Jumaat, 31 Disember 2010

Piala Suzuki AFF…tahniah ! Malaysia Boleh !!!!!

Salam,

ole..ole..ole..ole…kita menang !!!!!


Tahniah pasukan Harimau Malaya. Selepas 14 tahun menunggu, akhirnya anak2 muda ini yg berjaya merealisasikan harapan Malaysia menjulang piala Suzuki AFF.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.

 Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.

Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.

Tahniah di atas kemenangan ini. Ternyata pertaruhan K.Rajagobal membentuk skuad tanpa menggunakan khidmat pemain senior, ternama atau popular membawa kemenangan yg penuh bermaruah. Saya sokong dengan strategi ini kerana kebanyakan pemain senior, ternama / popular susah dibentuk atau di arahkan lagi. Mereka sudah ada ego dan terlibat dgn pelbagai masalah/skandal/disiplin serta mutu permainan. Anak-anak muda inilah yg perlu diketengahkan, dibentuk dan diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab negara.

Saya respek dengan ketahanan mental mereka. Bukan mudah oo nak bermain dgn sorakan 200,000 penyokong Indonesia yg begitu hyper. Penjaga gol Malaysia, khairul fahmi bermain dgn begitu cemerlang. lepas nie sure ramai peminat.

Apa pun tahniah & syabas pemain Malaysia. Andalah penebus maruah sukan bola sepak Malaysia yg dipandang dingin oleh penyokong selama ini.

Wassalam.

* tq pasukan Harimau Malaya yg menyumbangkan cuti umum pada 31 disember 2010

* coli laser ??? muahhhaaa…indonesia suka buat lawak spastik

* ngaumm…ngaumm…ngaumm….chaiyokkk Harimau Malaya !

Bila suka bela binatang dari anak sendiri….

Salam,

sebenarnya ada satu berita luar negara minggu lepas yg buat saya rasa macam nak cekik je manusia tue sampai keluar roh dari jasadnya. korang baca berita nie….

Penagih Internet bunuh anak

SEOUL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet, kata polis semalam.

Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.

Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.

Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.

Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.

Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.

Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.

“Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing,” katanya.

Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.

Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan ‘haiwan maya’ di Internet. – AFP

sumber : harian metro.

Sadiskan ??? manusia macam nie memang tak layak dipanggil ibu. Dia tak layak melahirkan manusia. Bayangkan…dia lebih suka bela haiwan dalam internet dari bela anak sendiri yg lahir dari zuriatnya sendiri. Saya rasa dia nie lebih baik jadi ibu beruk dari jadi ibu manusia !

wassalam.

* anak2 mama, walaupun kekadang mama marah korang tapi mama sangat sayangkan anak2 mama tau. Marah itu bagi mengajar anak2 mama agar menjadi manusia yg baik bila besar nanti dan bila mama sudah tiada lagi. Tiada yg lain yg dapat menggantikan anak2 mama nie….

Khamis, 30 Disember 2010

Urusan dgn PBT/Govt di hujung tahun...

Salam,

Bayangkan, di bulan disember korang tengah urgent nie nak settlekan urusan dgn PBT/govt. servant utk close project korang. Pas tue korang dgn gigih call lah jabatan yg berkenaan :-

korang : Assalammualaikum. Selamat pagi

pbt/govt : Wa’alaikumsalam.

(kalo dia nak cepat, terus je cakap cam nie..ye ? nak bercakap dengan siapa ? kalo dia nak lagi cepat sampai tak sempat angkat…korang dengar la lagu ye..sambil bermimpi indah seketika..)

korang : Saya ingin mendapatkan status permohonan kelulusan pelan bla..bla..bla..

pbt/govt : sebentar ye..saya sambungkan kepada pegawai yg berkenaan.

(korang akan diperdengarkan alunan lagu2 yg mana kadang2 kalau lagu rasmi pihak tersebut sampai 3 kali ulang pun talian korang belum disambungkan lagi)

pbt/govt : helo, ye ?

korang : Assalammualaikum. Saya xxxx dari xxxx. Saya ingin mendapatkan status permohonan kelulusan pelan bla..bla..bla..

pbt/govt : oo…itu di jabatan xxx. Sebentar ye saya sambungkan.

(korang sila sambung dengar lagu lagi ye..)

pbt/govt : helo, ye ?

korang : Assalammualaikum. Saya xxxx dari xxxx. Saya ingin mendapatkan status permohonan kelulusan pelan bla..bla..bla..Pegawai tadi sambungkan saya pada jabatan ini.

pbt/govt : oo…maaflah puan. Nie salah jabatan nie. Sebentar saya sambungkan pada pegawai tersebut ye….kalau terputus talian puan sila telefon semula.

korang : boleh tak saya dapatkan terus direct line dia ?

pbt/govt : sambungannya xxxxx. sebentar saya sambungkan.

(korang baru dengar separuh lagu tadi..talian terputus…tut..tut..tut)

So, gigih la korang menelefon balik.

pbt/govt : (mesin yg jawab..) harap maaf operator kami sedang sibuk ketika ini, sila dail no sambungan yg dikehendaki atau tekan kosong untuk bantuan telefonis.

korang dah ada no sambungan kan ? so, dengan berlagak korang terus tekan no sambungan tersebut. Malangnya tiada jawapan !

Korang gigih call lagi…

pbt/govt : helo, ye ?

korang : Assalammualaikum. Saya xxxx dari xxxx. Saya ingin mendapatkan status permohonan kelulusan pelan bla..bla..bla..

pbt/govt : sebentar ye..saya sambungkan…

(sila dengar lagu yg sama lagi ye…)

pbt/govt : maaf puan, pegawai yg berkenaan tiada. Menghabiskan cuti tahun !

korang : Kenapa tak cakap awal2. tak perlulah saya tunggu lama macam nie.

pbt/govt : maaf puan, pegawai tersebut di tingkat 15, saya di tingkat bawah. Jadi saya tidak tahu siapa yang bercuti atau tidak .

Korang bengang ??? jangan bengang, setidak-tidaknya korang dah hafal lagu rasmi pbt tersebut !!!! hahahaha….mana tak hafal, sepuluh kali dengar weyyy…

Biasanya saya akan terus minta personal hp no pegawai berkenaan. Kalau bernasib baik,  dapatlah. Tapi, boleh selesaikan masalah ke kalau macam nie ….

korang : Assalammualaikum. Saya xxxx dari xxxx. Maaf mengganggu puan. Saya ingin mendapatkan status permohonan kelulusan pelan bla..bla..bla..Pihak kami perlu mendapatkan xxxx untuk xxxxx handover project.

Pegawai tersebut : Mana awak dapat no saya nie ? Saya sedang bercuti bersama family & anak2. Tunggu saya balik dulu.

korang : errr…bila puan balik ye..

Pegawai tersebut : awal tahun depan !

Hahahah….mengelupur la korang sorang2 kat situ.

Tapi sebenarnya kita tak boleh salahkan pihak pbt/govt servant nie coz mereka pekerja dan mereka ada hak untuk mengambil/menghabiskan cuti tahunan. Cuma masa di hujung tahun tue memang dah tradisi dari dulu lagi, bulan disember, cuti sekolah & pelbagai lagi cuti umum yg lain. Inilah masa untuk mereka menghabiskan cuti dengan anak2. Ala…korang pun sama juga kan ???

So, bagi sesiapa yg nak apply cf, kejar payment projek, surat kelulusan pelan…plan la awal2. Kalau tak..jadilah macam kitorang nie…nangis weyyy ! selagi surat sokongan tak keluar, cf tak boleh issue, project tak leh hand over, LAD lak akan terus berjalan.

wassalam

* kesian site staff office saya, semua cuti hujung tahun dibekukan coz nak kejar dateline hand over project…..

Rabu, 29 Disember 2010

Luahan rasa kat radio…

Salam,

kalau korang ada masalah rumah tangga ?? kat siapa korang luahkan ??

mak & ayah – emm…ada steng problem je…
mak & ayah mertua – korang memang kamceng ngan mertua kan ??
adik bradik – yup..tapi kalo anak tunggal cam ner ??
adik bradik hubby – biasanya bab ngutuk bleh…tapi bab kongsi masalah rumah tangga jarang skali org buat kan ??
hubby sendiri – nie hilang akal la nie…..
kengkawan – memang ramai yg luahkan kat kengkawan kan
jabatan kauseling – yupss…pilihan yg terbaik !

tapikan……

Di pagi yg cerah…cewahh…ayat pembuka kata tak bleh blah punyer. dah hari2 ujan je kan..nak buek cam no ??. Saya setiap pagi drive ke tempat keje mesti dengar Sinar FM. Ye la, akak ngaku akak nie dah tuo dengar lagu2 retro je dikk..

Setiap khamis or jumaat akan ada topik masalah anda. Majoritinya mesti masalah rumah tangga. Abg jem tukang support, kak engku pulak tukang bidas, krill lak tukang pendamai…cam tue la lebih kurang.

Nak jadi cerita ada sorang pendengar nie, ceritakan masalah rumah tangga dia pasal hubby kenal ngan bebudak pompuan baru nak naik. siap balas-balas sms lagi. So, si isteri nie dapat la tangkap hubby dia buat hal. Dia mengadu dgn krill nak buat cam ner nak settle kan masalah tue. Tapikan nama pengadu tue, tempat tinggal & suara dia amatlah saya kenal.

Pemanggil tue adalah x-officemate saya. Namanya akak R. Akak nie dah benti keje jadi fulltime housewife. Masa dia keje kat sini dia la penyetel (ada ke word nie ??) masalah kitorang kat sini. Baik masalah cinta, masalah umah tangga & masalah kewangan. Malah, masa bos kitorang buat hal, mem besar kitorang siap call akak nie minta advise nak buat macam mana. Kira akak nie kauselor la masa tue. Lagi pun dia paling tuo antara semua staff. Kalau bab rumah tangga, bab nak berhias, bab jaga laki, semua minta advise dia.

Tapi, bila saya dengar luahannya kat radio pagi tadi saya terfikir, rupanya selama ini hidupnya tidak la seindah yg di sangka. Dia juga mempunyai masalah rumah tangga dan masalah2 lain. Disebabkan luahan rasanya kat radio, tak fasal2 saya dapat tahu kisah rumah tangganya.

Walaupun begitu, pada saya cerita itu habis di situ sahaja. Kalau pun saya berjumpa dgnnya nanti, saya tak kan buka cerita ini kerana pada saya dan rasanya semua wanita  di luar sana juga, masalah rumah tangga ini adalah amat peribadi dan cukup sensitive kalau diperkatakan terutamanya depan tuan punya badan sendiri.

Tapi, tu la kalau kita ada masalah pergi la mengadu pada saluran yg betul. Kat radio tue kekadang saya tengok diorang bukan nak dengar sangat pun masalah kita, cuma lebih kepada borak-borak biasa. Silap hari bulan dijadikannya bahan ketawa. Siapa yg malu ?? kita dan keluarga kita juga !!!

Wassalam

Jumaat, 24 Disember 2010

Kakak ambik mainan saya…..huwaaaaaa…

Salam,

Jumaat ari tue adik saya ija dtg rumah. So, ija ada bawa hadiah irsyad yg tak sempat bagi masa bzday irsyad arie tue. Bila ada satu mainan, bebudak kat umah ada dua org, cam nie la jadinya….

kakak, apa tue ? Cam best je...

 Jap kakak tengok ye dik. Apa benda nyer nie...

 Akak tak tau la cam ner nak buka mainan nie dik...

 Mama....tolong buka mainan nie jap

 Lambatnya kakak nie membelek, penat tunggu.....

 Kakak, bagi adik la. Biar adik bukakan.

 Tak boleh adik !. Mainan nie kakak nak buka dulu la....

huwaaa....mama kakak tak nak kongsi mainan nie

Akhirnya saya terpaksa jadi hakim. Saya buka mainan tue lepas tue on kan suis biar kete tue jalan sendiri. Sesiapa pun jangan usik, tengok je. Sape usik kena babap !!!!

Wassalam


Rabu, 22 Disember 2010

Lagu sensasi….

Salam,

Anak saya irsyad baru berumur setahun empat bulan tapi dia dah boleh menyanyi. Mungkin dia ada dengar dan mengikut kakaknya menyanyi kat taska. Off course la guna bahasa jermannya tapi lenggok suara dan lagu tue saya dapat tangkap lagu apa yg dia sedang nyanyikan. Sambil dia bermain-main terdengar suara dia menyanyi….


Kalau korang bijak lagu apa yg dia sedang nyanyikan kat bawah nie :-

" bow wrong car card two are
hung up the gent they all
no next so dare two are
g-g nya think all two are
let’s umm, let’s umm, let’s umm o la la….
bow wrong car card two are……"

korang dapat tangkap tak ??? hehehe…korang memang pandai bahasa jerman !!!!

wassalam

* sumber lirik dari Majalah Lawak Antarabangsa Ujang masa zaman saya skolah dolu-dolu….

Isnin, 20 Disember 2010

Y.E.S - Keperluan atau kehendak ??

Salam,














Korang suka ? – Y.E.S
Korang minat ? – Y.E.S
Korang nak ? – Y.E.S
Korang ada duit ? – emmm…..
Tapi korang tak boleh kawal nafsu, korang nak juga ? – Y.E.S
lantak korang la….hehehehe

Bulan December datang lagi. Antara bulan yg paling banyak cuti sepanjang tahun. Cuti sekolah, cuti awal muharam, cuti buzday sultan selangor & cuti krismas. Dan paling best skali kerajaan dah menetapkan bulan December adalah untuk karnival jualan hujung tahun Y.E.S. untuk memberi peluang para peniaga menghabiskan stok lama (ye ke habiskan stok lama ? tengok tahun depan ada je lagi barang tue…) dan para pembeli menghabiskan bonus hujung tahun (yg nie betul !).

Sebenarnya Y.E.S ini memberi peluang kepada para parents nak membeli keperluan persekolahan anak2 mereka di samping perayaan krismas pada 25 December nanti. Ia juga bagi menarik kunjungan pelancong dari luar negara membeli belah di Malaysia. Tapi apasal lak org kita pergi Singapore shopping kat sana ekk ?? kat The Paragon, Singapore contohnya. Sana lagi murah ekk ???

Sebagai seorang wanita yg ada 9 nafsu, memang sukar menahan perasaan bila tengok ada sale. Tetambah lagi benda yg cantik2 seperti handbag, tudung, baju-bajan kekadang nampak sudu garfu berkilau ada sale pun dah meleleh air liur. Tue tak termasuk lagi barang gadget, alatan elektronik, peralatan rumah, langsir segala benda.

Memang seronok tengok org lain shopping beli barang memahal, cantik2. Macam dia shopping tutup mata je. Tak pandang harga pun. Kita pula tengok cemburu dan teringin nak jadi macam dia. Bagi org yg banyak duit, korang boleh la buat begitu. Tapi bagi golongan pertengahan dan bawahan, yg mempunyai tanggungjawab dan komitmen lain yg lebih penting, korang jgnlah cuba-cuba utk jadi begitu. Ukur baju di badan sendiri dik oiii…..

Jadilah pengguna yg bijak. Beli mana yg perlu sahaja dgn harga yg bersesuai dgn kemampuan kita. Barang keperluan semakin melambung tinggi, taraf hidup semakin naik, anak2 semakin membesar & bertambah tapi pendapatan kita seperti itu juga. Sebab, saya tengok kebanyakan yg gila shopping ini adalah golongan pertengahan. Terasa ada duit skit, mula fikir target nak beli apa. Saya tengok golongan atasan rilek je. Tak taulah kalau dia shopping kat oversea lak kan ?.

Kalau korang perasan, kebanyakan sale sebenarnya menjual pada harga yg sama pada hari biasa. cuma dekat tag harga tue dia letak harga yg tinggi skit, lepas diskaun sebenarnya korang membayar pada harga biasa yg di jual pada hari biasa. Begitu juga dgn kedai peralatan elektronik. Macam kat area office saya nie boleh dikatakan setiap bulan bual sale letak barang2 kat luar, letak patung belon tue bagi menarik pelanggan. Bila pergi, tengok harga sama je masa tak de sale. Malah ada barangnya lebih mahal lagi dari kedai elektrik yg lain. So, mana sale yg sebenarnya ???





pics saya & hubby kat Milan, Italy. Milan adalah kota fesyen yg terkenal. Menjadi tumpuan seluruh dunia termasuk selebriti untuk membeli belah barang original







 Kat belakang tue kedai LV, Prada, Channel & etc. Walaupun ada rebate tax bila kita melalui sempadan keluar Itali, tapi kami tak beli pun. Saya sedar kemampuan poket saya. Saya ada misi yg lebih penting dari membeli handbag berharga ribuan ringgit itu.



 Kami lepak cuci mata sambil tunggu kengkawan melabur duit kat dlm tue….



 Building kat depan pusat kedai fesyen tue macam building dlm cite Harry Porter kan ?



 Off topic jap – nie adalah pic wishing sand kot kalau tak silap nama dia. Wishing sand nie berada di tengah2 deretan kedai fesyen kat Milan. Korang buat hajat dan kalau korang boleh pusing sebanyak 3 kali non stop, hajat korang akan tercapai macam brother kat atas nie buat. Tapi, sebagai umat org Islam anggap saja ia adalah mainan. Jangan percaya pada benda-benda bida’ah nie…



Masa transit kat Dubai air-port, masuk kedai kat sana majority barangan adalah made in china…..hehehe….


Kalau korang nak tau, handbag yg saya usung kehulu kehilir cuma berharga RM30. Pernah satu hari saya ditegur oleh seorang klien, ‘Eh, handbag u nie I pernah nampak la. U beli kat Giant kan ? sebiji RM 30’. Saya tengok dia pakai handbag jenama Prada. Saya jawab balik, ‘Eh, tidak la. I beli kat pasar malam je. Sebiji RM15. Kalau I minta tawar, kenyit2 mata skit mesti boleh dapat lagi diskaun RM5’. Muka dia terus berubah. Oh ya, dia pakai kereta viva dan isi minyak masa tue cuma RM10. Saya terfikir, original ke handbag dia ??? muaahhhs…fikiran jahat saya datang !

Jadi, sesiapa yg rasa tak berapa nak berduit sangat duduk la ontok-ontok kek umah yo. Sebab selangkah kita luar rumah dan memijak lantai shopping complex, kita tidak dapat tidak mesti akan membeli sekurang-kurangnya 1 atau 2 barang yg mana bila balik nanti kita akan tersedar bahawa barang tersebut bukanlah keperluan tetapi kehendak nafsu kita. Nanti kita akan menyesal dikemudian hari.

Bagi yg rasa agak berduit sedikit, bila pergi shopping jgn pergi seorang diri atau bersama teman yg nafsunya juga setaraf dgn kita. Tetapi bawalah kengkawan yg boleh memberi nasihat / panduan mana yg perlu atau tidak perlu dibeli. Paling baik bawalah suami bersama. Sure lepas sejam korang berlegar-legar kat shopping complex tue belum sempat nak sambar 1,2 barang, hubby dah muncung2 mulut ajak balik. Nak tambah best lagi bawalah anak2 bersama. Korang tak kan sempat belek2 barang, sempat jeling je…jimat duit !.

Baiklah, saya tinggalkan korang dgn pesanan ini,

Jika hari ini anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.

wassalam

* teringat perbualan antara project manager & site supervisor saya masa kat Italy…kalau u cuma pakai kancil tapi bawa handbag LV original org tak kan percaya itu handbag original. tapi kalau u bawa merc atau bmw, handbag yg u beli lelong kat petaling street pun org akan anggap itu original !

* sekarang nie melambak org pakai handbag LV, Prada & etc. Boleh dapat kat internet / up-town dgn grade AA, AAA, AAAA rege lebih kurang RM 50 – 200. Korang pun ada pakai kan ? baik ngaku cepat !

Novel Ramlee Awang Murshid

Salam…

Hari tue pepagi dah dapat satu bungkusan.


Bila buka…


koleksi novel ramlee awang murshid

Saya beli novel terpakai nie dari kak azian. tq kak. saya beli ye…

Saya adalah peminat novel tulisan ramlee awang murshid selain dari noor suraya, habiburrahman el-shirazy dan taufiqurrahman al-azizy. Buku pertama RAM yang saya baca adalah Mandatori yg dipinjam dari seorang kawan. Sejak itu saya membaca dan mengumpul semua koleksi tulisan RAM.

Antara koleksi RAM yang masih dicari adalah :-

  1. Igauan maut – tiada
  2. Anugerah pertama
  3. Pei pan – tiada
  4. Tombiruo
  5. Semangat hutan
  6. Tombiruo terakhir
  7. Ranggau
  8. Mandatori – dah baca tapi tiada naskah simpanan
  9. Adam
  10. Satu Janji
  11. Bagaikan puteri
  12. Rahsia Perindu
  13. Hatiku di harajuku – tiada
  14. Cinta sang ratu
  15. Hijab sang pencinta
  16. Ungu karmila
  17. Mikhail – tiada
  18. Personal Justice (Adam versi inggeris) - tiada
  19. 9 nyawa
  20. Cinta sufi
  21. Rayyan fantasi – tiada

Novel RAM bukanlah novel yg bertemakan cinta mendayu2 tapi lebih kepada thriller dan dalam pada itu menekankan unsur Islam dan dakwah itu sendiri. Setiap novelnya hidup, segala peristiwa dikupas dan diterangkan secara terperinci sehingga pembaca seolah-olah masuk ke dunia ciptaannya. Malah, trilogi kisah laksamana sunan itu ada pembaca yg menganggap laksamana sunan itu wujud dan sebahagian dari sejarah Malaysia. hehehe…sampai macam tue sekali penangan novel RAM.

Jangan tak tahu yg RAM adalah antara novelis pertama yg mempunyai kelab peminatnya sendiri. Ingat artis AF je ke yg ada kelab peminat ??. Kalau nak join boleh la ke laman nie ye - http://www.kelabram.com/

nie la En. RAM

Apa pun, syabas & tahniah buat RAM kerana menghasilkan novel yg berkualiti didalam lambakan novel2 cinta di Malaysia ini.

Wassalam.

* En. RAM, tak terfikir ke nak filemkan trilogi laksamana sunan tue ??? Remy ishak jadi heronya ye…sure meletupss !!!!

* sesape yg nak jual novel RAM yg saya tak de kat atas tue email la saya ye…

Jumaat, 17 Disember 2010

Apasal ekk..??

Salam,

apasal ekk…bila nampak org naik motor pakai baju hijau yg shinning tue terus kelam kabut tarik seat belt ??? pada hal bukan polis pun...aney jual roti je pun...

hahaha….sape la tue ekk…???



nie baru polis trafik betul ye...

wassalam

Khamis, 16 Disember 2010

Aksi memakaikan seluar…

Salam,

Masa saya sibuk2 kemas dapur hari tue, saya terdengar dua beradik nie bising kat depan. saya ingatkan diorang gaduh-gaduh manja. bila pergi tengok kat ruang tamu, nie la rupanya….

 ingatkan gaduh...

 rupanya kakak cuba pakaikan adik seluar. sampai terkangkang adik ye..

 kakak bagi penerangan pada adik cara2 memakai seluar..

 kakak cuba mempraktikkannya...

penat terkangkang tau !!!...adik marah

 kakak cuba cara duduk pula ye dik...pujuk kakak

adik tak tahan sabar tarik lagi rambut kakak...

last sekali kakak fed up asyik kena tarik rambut je. dia campak seluar tue kat sofa terus layan cartoon. hehhe...sweet je saya tengok dua beradik nie.

kakak sangat sayangkan adiknya walaupun banyak barang terpaksa berkongsi, banyak perkara yg kakak kena mengalah dan banyak kali juga kakak menangis sebab adik gurau-gurau kasar. Sebab tue kakak pernah request adik girl dgn mama coz dia kekadang tak tahan dgn adik boynya. Asyik kena tarikh rambut je kan kakak ? Sabarlah kakak ye…nanti dah besar adik pula yg akan take care kakak….

wassalam



Selasa, 14 Disember 2010

Selamat tahun baru 1432 Hijrah

Salam


Maal Hijrah

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…….

kakak sangat suka lagu nie…

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru hijrah walaupun disambut dengan kenaikan harga petrol & gula.

Semoga tahun baru ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Berazamlah bagi sesiapa yang mampu melaksanakan. Berazamlah bagi sesiapa yg ingin mencapainya.

Namun, yg penting sekali kita kena sentiasa beringat bahawa kita kini hidup didunia akhir zaman. Oleh itu, sebaik-baik azam adalah mempertingkatkan lagi amalan kepada yg Maha Esa, menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kerana dengannya Insha Allah hidup kita akan dilimpahi keberkatan.

Salam Maal Hijrah semua….

Wassalam

* Tahniah kepada Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank kerana dipilih menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432H / 2010 peringkat kebangsaan dan tahniah juga kepada Datuk Dr Haron Din kerana dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H walaupun lambat lebih baik dari tiada.

Jumaat, 10 Disember 2010

Sekarang musim buah apa ye ???

Salam,

jumaat nan silam pegi pasar malam/tani putrajaya. Beli la buah manggis nie…RM 5 sekilo. mahal…


Beli mangga 3 biji dah RM 7. Mahalnya buah2 tempatan sekarang. Musim tengkujuh nie, rasanya tak de buah-buahan yg berbuah melainkan buah pisang, kelapa dan buah yg memang tak bermusim.

Emmm….bila la pokok mangga depan umah nie nak berbuah lagi…

Wassalam

Selasa, 7 Disember 2010

Kakak & Adik

Salam,

Nie gambar lama masa jalan2 kat The Mines Seri Kembangan teman baba nak cari gadget kat sana. So, mama bawa anak2 pusing2 takut diorang bosan. Masa nie kakak amat take care adik dia. Tak bagi orang dekat dgn stroller adik.

Tengok aksi kakak buat mimik muka…

rabbit..

 kemam..

 pejam mata..

terkejut..

Adik je yg confuse..ape hal lak duk kat situ lelama..

Anak mama yg comel, jaga adik baik2 ye sayang. mama sayang anak2 mama. muahhs...

Wassalam


Ahad, 5 Disember 2010

Kegembiraan

Salam,

Apakah perkara yang paling mengembirakan ?

Yuppss…perkara yg paling mengembirakan ialah mengembirakan orang lain !

Korang practice dulu nanti korang tengok hasilnya.

Sebabnya…bila kita gembira, cuma kita saja yg merasai perasaan itu walaupun org lain berkata mereka berkongsi kegembiraan dgn kita. Tapi bila kita mengembirakan org lain, kita turut sama gembira kerana kita adalah penyumbang kegembiraan mereka !

Tahniah kepada mereka yg telah mengembirakan orang lain. Korang bila lagi ??

 Batrisyia yg suka ketawa

Irsyaduddin yg kuat menjerit

Wassalam

Jumaat, 3 Disember 2010

Kepada ‘hantu’ facebook…waspada la

salam,


Berita 1 - Facebook rosak rumah tangga

LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing. Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian. Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain. Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi


Berita 2 - Guru difitnah penceroboh Facebook

IPOH: Berang selepas akaun laman sosial Facebook miliknya diceroboh, seorang guru tampil membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bagi membolehkan satu siasatan dibuat untuk mengesan penceroboh terbabit.

Lebih mengaibkan, penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemar maruahnya.

Isnin lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan komen yang terdapat pada Facebook guru berkenaan serta mendapatkan kenyataan guru berkenaan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, guru berkenaan, Lim Beng Lee, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Poi Lam (Suwa) menafikan perkara itu dengan mendakwa akaun Facebooknya diceroboh dan penceroboh turut memalukannya dengan memaparkan komen berunsur fitnah.

Menurutnya, dia kesal dengan laporan akhbar berbahasa Cina berkenaan kerana mendakwa dia mengakui terbabit dalam semua fitnah dipaparkan dalam laman peribadi itu hingga mencemarkan maruahnya termasuk pihak pentadbiran sekolahnya.

Katanya, pada mulanya dia marah dengan paparan berita itu kerana tersebar ke seluruh negara, namun akhbar berkenaan sudah memperbetulkan kesilapan itu Selasa lalu.
“Saya menyedari akaun Facebook diceroboh pada 28 November lalu selepas gagal memasukinya kerana penceroboh menukar kata laluan. Sebaik gagal, saya memasuki satu lagi akaun Facebook saya bagi melihat akaun yang diceroboh itu dan terkejut melihat komen fitnah dipaparkan.

“Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Pengetua Suwa, Leon Ping Chow, 54, berkata, gara-gara fitnah membabitkan gurunya itu, imej sekolah berkenaan tercalar, malah ada sebahagian ibu bapa pelajar yang mahu menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana bimbang fitnah terbabit.

“Ketika ini, kami tetap menyokong Beng Lee bagi menghadapi fitnah yang tersebar itu dan mengembalikan keyakinannya,” katanya.

Semalam, hampir 30 orang termasuk pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar hadir pada majlis pertemuan khas bagi menjelaskan kekeliruan dan fitnah itu selain memberi sokongan kepada guru berkenaan.

sumber – Harian Metro.

Macam-macam yang berlaku sekarang ini. Semakin tinggi teknologi semakin rendah nilai tata sulisa manusia itu sendiri. Kepada pengguna facebook atau apa jua laman sesawang yg lain, tanyalah diri anda sendiri, apa tujuan anda membuka akaun tersebut. Suka2 ? Orang lain ada aku nak juga ? Nak cari kenalan lama ? For release tension ? Memudahkan perhubungan ? Tepuk dada tanya iman anda sendiri !

Wassalam.

* Ada akaun facebook, tapi jarang buka & x pernah lagi add kengkawan lain. Tiada masa senggang…..