaran. pertama kali mendengar lagu insha allah, saya menitiskan air mata. saya rasa mana2 jua insan yg menghayati lagu itu pasti akan tersentuh. ketika mendengar lagu barakallahu lakuma buat saya tersenyum mengenang kembali ketika majlis perkahwinan saya dahulu dan mendengar lagu for the rest of my life mengingatkan saya detik pahit manis alam rumah tangga saya bersama hubby. setiap lagu maher zain amat menikam jiwa. itu belum lagi termasuk lagu2 bersifat universal yg menyentuh isu global terutamanya yg melibatkan kaum muslim ketika ini.

cuba baca lirik lagu insha allah nie. kita akan terlupa seketika masalah duniawi dan terasa ingin kembali mendekati Allah.

Insha Allah – Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way
kalau nak tengok video clip pegi kat youtube ye.

# mana ekk nak cari cd dia ? puas dah terjah giant, tesco, jusco & kedai2 cd tapi tak de la. cd dia limited sangat ke kat Malaysia nie ? nak cari cd original la nak hadiahkan kat hubby

Sabtu, 16 Oktober 2010

ipoh…mali lor….

                                 pic credit to travelerfolio.com

salam,

ini namanya mencari penat….
sabtu arie tue aku keje half day. hubby lak gi tengok site. anak2 hantar gi taska half day juga la. then..tetiba dapat satu berita yg memerlukan aku pegi ke ipoh. bincang dgn officemate ingat nak gi sesama mereka je. ptg pegi mlm boleh balik. tapi memasing sume nak overnight kat sana. so, aku gamble ajak hubby pegi bawa anak2 skali. tak mungkin aku nak overnight kat sana tinggal anak2 kat umah. dah la masa cuti je aku ada tuk habiskan masa dgn comel2 mama tue.

pukul 4 lebih kitorang bertolak dari bsp terus masuk highway. tunggu kengkawan lain kat restoran jejantas sg. buloh dlm 5.30 ptg. bila sume dah sampai terus gerak ke ipoh.

part pertama yg bestnyer….plaza tol ipoh yg sepatutnya kitaorang masuk terlepas. terpaksa u-turn kat plaza tol kuala kangsar perak yg jauhnya 25km. patah balik 25km lagi. nie sume gara2 project engineer kitorang yg mengaku anak perak tapi plaza tol ipoh pun tak tahu kat mana !!!

part kedua pulak….dah masuk ipoh dlm pukul 8.30pm tue leh lak sesat dlm bandar ipoh tue. nie sume gara2 mengikut orang yg mengaku anak jati perak tue la. patut la mak cik GPS kitorang asik berbunyi2 marah tak ikut arahan dia. then, aku ingat nak check in hotel dulu memandangkan hari dah malam so hubby dgn anak2 leh rehat dulu sementara aku settle kan hal aku dgn kengkawan. tapi…
part ketiga yg bestnyer lagi….sume hotel, motel, rumah tumpangan, rumah murah dan sewaktu dengannya FULL !!!. APEKAH…???. nak tak nak, aku bawa le hubby dgn anak2 join aku skali buat urusan. lebih kurang pukul 12mlm baru settle. then, kitorang masuk balik town ipoh try lagi cari hotel kot2 ada le kosong. tapi dekat 6, 7 hotel sume confirm FULL !! part hotel yg paling menyedihkan dekat lucky hotel. ada satu bilik kosong siap nak bagi murah lagi kat kitorang. bila check rupanyer bilik couple baru lepas projek. eeeeiiiiiii……jijik tau tak !  sewa pun satu jam je. hotel lak tak sempat nak buat cleaning coz cleanernyer tak keje mlm. APEKAHH…??? kitorang try cari lagi berpusing dekat sejam setengah kat town ipoh tue. tapi memang confirm la tak de langsung bilik kosong. akhirnya hubby surrender…dlm badan penat dia cakap kita balik kl je  la. hubby suruh aku tido coz aku memang tak larat dah. nak drive jauh skali. so, sepanjang jalan hubby drive balik kl.

but, aku tak tido la. kesian lak hubby sensorang drive. gelap lak tue. kitorang sampai rumah pukul 3 pagi. yg paling aku kesian anak2 yg keletihan duduk dlm kereta. kakak pulak asyik tanya bila nak sampai hotel nie. hehe…tak pe la kakak ada rezeki hujung tahun nie kita cuti2 malaysia ye..

sekian, karangan cerita mencari penat di ipoh…..daaaa….

p/s : sesape org ipoh leh bagi tau tak apsal sume hotel, motel, rumah tumpangan, rumah murah dan sewaktu dengannya hari tue penuh ek ?? ada apa kat sana ? akak confuse la coz bukannye cuti sekolah pun…

Bajet 2011 - Nak senyum ke, kecewa ke atau buat tak tau je….??

salam,

Intipati Bajet 2011 – Sumber Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025. – rasanya tak layak apply

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. – untuk apa ye ??

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. –
kak wi, kita kena alert nie benda nie. boleh buat loan tak ??
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. – pak menteri, kalau buka kilang kerepek termasuk tak nie ?

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. – erkk…rege hotel la cam ne ? makin up lagi ke ?

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. –
biasa la Malaysia…sume nak yg 1st je ekk…chaiyokk !!
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. – lepas ni ramailah pakai handbag LV, Prada etc

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. –
student makin ramai pakai hp canggih lepas nie
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. – Prof. A. Razak lepas nie boleh la buat filem berkualiti skit ye. jgn la asyik filem anak mami, cite hantu & cite madu2 nie. tak best la.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. –
erkk…bil phone dan lain2 bil sume akan naik lagi la. hubby lepas nie kita makan kat mamak atau warong tepi jalan je la. fast food 2 kali setahun je ye….demi menjamin kesejahteraan hidup katanya…
* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. –
nak pulangkan decoder astro la….!!
* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil. –
hehehe….siapa lari dari bayar cukai lepas nie…I will follow u…..everywhere, anywhere
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia). –
yg nie saya sokong 100%
* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. - so, sape2 rasa berbakat tue cepat2 register ye…

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. – ooo…kerajaan dah banyak duit ye…

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

yg kat bawah2 dan seterusnya tak larat nak komen. korang komen la sendiri ye. kat blog memasing ke, kat facebook ke atau kat kedai kopi !

1 Malaysia…..

Rabu, 6 Oktober 2010

hadiah tuk husband…

salam,

pening la…nak beli apa tuk bzday hubby ye..
hp…dia dah ada 2 hp weyy mahal lak tue..
jam tangan…last year bzday dah bagi
cincin….anniversary arie tue dah bagi gak
clothes…dah banyak kali bagi

bila tanya nak ape…macam slalu jawapan yg same je keta ferrari / motorbike..
aduii..laki sape lah tue demand tak ingat punya. agaknyer dia ingat bininye nie jutawan kayu balak kot. tak pe la…aminn….

actually, aku ingat nak beli ubat kasi benti merokok la. ada gak faedahnya. ngan nak cari perfume hugo boss. tapi survey arie tue 2, 3 rats juga weyy…berbaloi ke nak bagi perfume cam tue ekk ? kang wangi sangat lak laki aku takut kena ngorat lak.. dush !!!

                                  happt bzday baba..

                                  irsyad nyanyikan lagu happy bzday ekk..

Sabtu, 2 Oktober 2010

Entry 1

Assalamualaikum,

Bismillah….aku mula menulis ari nie…
selama asyik baca blog org je…ari ni aku buat blog sendiri lak…
bukan apa banyak kenangan aku, family & my kids especially hanya tersimpan dlm ingatan. esok dorang dah besar mana nak ingat lagi.

so, buat anak-anak mama, ini adalah kisah mama & kisah baba dalam mengharungi hidup membesarkan kamu semua ye nak…

Segala kesusahan, kesedihan, kegembiraan & kebahagiaan kita kongi bersama-sama. inilah kisah keluarga kita. (emm … tapi mungkin kisah mama banyak skit kot coz mama yg tulis blog. kalau baba nak join pun boleh. u r welcome honey)

** peringatan utk anak-anak mama, blog ini adalah caca marba dari segi bahasa. kata ganti diri mama kadang2 adalah ‘aku’, ‘saya’ atau ‘mama’. ini berdasarkan mood dan tahap keter’perasan’an mama yg ingat muda lagi…heheh.
tapi kat rumah panggilan ‘aku’, ‘kau’, ‘bodoh’, ‘gila’ atau bahasa kasar level tertinggi seperti mencarut dan kata2 lucah adalah diharamkan sama sekali diluahkan oleh mulut comel anak2 mama. kalau mama dengar…..sila bayangkan rotan yg mama gantung kat living tue ye…